Assalamualaikum

Khamis lepas saya dan anak-anak ikut En Suami ke Pulau Pinang. En Suami ada meeting dengan klien dia kat sana. Maka haruslah kitorang ikut kan. Bila lagi nak berjalan ke Penang kan. . hehehehe

Kemain excited pergi berjalan

Kemain excited pergi berjalan

Pergi Pulau Pinang haruslah ambil gambar jambatan Pulau Pinang

Pergi Pulau Pinang haruslah ambil gambar jambatan Pulau Pinang

Sebelum ke sana, kami dah book hotel awal-awal.  Kami book Hotel The Northam All Suites sebab hotel ni ada swimming pool. Boleh lah anak-anak main air puas puas. Memang sengaja book hotel kat Georgetown sebab klien En Suami ada kat area sana. So senang lah En Suami jumpa klien dia.

Kami sampai hotel tu pukul 2.00 petang. Ngam-ngam waktu check in. Masuk jer bilik, tak sangka bilik yang kami tu luas! Sangat luas. So far ni lah bilik hotel paling luas yang pernah kami menginap. Rupa-rupanya bilik yang kami book ni, jenis suite, sebab tu lah besau benar bilik dia.

Masuk jer pintu, nampak living room

Masuk jer pintu, nampak living room

..

Living room ada sofa, coffe table dan TV

Living room ada sofa, coffe table dan TV

Depan living room, dining room

Depan living room, dining room

Tepi dining room, ad astudy room. Boleh En Suami buat kerja kat sini.

Tepi dining room, ada study room. Boleh En Suami buat kerja kat sini.

TV ada dua. Satu kat ruang tamu, satu lagi kat bilik tidur. Anak-anak tengok TV kat ruang tamu, saya dan suami tengok TV dalam bilik.

Dalam bilik tidur pun ada TV

Dalam bilik tidur pun ada TV

Katil pun luas sangat. Katil double bed. Memang luas! Katil ni lagi besar dari katil King. Selesa kami tidur 4 beranak.

Luas katil double bed ni, Selesa tidur 4 beranak

Luas katil double bed ni, Selesa tidur 4 beranak

Ni bilik air dia.

 Lupa pulak nak bukak lampu bilik air masa snap gambar ni

Lupa pulak nak bukak lampu bilik air masa snap gambar ni

Sebelah kanan bath tub tu jamban

Sebelah kanan bath tub tu jamban

Sebelah kiri bath tub ada shower

Sebelah kiri bath tub ada shower

Memang sangat-sangat luas. Bath tub tu siap ada jakuzi lagi. Sinki pun ada dua. Almari pakaian pun dua. Toilet pun ada dua sebenarnya. Satu kat dalam bilik air. Stau lagi kat tepi pintu masuk. First time saya menginap kat bilik hotel yang ada 2 toilet macam ni. So kalau memasing sakit perut, tak perlu rebut-rebut toilet.

Yang ni toilet tepi pintu masuk

Yang ni toilet tepi pintu masuk

View dari tingkap bilik pun sangat cantik. Nampak laut

View dari tingkap bilik

View dari tingkap bilik

Masa kami book hotel ni, kami tak sangka bilik dia luas macam ni. Harga bilik ni tak sampai Rm250, tapi sangat-sangat luas macam kan bilik harga RM1000 lebih. Termasuk breakfast pulak tuh. Next time kami ke Penang, memang kami nak menginap kat The Northam ni jer. Sebab puas hati sangat-sangat.

Lepas check in, en suami pergi jumpa klien dia. Saya dan anak-anak lepak bilik jer. Oleh sebab bilik luas, kemain seronok la budak-budak tu berlari sana sini.

Pukul 5.30, en suami dah habis meeting, kami pun bawak anak-anak main air kat swimming pool. Rupa-rupanya pool kat hotel ni tak ada bahagian yang untuk budak-budak. Jadi kolam dia memang dalam. Nasib baiklah kami bawak pelampung siap-siap dari rumah. Jadi Adam tu masuk kolam guna pelampung. Aiza tu En Suami dukung jer lah dalam kolam. Saya jer lah tak dapat masuk kolam tu, sebabnya saya ni pendek. Air kolam tu paras dagu saya! Lemas rasanya. Terpaksalah saya duduk bersidai jer tepi kolam tengok dioarang main air.

En Suami ngan anak-anak jer lah berendam dalma kolam

En Suami ngan anak-anak jer lah berendam dalam kolam

Saya cuma boleh celup kaki jer lah dalam air sebab air kolam tu dalam

Saya cuma boleh celup kaki jer lah dalam air sebab air kolam tu dalam

Kolam hotel ni kecik jer. Nasib baik masa kami main air kat pool ni, orang tak ramai. So selesa lah nak main air. Kalau ramai orang rasanya tak selesa jugak. Sempit jadinya.

Kolam infinity pool nama dia

Kolam infinity pool nama dia

Pukul 7, naik bilik, mandi dan bersiap keluar makan malam. Walaupun orang kata Pulau Pinang ni banyak tempat makan yang sedap dan menarik, tapi tiap kali kami ke Penang, kami tak tahu nak makan mana.. tak tahu kat mana tempat makan yang sedap. Sudahnya, kami pergi Avenue Mall, makan kat Kenny Rogers jer lah. Lepas makan, balik bilik, tidur.

Esok paginya, sarapan kat hotel jer.  Kami book bilik yang dah termasuk breakfast kan, nak buat apa pulak pergi sarapan kat luar. Walaupun dia kata breakfast untuk 2 orang jer, tapi budak-budak dia tak caj. Pilihan makanan sarapan pagi kat hotel The Northam ni biasa-biasa jer lah. Tak lah banyak sangat pilihan makanan, tapi kira ok lah.

Coffee house The Northam waktu sarapan pagi

Coffee house The Northam waktu sarapan pagi

Macam biasa, breakfast style buffet

Macam biasa, breakfast style buffet

Saya jenis yang tak makan banyak sangat waktu pagi, jadi saya makan popia goreng dengan samosa jer. Adam tu makan cereal dengan sosej. Aiza makan mee goreng dengan telur dadar. En suami makan nasi lemak. Ha.. cukup kenyang dah tu.

Sarapan pagi

Sarapan pagi

Sarapan pagi

Sarapan pagi

Lepas sarapan, saya tadah air kat bath tub, on jakuzi, pastu main buih ngan anak-anak. Bukan selalu dapat main buih dalam bath tub kan.. siap ada jakuzi pulak tuh. Jadi marilah kita main buih puas-puas. Hahahahaha

Main buih dalam jakuzi

Main buih dalam jakuzi

Dah puas main buih, kemas beg, terus lah check out.

Lepas check out, kami tak terus balik. On google maps, cari nearest attractions, dia tunjuk Magic World. Eh.. macam best. Lagipun tak perlu pergi jauh-jauh, so kami pun terus ke sana. Magic World ni kat area Georgetown tu jugak. Sampai jer sana,  mula-mula kena la beli tiket dulu. Tiket Dewasa RM16, Kanak-kanak RM9.  Tapi Aiza dia bagi masuk Free. Jadi total kami bayar RM41. Nak m

Pintu Masuk Magic World

Pintu Masuk Magic World

Nak masuk tempat ni kena ikut giliran. Sebab tak nak over crowded dan kita pun seronok nak posing2 kat dalam.

Masuk jer dalam tu, lalu laluan maze. Sesat kitorang anak beranak dalam tu. Wakakakaka

Lepas keluar maze jer, ada staff dah tunggu. Then staff tu tunjuk spot untuk kita ambil gambar-gambar unik. Kalau blur tak tahu nak posing cemana, staff akan ajar and tolong ambilkan gambar lagi. Kat sini sebenarnya banyak guna teknik ilusi. Tu yang jadi unik gambar kami kat sini. Ada banyak gambar kami ambil kat sini, tapi saya sikit jer lah. Kang korang muak pulak tengok gambar banyak-banyak.

Konsep puting beliung ke cemana ni?

Konsep puting beliung ke cemana ni?

Eh.. banyaknya kembar

Eh.. banyaknya kembar

Senam terbalik, barulah cepat fit

Senam terbalik, barulah cepat fit

Penat la pulak, rehat la kejap. Tapi kaki tu tak nak diam pulak

Penat la pulak, rehat la kejap. Tapi kaki tu tak nak diam pulak

Badan saya gi jalan, tinggalkan kepala saya kat sini

Badan saya gi jalan, tinggalkan kepala saya kat sini

Space venture??

Space venture??

Bottomless. Kalau jatuh entah bila nak sampai ke bawah

Bottomless. Kalau jatuh entah bila nak sampai ke bawah

Ni konon-kononya ice bath. Patutnya masuk dalam tu kalau nak bergambar. Tapi malas dah nak masuk. Kita pegang jer lah 'kiub ias tuh.

Ni konon-kononya ice bath. Patutnya masuk dalam tu kalau nak bergambar. Tapi malas dah nak masuk. Kita pegang jer lah ‘kiub ais tuh.

Sampai terapung En Suami duduk dalam ni

Sampai terapung En Suami duduk dalam ni

Selain tu, ada jugak magic show.. Best jugak magic show dia. Funny magician. Ada card trick, ball trick, flying desk dan lain lain lagi lah. Adam tu pelik tengok magic. Dia tak faham kenapa boleh jadi macam tu.  Tu lah namanya silap mata nak ooii…

Sebelum keluar, ada Ice Cafe. Ada ice cream, waffle, smoothies etc.. Tapi kami tak order apa2 sebab agak mahal. Hehehehe.

Overall.. Magic World ni seronok dan menghiburkan. Sesuai untuk family. Kalau korang  berjalan ke Georgetown, boleh la pergi tempat ni. Highly recommended.

Keluar dari Magic World ni, anak-anak kebuluran. Again, kami tak tahu nak pegi makan kat mana. Sudahnya kami ke Queensbay Mall, makan kat kedai Chicken Rice Shop jer. Hahahaha. Lepas makan, terus lah balik.  Masa pergi penang dah lalu jambatan, jadi balik kami naik feri pulak.

Macam biasa, Aiza takut naik feri sebab angin kuat dan bunyi bising

Macam biasa, Aiza takut naik feri sebab angin kuat dan bunyi bising

Memang seronok pergi Pulau Pinang. Cumanya kami jarang ke sana sebab masalah trafik, jem, parking dan makan!  Tapi, kami tak serik. InshaAllah kalau ada rezeki, nak berjalan ke Penang lagi.