Saya ada citer yang saya pernah wat chekup ngan Dr. Annuar Husainy, pakar O & G kat hospital PMC Alor Setar kan. Doktor ni memang bagus. Puas hati wat checkup ngan dia. Kalau kita tanya apa-apa, dia akan explain ngan detail. Time scan baby, dia akan bagitau ini jantung baby, kepala baby, kaki baby, perut baby bla bla bla..memang detail. Although dia doktor pakar kat private hospital, tapi dia tak caj mahal-mahal. So far, bil termasuk scan 3D pun tak pernah cecah RM100.00 lagi. Nurse and doktor kat KK pun kenal doktor Annuar ni. Bila diorang tengok ada cop doktor Annuar kat buku pink saya, diorang kata doktor Annuar ni bagus. And sometimes doktor kat KK akan refer report yang doktor Annuar selitkan dalam buku pink tu.

But last 2 weeks, dapat sms kata Dr Annuar ni tak bersama PMC lagi…Dia dah pindah ke INS Specialist and Maternity Centre pulak. INS ngan PMC ni dekat jer.. Tataw lar naper dia pindah hospital. Better offer perhaps. Eh..apsal saya sungguh-sungguh citer pasal Dr. Annuar ni? Macamkan confirm bersalin ngan dia jer… padahal tak pun.

Sebelum ni memang plan nak bersalin kat PMC, kalau boleh ngan Dr Annuar. Siap survey harga, tanya itu ini. Pakej bersalin normal (dok kat wad 2 hari 1 malam), standby lar duit dalam 1.5K – 2.5K. Kalau cesarean (3 hari 2 malam), between 3.5K – 5K. Pakej termasuk suntikan untuk baby, makan minum, dan benda-benda basic yang lain. Harga berbeza ikut wad apa yang kita pilih and ubat-ubat yang kita amik. Harga pakej ni untuk kalau kes biasa la..tak termasuk kalau kena masuk ICU dan kes-kes lain (Ish, mintak dijauhkan!)

Tapi setelah di brainwash sedas dua oleh mak saya, saya buat keputusan untuk bersalin kat GH jer. Mak saya bilang “Bersalin kat hospital swasta ke..kerajaan ke..sakitnya sama. Bukannya kalau bersalin kat swasta tu tak sakit” Ye tak ye jugak kan.. Pastu mak saya sambung lagi “Kat hospital kerajaan banyak pakar, kemudahan semua lengkap, jimat duit, baby dah lahir nanti banyak nak guna duit..bla bla bla...” Uih..tak larat nak ingat balik semua. @_@

Cuma…kalau hospital swasta ni, kita boleh request apa yang kita nak ikut keselesaan kita…yang penting standby duitnya saja.  Kalau kat hospital kerajaan ni, jangan ngengada nak request itu ini. Tak pasal-pasal kena sound ngan nurse. Dah lar sakit, pastu kena sound pulak. Tak ke haru tu. Huhuhuhu. Ketabahan dan kesabaran yang tinggi perlu ada kalau nak bersalin kat GH.

So..GH mana yang saya dan En.Suami pilih? Probably Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. Nurse kat KK kata hospital tu ok..kelengkapan dia cukup. Maklumlah, hospital baru. Bahagian O&G hospital ni siap ada website sendiri lagi. Uih..advance. I like.

Ramai yang kata ok bersalin kat hospital ni. Belum dengar lagi citer tak best pasal bersalin kat situ. Harap-harap time saya bersalin nanti pun ok. InsyaAllah. Harap Allah permudahkan kelahiran baby ni nanti. Ameen.

Eh! bakal ibu yang lain bersalin kat mana yer?