Perasan tak saya dah tukar bunga kat header? Tu, bunga pink atas tu..bunga baru. Bunga peony. Dulu poppy. Saja tukar sebab saya dah jatuh cinta dengan bunga Peony.

Header lama: bunga poppy

Header lama: bunga poppy

Dulu, saya tak boleh nak decide, apa bunga kegemaran saya. Sebab semua bunga cantik. Tak boleh nak pilih. Tapi sekarang, kalau ada yang tanya, saya suka bunga apa, dengan yakin saya boleh jawab, bunga peony!

peony info

Info ringkas tentang bunga Peony

Sumber gambar: sini

Kat gambar atas ni, peony melambangkan kemewahan dan kecantikan. Wah wah wah..bertambah suka lah saya dengan bunga peony ni tau.

Kisahnya, saya jatuh cinta dengan bunga peony ni, sebab saya cari info pasal bunga ni. Akar bunga peony ni adalah salah satu bahan dalam Vitamin C Serum. Jarang kan kita dengar skincare guna bunga peony kan.. Jadi saya carilah info, sebb saya nak tahu kenapa Puan Ony gunakan akar bunga peony sebagai salah satu bahan dalam Vitamin C Serum. Rupanya, kat negara luar, bunga peony ni banyak digunakan dalam produk kecantikan. Peony ada bahan yang dipanggil paeoniflorin yang bersifat anti oksida dan anti keradangan. Anti oksida ni penting untyuk awet muda tak. Anti keradangan pulak penting untuk merawat kulit rosak.

Paeoniflorin juga meransang microcellular, pergerakan mikro darah dalam badan yang mebawa oksigen. Oksigen ni dihantar ke seluruh anggota badan termasuk kulit. Kulit perlukan oksigen untuk hasilkan sel-sel baru. Sel kulit baru akan mengantikan kulit yang kusam. Patutlah Puan Ony masukkan akar bunga peony dalam Vitamin C Serum. Untunglah pengguna Vitamin C Serum, bukan sahaja dapat vitamin C, tapi dapat juga paeoniflorin .

Sama macam bunga ros, bunga peony ni bukan sahaja cantik, tapi banyak manfaatnya. Sebab tu lah saya terus jatuh cinta dengan bunga Peony. Bunga peony ni ada banyak jenis tau. Ada beratus-ratus jenis peony. Semua cantik-cantik. Oleh sebab semua cantik, jadi buat masa sekarang, saya suka semua jenis peony. Ha.. tamak kan?

Gambar bawah ni antara bunga-bunga peony yang selalu jadi pilihan penggemar bunga peony

jenis jenis peony

Pelbagai jenis bunga peony

Sumber gambar: sini

Semua cantik -cantik kan?

Kat rumah saya belum ada lar bunga hiasan peony nih. Nak kena cari nih. Nanti lah nak ajak suami pergi cari bunga Peony. hihihi.