Assalamualaikum

19 Nov 2014, Rabu lepas, alhamdullilah, genap usia saya 32 tahun. Makcik dah tua nak…. sobs!

Makanya, En Suami bawak bininya yang dah tua ni serta anak lelakinya ke Port Dockson. Celebrate birthday bini kat hotel Thistle, Port Dickson katanya. Bininya yang tua ni apa lagi..excited sangat lah!! Yeay..tidur hotel. Best woo tidur hotel, tak yah masak, tak yah kemas umah. Apa? Ingat orang bekerja jer ke nak cuti. Suri rumah pun nak cuti jugak tau. Hehehe.

 

Muka teruja nk PD

Muka teruja nk PD

Walaupun birthday ku rabu, tapi kami pergi PD hari khamis. Hehehe. Bertolak lebih kurang pukul 11 pagi, sampai hotel pukul 12.30 tengah hari. Hotel Thistle ni kat Teluk Kemang. Rasanya penghujung pantai Teluk Kemang tu kot?

Thistle

Jalan masuk Thistle Port Dickson, Resort and Spa

Biasanya check in hotel pukul 3 kan. Hotel Thistle ni pun sama. Kami kan sampai awal, 12.30 dah sampai. Jadi, bila sampai depan hotel tu, saya call dulu, tanya boleh ke check in awal. The person yang jawab phone tu kata, takper.. register jer dulu.. If bilik ready, boleh jer check in awal. If bilik belum ready, boleh guna facilities hotel sementara tunggu bilik siap.

Lobi Hotel

Lobi Hotel

Alhamdullilah.. lepas register, kami boleh terus check in sebab bilik yang kami book memang dah ready. Syukur sangat dapat check in awal.

This is our room.

 

Our room - Deluxe Seaview King

Our room – Deluxe Seaview King

Puas hati sangat dengan bilik ni. Bilik luas, katil pun luas. katil dia bukan saiz king biasa tau, tapi saiz super king, Memang puas lah kami tiga beranak bergolek-golek berjemaah atas katil. View dari balkoni pun subhanAllah cantik sangat!

View dari balkoni

View dari balkoni bilik

Adam tak berani pergi balkoni. Yer lah balkoni kat rumah dinding batu. Balkoni kat hotel ni rel besi jer. Nampak bawah. Gayat agaknya Adam tuh. Bila saya keluar, kemain lagi dia panggil suruh masuk. Ami..asuk..asuk.. (Mummy, masuk, masuk). Hehehe.

Macam biasa, everytime tidur hotel, saya akan check bilik air jugak. Bilik air mesti bersih, dan ada hos. Alhamdullilah, bukan setakat bersih, luas, ada hos, tapi cantik!!

 

Thistle's bathroom

Thistle’s bathroom

The shower and the toilet

The shower and the toilet

Semua ada, kecuali bathtub jer. Eleh, kalau ada bathtub tu, macam kan sempat jer nak berendam lama-lama. Boleh ku imagine, baru jer nak tadah air dalam bath tub, dah dengar suara Adam panggil-panggil kat luar. Tsk!

Kemudahan lain dalam bilik ni, ada peti sejuk, cerek, hair dryer dan iron.

Electrical Appliances

Electrical Appliances

Hari pertama kami check in hotel (Khamis), kami banyak spend masa kat hotel jer. Keluar just untuk lunch dan dinner jer. Dah kata dok hotel mahal, haruslah dok dalam bilik puas-puas. Hehehe.

Petang khamis, lepas Asar, bawak Adam mandi pool. Seronok betul Adam main air.

Kemain seronok lagi Adam main air kan

Kemain seronok lagi Adam main air kan

Walaupun kat kawasan rumah ada swimming pool, tapi Mummy Adam ni kemain malas nak bawak Adam pergi main kat pool. Kesian Adam.. Tu yang bila masuk pool kat Thistle ni, Adam tak mahu keluar. Haiyooo…. Asalnya kitorang nak bawak Adam mandi kat swiming pool dan mandi laut. Sebab hotel ni ada pantai sendiri. Tapi Adam langsung tak nak pergi pantai. Bila bawak gi pantai, kemain lagi dia menangis sambil tunjuk-tunjuk pool. Letak dia atas pasir, dia lipat kaki dia tak mo turun. Padahal, kat tepi pantai tu pun ada pool jugak. Tapi malangnya, pool tepi pantai tu pun Adam tak mo. Dia nak main kat pool kanak-kanak jugak. So, kami patah balik hotel, pergi pool kanak-kanak. Haih

Swimming pool kat Thistle ni, yang kanak-kanak punyer dengan dewasa punyer dia letak asing-asing. Yang Adam main kat gambar atas ni, kanak-kanak punyer. Gambar bawah ni, main swimming pool, untuk dewasa. Paling cetek, 1.5 m. Paling dalam 2.5m.

Main swimming pool

Main swimming pool

Memang totally separate tau. Bukan pool yang sama. Kalau pool yang kat tepi pantai yang Adam tak mo main tuh, korang kena berjalan pergi pantai lah. So kalau korang nak main pasir pantai, tapi tak nak main air laut, boleh lar main air dalam pool ni.  ..

Pool tepi pantai

Pool tepi pantai

Belum puas Adam main kolam, langit dah gelap gelita. Memang gelap sungguh lah. Padahal baru pukul 5.30. Gelap macam dah pukul 7. Konpom nak hujan. Sebelum hujan turun, moh leh kita naik bilik. Adam,macam biasa lah,meraung tak mo naik. On the way naik bilik, lalu playroom. Dah Adam nak masuk playroom pulak. meraung-raung nak main dalam playroom. Sebut ball, ball ball tak berenti. Sampai bilik, mandikan dia laju-laju, pastu turun balik, bawak dia main kat playroom pulak. Time tu hujan memang dah turun lebat giler. Seb baik sempat balik bilik sebelum hujan.

Adam dalam playroom thistle

Adam dalam playroom thistle

Playroom ni memang open untuk penghuni Thistle. Jadi yang mana ada anak kecik, memang boleh bawak anak-anak main kat sini.Kat Playroom ni pun, Adam tak mo keluar. Haih… Keluar gi makan malam, sepanjang perjalanan tu pun dia amukan!

Lepas dinner terus balik bilik, layan tengok TV jap, pastu tidur. Masing-masing keletihan, kepenatan melayan amukan Adam. Huhuhuhu.

Esoknya, sarapan kat hotel. Sebab penginapan ni termasuk breakfast,  makanya haruslah kita makan kat hotel kan. Pilihan makanan, alhamdullilah, banyak!! . Biasanya time breakfast saya makan tak banyak tau. Tapi oleh sebab terlalu banyak pilihan makanan, semua benda nak rasa..maka nya macam-macam makanan saya bedal. Puas kami anak beranak makan.

Sarapan pagi kami

Sarapan pagi kami

Lepas sarapan kami pusing-pusing hotel. Rupa- rupanya selain Playroom,ada movie room dan wii games room. Semua ni memang open untuk penghuni hotel. So, korang kalau ada anak kecik,anak remaja, anak-anak korang utilize room ni kalau bosan dok dalam bilik hotel.

Best jugak tengok movie dalam movie room tuh. Ada jadual movie kat luar, diorang akan sentiasa play movie ikut jadual tanyangan lah. Masa kami jenguk masuk movie room ni tak ada orang pun. Tapi diorang play jugak movie Lion King. So kami lepak  dalam Movie Room tu kejap. Dalam Movie room ni diorang letak bean chair banyak-banyak. Jadinya memang santai habislah dok dalam tuh.

Yang Wii games room tu pulak, bilik games untuk main games Wii lah. Games Wii tu apa? Ala.. games yang korang kena gayakan jugak bila nak main tu. Contoh kalau main tennis, korang kena gerakkan console tu macam hayun raket tennis. Kalau main bowling, kena gerakkan console tu macam main bowling. Kami ingat nak test main game wii ni, tapi tak ada CD lar pulak. Malas nk panggil staff hotel suruh pasangkan CD, so tak jadi lah try. Hehehe.

Movie room dan Wii game room

Movie room dan Wii game room

Lain-lain kemudahan kat hotel ni, spa, fitness centre ngan golf. Yang ni kami tak try, sebab kena bayar asing dan  mahal. hehehe.

Overall, memang puas hati lah dok kat hotel Thistle ni. Tapi rasanya, yang betul-betul enjoy dok sini, Adam kot. Eh.. ni hadiah bithday Mummy ke Adam haa?? Hehehe.

Staff hotel pun semua friendly. Ramah tamah.. Rasa istimewa jer, sebab tiap kali kuar masuk kereta ada yang tolong bukak dan tutup pintu keta. Hk hik hik. Maapkan lah makcik yang jakun ni, makcik tak biasa layanan istimewa gitu. Hehehehe.

InshaAllah, kalau ada rezeki, nak dok sini lagi. Korang kalau nak merasa stay kat Thistle, jangan booking kat website hotel ni.Mahal. Book kat Agoda. Murah sikit price dia. Eh.. banyak jugak lah beza rega dia. Ratus-ratus jugak tau. Macam kitorang hari tu pun, Somi book kat Agoda. Price asal RM600++. Book kat Agoda, price dia almost separuh dari  price rate asal.Ke lagi murah, tak sure sebab somi yang book dan bayar kan..

Macam biasa, selfie depan cermin sebelum check out

Macam biasa, selfie depan cermin sebelum check out

Hari Jumaat tu kami check out awal. Sebab En Suami nak solat Jumaat kan. Sebelum solat Jumaat, singgah kat Muzium Kota Lukut. Lepas Solat Jumaat, pergi kat Muzium Tentera Darat pulak. Entry pasal lawatan ke muzium, saya cerita kat post lain yer. Hehehe.

Anyway, Happy 32nd Birthday to me…

Inilah dia Makcik Zila yang celebrate Birthday

Inilah dia Makcik Zila yang celebrate Birthday