Cerita Cuti Tahun Baru Cina Kami

Update ringkas cerita cuti Tahun Baru Cina.

Kami sekeluarga gi jenjalan, sekali ngan family mertua. My parents in law, adik-adik ipar, sepupu, datang umah time cuti raya cina baru-baru ni. Takkan nak lepak umah sesaja. Moh ler kita jalan-jalan.

Jumaat (31.1.2014)

Bertolak ke PD petang Jumaat.  Oleh sebab rakyat ramai (9 org termasuk Adam), maka kami gerak 2 kereta. Plan asal nak ke Pusat Sains Negara, tapi takut tak sempat try semua game dalam PSN dah kena hambat keluar, moh la ke PD sajer. Gerak kul 3.30 sampai PD kul 5.00. Ikut jalan dalam, sebab highway PLUS adalah jem. Sebelum hentian RnR Nilai lagi dah jem, then macam mana?? Elok jer sampai susur keluar KLIA, terus kitorang exit highway. Seb baik ada GPS, so follow jer GPS sampai ler ke Teluk Kemang, PD. Kitorang tak mandi pun, just lepak-lepak, duduk-duduk sambil makan burger tepi pantai.

Dah puas lepak-lepak kat pantai Teluk Kemang, dalam pukul 6.30, kitorang gerak gi Melaka pulak. Teringin nak naik River Cruise tu ha. Again, ikut jalan dalam. Ikut GPS. Tapi hampeh.. Laluan guna jalan bandaran adalah jauh, kereta kat jalan pulak alahai, masing-masing bawak kereta macam berjalan-jalan kat dalam safari tengok harimau jer kekdahnya. Kul 9.30 malam baru sampai Melaka.  PD to Melaka 3 jam??

Melaka adalah sesak ok. Padat, sesak, penuh manusia, nak cari parking pun eerghhh!!. Then kat tempat naik cruise tu..barisan dia…omak aiihhh panjang!!! Sepanjang sungai orang beratur nak naik cruise. Maka..tak yah lah kita turut memanjangkan barisan yang sedia ada panjang tu. Posing-posing, snap-snap gambar jer sudeh. Perut pun dah lapor, moh ler kita cari makanan. Mentekedarah lagi bagus. Masing-masing dah kebuluq, tataw nak makan mana..just makan kat Medan Selera Ayer Keroh jer. Makanan situ..erm..bolehlar.. Lepas makan, balik. Sampai umah kul 2 pagi. Pengsan!

Us at Teluk Kemang, PD and Riverside, River Cruise Melaka

Us at Teluk Kemang, PD and Riverside, River Cruise Melaka

Sabtu (1.2.2014)

Kuar umah kul 11.30 pagi sebab mentekedarah dulu kat umah. My MIL bangun awal pagi, masak itu ini, haruslah kita makan dulu. Eh.. Mak mertua datang umah,  mak mertua jugak kah yang masak? Yer.. begitulah, sebab saya adalah menantu yang tidak mithali. Tsk! Tolonglah jangan tiru saya.

Dalam pukul 12 lebiy, sampai Pusat Sains Negara. Jalan clear wei.. Cenggini lar KL time cuti, lengang… Aman bahagia jer gi jenjalan. I Loike! Hahahaha.  Kat Pusat Sains Negara, kami beli 2 tiket, satu untuk masuk pameran 1001 Kegemilangan Tamadun Islam, satu tiket lagi House of Fear (Pameran Rumah Hantu).Total RM28 per person.  Dua-dua pameran ni ada kat Pusat Sains Negara. Beli tiket ni, free entrance to pusat sains Negara. But, if korang just nak masuk Pusat Sains Negara (PSN), tak yah lar beli tket pameran tu. Just beli tiket PSN jer. Anyway, pameran Tamadun Islam tu sampai 28 Feb jer. So if ada yang nak pergi, cecepat pergi, ok.

Ringkasan harga tiket:

  • Pameran Tamadun Islam (termasuk bayaran masuk ke PSN ) = RM20, children tak ingat pulak ticket price dia berapa.
  • House of Fear (termasuk bayaran masuk ke PSN ) = RM8.00, RM4.00 for children
  • Pusat Sains Negara = RM6.00 for adult, RM 3 for children.  (kitorang tak perlu beli tiket ni sebab dah beli tiket atas)

Review:

  • Pameran Tamadun Islam – ok lar, not so bad. Leh belajar banyak benda pasal Tamadun Islam yang kita tak pernah tahu. Eksperimen pun menarik. Tapi, tak banyak mana pun pameran dia. Apsal dia panggil 1001, rasa macam tak sampai 100 pun bahan pameran? Hmm?
  • House of fear – Tak seram langsung. Harap gelap jer lebih. Hampeh. Haih..
  • Pusat Sains Negara – Terbaek! Still tak puas main semua game kat situ. Tak sempat nak try semua eksperimen. Padahal dah dua kali pergi nih.  Leh imagine tak banyak mana eksperimen dia? Banyak oiii..
Us at Pusat Sains Negara

Us at Pusat Sains Negara

Keluar Pusat sains Negara kul 4. Almost 4 hours kat dalam tuh. Hehehehe. **Pameran Tamadun Islam ngan rumah hantu tu kat tingkat dua tau, tingkat bawah tu pameran Pusat Sains Negara sahaja.

Then, kitorang gi Plaza  Low Yatt pulak. Again, KL is lengang, syok nya jala-jalan. My MIL nk beli laptop katanya. Tapi sebab cuti raya cina kan, kedai pun tak banyak yang bukak. Kedai yang bukak pulak, kemain lagi up harga. Nyampah. So My MIL pun tak jadi lar beli laptop. Beli kat Kedah jer lar sudahnya..harga pun lebih kurang.

On the way balik, singgah Mines Shopping Fair pulak, makan. Oleh sebab tak jadi naik river cruise kat Melaka, so my MIL ajak naik cruise kat Mines nih. Malangnya, time tu dah kul 9 malam, yang tinggal Small Cruise sebab last trip untuk Big Cruise sampai kul 8.30pm jer. Small Cruise ni pusing tasik kecik jer. Better naik yang  Big Cruise, sebab dia pusing tasik kecik ngan tasik besar sekali. Beza harga pun sikit jer.

  • Small Cruise = RM22 ( duration: 30 – 45 minutes)
  • Big Cruise = RM27. ( duration: 45 minutes – 1 and half hour)

So, tak jadi lar kami naik cruise. Lenkali lar naik. Dah kata rumah sekangkang kera nga Mines, bila-bila pun boleh pergi. Next time diorang datang sini, leh ajak naik cruise.

Ahad (2.2.2014)

Keluarga mertua balik Kedah. Ada kenduri kat Alor Setar katanya. Yer, baiklah. Maka kami tiga beranak dok relax sajer lar kat umah.

Isnin (3.2.2014)

Waktu pagi tak gi mana-mana, lepak-lepak jer kat umah. Petang, bawak Adam gi Taman Tasik Permaisuri. Amboi, kemain seronok dia. sampai tak mo balik. Lenkali kita pergi lagi yer Adam.

Riadah petang kat taman tasik permaisuri

Riadah petang kat taman tasik permaisuri

Itulah dia cerita cuti  raya cina kami. Eh, apsal macam tak ringkas jer nih? Hehehe.