Assalamualaikum..

Dah seminggu kita menyambut Syawal. Rasanya belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk pembaca blog ni. Maaf, agak lewat wish raya sebab kesihatan tak berapa baik. Sekarang ni pun, ntah lah kenapa, tulang pinggul saya sakit, susah sangat nak bergerak kesana kemari. Tataw lah, sebab saya salah duduk kah? salah urat kah? Nak duduk, baring, berjalan, even berdiri pun rasa sakit sangat kt tulang pinggul belah kiri. Huhuhu.

Raya tahun ni, tak berapa nak meriah sebab bapa mertua saya masih di hospital, jadi kami ramai-ramai sambut raya kat hospital jer. Makan apa yang ada. Mak mertua sempat sediakan juadah mee kari jer untuk sambut Syawal. Kitorang balik kedah pun, hari khamis, last day Ramadhan tu. Saya pulak demam masa hujung-hujung Ramadhan tu. Jadi memang  tak larat nak tolong masak juadah raya ke apa.. sebab perut dah sarat + demam.  Alhamdullilah, pagi Syawal, demam dah kebah. Takder lah  kesian sangat rupa saya sambut Syawal kan..

Anyway, tema kami tahun ni, hitam. Sempat bergambar sebelum pergi hospital pagi raya tu.

Syawal 2015

Syawal 1436H / 2015

Jadi, inilah gambar raya kami untuk tahun ni. Raya tahun depan, inshaAllah berempat pulak.

Walaupun dah seminggu raya, tapi sebenarnya saya tak merasa sangat juadah hari raya. Dah kata beraya kat hospital kan…

Balik beraya kat Sabak Bernam (Kampung emak saya), tak sempat jugak nak makan juadah hari raya, sebabnya balik Sabak Bernam sekejapan sangat. Jadinya, hanya mampu tengok jer lah orang upload gambar juadah raya kat pesbuk!! Hmph!!!

Takper, raya sebulan kan.. harap-harap ada lagi lah yang hidang ketupat, lemang, rendang sampai penghujung syawal.

Gambar bawah ni, gambar raya keluarga saya masa kat Sabak Bernam . Ayah saya yang pakai kemeja maroon tu. Mak saya yang pakai baju kurung kaler kelabu. Adik beradik saya semuanya pompuan. Jadi yang lelaki, menantu dan cucu jer lah. Hehehe.

Keluarga En Mahadi Syawal 1436H/2015

Keluarga En Mahadi Syawal 1436H/2015

Oh ya..saya dah kembali open order. Jadi untuk yang nak beli produk tropika, secret skin kawaii, dianz, vene, dan produk lain, boleh sms/wassap saya yer. NO PHONE CALL PLSS..

Untuk lihat senarai produk dan harga, boleh visit page saya ZM Health and Beauty. Pos barang inshaAllah setiap hari. 🙂