Assalamualaikum

Dah masuk minggu ketiga raya, baru hari ni nak cerita pasal raya. Kah kah kah. Raya kali ni, raya pertama kami bersama Aiza Zahiya. Tahun lepas raya bertiga, raya tahun ni 2016, kami beraya berempat. Alhamdullillah.

Hari raya pertama tahun ni, kat Jitra. Belah En Suami.. Eh.. tahun lepas raya pertama kat Jitra, tahun ni pun kat Jitra lagi? Ha.. dah posa sebulan pun kat sana, alang-alang raya terus lah kat sana.. Takkan nak berulang alik pulak kan.. Takper, tahun depan turn belah saya pulak, inshaAllah.

Tema kami tahun ni kuning.

d6c69685-d2b8-4e71-8e5d-294a6ac21964

Selfie pagi raya

Raya kali ni kami tak balik Langkawi. Kami just beraya rumah mertua jer. Lepas Solat Raya, makan-makan pastu ambil gambar puas-puas. Hehehehe

 

Wefie ramai-ramai dengan keluarga mertua

Wefie ramai-ramai dengan keluarga mertua

Petang raya pertama tu, kami bertolak ke Sabak Bernam. Sambung raya belah saya pulak. Sabak Bernam ni kampung mak saya sebenarnya. Jadi, keluarga saya, pakcik makcik, sepupu sepapat belah mak saya semua berkumpul kat rumah nenek. Rutin raya setiap tahun.

Sama macam cerita raya orang lain, kalau semua berkumpul rumah nenek, masalah utama adalah tempat tidur. Hahahaha. Kami sampai pun dah malam. Kitorang bentang  jer toto kat mana-mana celah kosong yang ada, pastu pasang kelambu. Kelambu pulak bentuk macam khemah. Esok paginya, makcik saya bangun subuh, terkejut dia tiba-tiba ada khemah dalam rumah. Kikikiki

Kalau raya kat Sabak Bernam, kitorang tak duduk rumah. Kitorang sibuk keluar berjalan ke rumah sedara mara, pergi beraya. Rumah atuk sedara, nenek sedara, sepupu sepapat, yang mana sempat pergi, kitorang akan pergi.

Raya di Sabak Bernam

Raya di Sabak Bernam

Raya ketiga, lepas solat Jumaat,  kami balik semula ke rumah kami yang sebulan lebih ditinggalkan. Raya keempat dan kelima, hari sabtu dan ahad, orang lain masih pergi beraya sana sini. Tapi kami laki bini, bertungkus lumus bersihkan rumah. Ha.. padan muka. Saper suruh tinggalkan rumah lelama.

Ha..tulah cerita raya kitorang tahun ni.  Ringkas dan sederhana. Lagipun, raya kan sebulan. Masih sempat sambut raya lagi.. Ada lagi rumah yang kami akan pergi beraya nanti. InshaAllah.

Selamat hari Raya Aidilfitri dari kami sekeluarga

Selamat hari Raya Aidilfitri dari kami sekeluarga