Assalamualaikum

Dah lebih seminggu kita sambut Syawal. Best ke raya tahun ni? Raya kami tahun ni… tak macam raya.

Raya pertama tahun ni, kami beraya di Jitra. Oleh sebab kami memang dah duduk rumah mertua, jadi memang tak ada lah persiapan nak balik kampung tu semua. Orang lain sibuk menghias rumah,  kemas beg balik kampung, update pasal jalan balik kampung sesak.. kami relax relax jer kat rumah. Rumah pun tak ada nak hias sangat.. sebab rumah mertua kan.. takkan saya nak hias lebih-lebih. Langsir apa semua, guna jer yang sedia ada. Cuma kena mengemas macam biasa jer lah. Hari-hari pun mengemas, jadi tak ada beza lah mengemas nak raya tu..

Juadah raya kat Jitra pun..simple jer. Ketupat palas dan lemang, mertua beli jer. Cuma masak kari daging buat makan dengan ketupat palas dan lemang. Malam sebelum raya tu, masing-masing buat hal sendiri. Blur jer saya tataw nak buat apa.

Pagi 1 Syawal, makan ketupat lemang, solat raya lepas tu bergambar-gambar.

 

Gambar raya kami Syawal 2018

Gambar raya kami Syawal 2018

Gambar berdua wajiblah ada. Ya, akak ni memang pendek orangnya

Gambar berdua wajiblah ada. Ya, akak ni memang pendek orangnya

 

Raya pertama tu kami tak pergi mana pun, duduk rumah layan tetamu yang datang. Sepanjang raya pertama tu memang duduk kat dapur jer sediakan juadah untuk tetamu.  Masak mee kari, bihun goreng ngan nasi arab.

Esoknya, raya kedua, kami balik Sabak Bernam, kampung mak saya. Sambung beraya kat sana pulak. Gerak dari Jitra pukul 12.00 tengah hari. Pukul 7 malam sampai sana. Beraya atas jalan namanya.

Raya kedua. Beraya 7 jam dalam kereta, atas jalan

Raya kedua. Beraya 7 jam dalam kereta, atas jalan

Kat rumah nenek saya kat Sabak Bernam tu, mak ayah saya, adik beradik saya, pakcik makcik, sepupu sepapat saya semua ada. Malam tu mak ajak pergi beraya rumah atuk saudara, tapi kami dah tak larat dah nak berjalan. Jadi kami tak ikut.

Raya ketiga, mak dah ajak balik Serdang. Diorang semua dah pergi beraya rumah saudara mara raya pertama ngan kedua. Kami jer yang tak sempat ikut pergi beraya. Lagipun ayah saya kerja hari Isnin esoknya, jadi memang kena balik Serdang lah jugak kan. Jadi raya ketiga tu, sambung beraya atas jalan lagi. Sebelum gerak ke Serdang, haruslah kita bergambar-gambar dulu.

Gambar keluarga En Mahadi dan Cik Yati

Gambar keluarga En Mahadi dan Cik Yati

Keluarga saya dan kembar saya.

Keluarga saya dan kembar saya.

Cik Yati dan anak-anak beliau. Ya, anak Cik Yati perempuan semuanya.

Cik Yati dan anak-anak beliau. Ya, anak Cik Yati perempuan semuanya.

On the way ke Serdang, sempat lah jugak singgah rumah atuk saudara kat Sekinchan. Tu lah rumah pertama kami beraya tahun ni. Dah raya ketiga baru sempat pergi beraya. Tu pun sebijik rumah jer.. huhuhu

Raya keempat, mak ajak pergi Klang, beraya rumah pakcik saya. Jadi beraya lah kami kat Klang. Lama jugak lah kami kat sana, sebab tak ada nak kemana-mana.  Rumah pakcik saya ni rumah kedua kami pergi beraya. Dah 4 hari raya, baru pergi 2 bijik rumah. Kesian betul rasanya.

Rumah pakcik ada buaian, maka haruslah kita amik gambar atas buaian

Rumah pakcik ada buaian, maka haruslah kita amik gambar atas buaian

 

Tak paham apsal ntah rambut En Suami jadi rambut superman

Tak paham apsal ntah rambut En Suami jadi rambut superman

Balik dari Klang, sambung beraya kat  The Mines dengan IOI Mall Putrajaya cari kasut En Suami. Kasut dia dah tercabut tapak dah. Ramai jugak yang beraya kat shopping mall rupanya. Kemain ramai orang dekat IOI Mall tuh.

Esoknya, raya kelima, kami balik Jitra. Again..beraya atas jalan lagi. Raya kali ni memang kami banyak beraya ats jalan jer. Dah sampai Jitra, sambung terperap, mereput dalam rumah tak kemana-mana. Tak tahu nak beraya ke mana. Saya bukan ada kawan atau saudara mara kat Jitra ni. Kawan En Suami? Ntah.. dia tu memang orang Jitra, kawan punyalah ramai kat Jitra ni. ,Tapi dia tak ajak pun pergi beraya rumah kawan-kawan dia. Rumah sedara mara pun dia tak ada nak ajak pergi ziarah. Lantak lah situ.

Sebab tu lah saya kata, raya kali ni tak macam raya. Takperlah… yang penting saya tetap bersyukur sangat-sangat sebab masih diberi peluang sambut raya dengan suami, anak-anak, dan keluarga tersayang. Tak semua orang dapat rasa semua tu kan.. Alhamdullillah.. Saya  doa, tahun depan, semuanya dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki untuk sambut Syawal sama-sama lagi. Aamiinn.

Selamat Hari Raya dari kami sekeluarga. Maaf zahir dan batin.

Selamat Hari Raya dari kami sekeluarga. Maaf zahir dan batin.