Assalamualaikum

Dah 2 minggu kita sambut syawal.. Raya tahun 2020 ni memang satu kelainan buat kita semua kan. Raya yang jauh dari kelaziman kita. Raya yang memang berbeza. Berpunca dari Covid 19 yang melanda satu dunia.

Sebelum ni, setiap kali raya.. kita akan pulang ke rumah ibu bapa, dan raya akan disambut dengan meriahnya bersama keluarga, sanak saudara dan sahabat handai. Tapi raya tahun 2020 ni, masing-masing kena sambut raya dirumah sendiri. Untunglah yang duduk satu negeri dengan ibu bapa masing-masing sebab mereka masih boleh pulang ke rumah ibu bapa mereka. Yang mana duduk berlainan negeri? Maka terpaksalah beraya sendiri. Jika yang sudah berkahwin, masih lagi beruntung sebab boleh sambut raya dengan pasangan dan anak masing-masing. Yang mana masih bujang? Mungkin pagi raya terpaksa beraya sendiri atau tumpang beraya di rumah kawan atau saudara mara yang ada berhampiran.

Raya tahun ni juga, buat pertama kalinya, solat sunat hari raya hanya boleh dilakukan secara berjemaah dengan ahli keluarga di rumah masing-masing. Tiada lagi solat berjemaah beramai-ramai di masjid. Sepanjang Ramadhan juga, solat sunat tarawikh juga dilakukan di rumah masing-masing. Samada solat berjemaah bersama keluarga, atau solat sunat tarawikh bersendirian.

Raya tahun ni, kami sekeluarga beraya di Jitra. Hanya saya, suami dan anak-anak. Tahun ni memang sepatutnya raya pertama di Jitra, cuma bezanya tahun ni kami tidak beraya bersama keluarga belah suami. Kami buat keputusan untuk tidak beraya di Langkawi walaupun mertua saya ada di sana kerana tidak mahu mengambil risiko bersesak sesak di jeti dan di dalam feri.

Juadah pagi raya kami sangat sederhana. Hanya ada ketupat palas, kari ayam dan kek coklat. Semuanya kami order dan beli sahaja. Anak-anak tak suka juadah hari saya seperti ketupat, kari, rendang tu semua. Jadi saya fikir, lebih baiklah order jer juadah raya untuk saya dan suami.. Untuk anak-anak, saya masakkan jer hidangan biasa.

Inilah juadah pagi raya tahun ni.

Sebelum ni, selepas solat raya, biasanya kita akan berkumpul beramai-ramai dan saling bermaafan, dan akan beraya pula rumah sanak saudara. Tapi raya tahun ni, kita terpaksa beraya secara online sahaja.

Beraya bersama sanak saudara secara online

Kat dalam video streaming ni, termasuk saya, ada ibu bapa saya, pakcik makcik, dan sepupu-sepupu saya. Setiap kali raya, biasanya kami akan berkumpul ramai-ramai dirumah embah di Sabak Bernam. Tapi tahun ni, jika tak ada PKP pun, raya tetap tidak akan sama sebab embah dah kembali ke rahmatullah bulan 4 yang lepas. Pakcik saya di Johor Bharu pun dah tiada, sebab pakcik saya juga dah kembali kepangkuanNya bulan 8 tahun lepas. Raya tahun ini, memang raya yang amat berbeza buat kami semua. Namun kami cuba menyambutnya dengan gembira, walaupun masing-masing terpaksa raya dari kejauhan.

Baju raya kali ni, kami suami isteri pakai baju lama jer. Anak-anak sahaja kami belikan baju baru.

Tema raya kali ni, hijau.

Raya kedua, kami tak tahu buat apa. Nak pergi beraya pun tak boleh, sebab aktiviti kunjung mengunjung (dalam 1 negeri) hanya boeh dibuat pada hari raya pertama sahaja… Jadi kami buat keputusan, untuk ambil gambar raya.

Adam dan Aiza
Daddy dan Mommy
Kami sekeluarga

Itulah sahaja cerita raya kami kali ni. Sambut raya dalam PKP. Saya simpan di sini menjadi menjadi kenangan. Semoga tahun hadapan, kita semua dapat sambut kembali hari raya dengan meriah seperti tahun tahun sebelum ini. Akhir kata..

Selamat Hari Raya Aildilfitri dari kami Sekeluarga

Mohon Maaf, Zahir dan Batin.