Assalamualaikum…

Usia kandungan saya dah 22 minggu. Atau kata mudahnya..5 bulan. Tapi percayalah, perut saya besar macam 7 bulan!

Bukan sebab baby besar, tak besar pun. Semalam gi checkup 5 bulan, baby dalam perut ni kecik. Kalau ikut berat dan ukur panjang, tumbesaran baby baru 21 minggu. Kira baby kecik seminggu lah. Tapi doktor kata, kalau besar baby beza 1-2 minggu, tak perlu risau. Kalau baby kecik 3 minggu dari sepatutnya, ha..yang tu memang ada masalah. Perlu rujuk hospital. Jadi rasanya perut saya yang besar adalah kerana air placenta yang banyak. Sebab doktor kata, “air placenta banyak nih!”

Adik baby- 5 bulan dalam perut

Adik baby- 5 bulan dalam perut

Nak tahu tak, berat saya naik 3 kg! Bulan lepas berat saya 42kg. Bulan ni naik jadi 45kg! Eh.. melampau-lampau pulak naik berat badan. Baby tak besar mana, mak baby yang kemain membesar kan. Ni kalau check kat KK kerajaan, mahu kena bebel dengan nurse nih. Sama macam masa mengandungkan Adam dululah. Makan tak banyak mana, tapi berat naik mencanak-canak! Patutlah mengah semacam jer. Cepat penat. Jalan sikit dah penat. Ni baru 5 bulan.. tataw lah 9 bulan nanti macam manaaaaaa…

Ok, citer pasal baby dalam perut pulak. Baby, walaupun kecik sikit, alhamdullilah, sihat. Aktif macam biasa. Dapat dengar heart beat kejap-kejap jer sebab dia pusing sana sini.. jadi bacaan tu lari-lari. Dah nampak gender, tapi belum confirm. So, next checkup check lagi sekali for confirmation. Kedudukan baby, so far..tak cantik. Songsang. Kepala kat belah kanan perut saya, montot dia kat belah kiri perut saya. Harapnya nanti baby berpusing lah.. kepala ke bawah, montot kat atas.

Masalah lain, uri masih kat bawah. Type 2- Marginal. Sama masa mengandungkan Adam dulu. Type 2 jugak. Masalah uri kat bawah ni, atau doktor panggil Plasenta Previa ni ada 4 tahap. Tahap 1-2 masih boleh bersalin normal. Tahap 3 -4, mungkin perlu bersalin ceaserean. Walaupun Adam dulu type 2, tapi totap Adam nak keluar ikut tingkap. Heh.

More info pasal uri kat bawah atau Plasenta Previa ni, boleh baca kat sini. 

Next checkup, checkup untuk 6 bulan, doktor kata kena cucuk kancing gigi pulak. ATT injection.  Suntikan ni untuk prevent kancing gigi semasa atau selepas kelahiran. Oleh sebab ni kehamilan kali kedua, jadi cucuk sekali jer. Masa Adam dulu kena cucuk 2 kali. Tak suka suntikan ATT ni, sebab sakit. Sakit masa  vaksin tu masuk saluran darah, pastu nanti rasa sengal + ngilu kat  tangan yang kena suntik tu seminggu. Tahan jer lah. Huhuhu

 

Iklan:

Hiilangkan berat badan dan lemak berlebihan tanpa perlu berlapar atau telan pil bukan-bukan. Hanya sapu jer. Mudah, selamat, berkesan. KLIK SINI