Assalamualaikum..

Hari ni saya gi checkup 8 bulan..tp bukan kat klinik yang saya biasa pegi tu.. Kali ni checkup dekat Hospital Columbia Asia, Cheras. Saya plan bersalin kat hospital tu, jadi kena lah pegi jumpa Gynae kat situ. Alang-alang jumpa Gynae, wat lah checkup lar sekali kan.. Hospital ni dekat sangat dengan rumah, dalam 10 minit jer. Atas sebab  ni lah saya plan nak bersalin kat situ, senang En Suami nak berulang-alik nanti.

Sy checkup dgn Dr. Norshida. Dr ni satu-satunya doktor O&G perempuan Islam kat hospital ni. Sebelum jumpa doktor ni, kena buat appointment dulu. Saya dah buat appointment 2 minggu lepas, so hari ni boleh lar terus jumpa. Tapi sebab ni first time nak jumpa dia, kena jugak lah register kat kaunter depan. Pastu dapat kad pesakit Columbia Asia. Dia guna gambar kat IC, jadinya muka pun suci bersih jer kat kad tu kan.

Muka muda remaja umur 18 tahun.. auwww

Muka muda remaja umur 18 tahun.. auwww

Sebelum jumpa doktor, macam biasa, timbang berat dan test urine. Yang ni cepat jer.. Sekejapan dah siap. Turn tggu doktor tu yang lama sikit. Ramai jugak rupanya yang buat checkup dengan doktor ni. Tapi tunggu tak sampai sejam pun.. Saya tak kisah sangat tunggu turn..Masalahnya, Adam kebosanan.  Bila En Suami bawak Adam pergi main kat tempat mainan budak-budak, dah Adam tu tak nak keluar pulak.

Adam seronok main tak nak keluar

Adam seronok main tak nak keluar

So, bila sampai turn saya jumpa doktor, Adam bad mood buat perangai sebab nak pegi main. Agaknya Dr Norshida dah biasa tengok budak buat perangai gitu, terus jer dia bg buku-buku untuk Adam.. ni memang bagi terus tau. Bukan pinjam. Senyap terus Adam bila dapat buku.

So, checkup macam biasa, pastu scan baby.. Alhamdullillah, uri dah naik. Cuma macam biasa, kedudukan baby still lom cantek. Senget lar pulak. Kepala baby kat belah kiri pinggul saya. Time scan tu, kemain seronok lagi baby tendang-tendang. Jelas nampak kaki dia menendang. Memang tataw diam. Adam dulu dalam perut aktif jugak.. Tapi adik Adam dalam perut ni.. 2x ganda aktif berbanding Adam.  Kadang-kadang sampai senak perut ngan bahagian bawah sebab kena tumbuk, tanduk, terajang ngan baby dalam perut. Serius sakit oiiii.. kalau waktu malam, memang tak leh tidur. Huhuhu.

Next 2 weeks, jumpa doktor Norshida ni lagi. Sebab nak tengok position baby macam mana.. Saya memang plan nak bersalin normal (VBAC), tapi kalau kedudukan baby tak cantek, susah jugak lah kan.. Next appointment, akan diskas balik dengan doktor cemana..

Lepas jumpa doktor, kemain banyak lagi sample susu ngan sample ubat yang doktor ni bagi. Doktor bagi sample susu sebabnya saya tak minum susu sepanjang mengandung. Takut gemuk kekdahnya. Puiii..  Terus jer kena nasihat sedas dua dengan doktor. Wakakakakaka. Padan muka.

 

goodie bag

Sample susu + sample ubat + buku free untuk Adam

 

Tengok, kemain banyak sample susu doktor ni bagi. Macam-macam brand ada. Ada jugak sample ubat obimin pluz dengan obiflex.

Masa bayar bil, hamek kau…Menggigil nak bayor. Memang mahal oii!! Tak sangka mahal gitu. Saya bajet dalam seratus lebih jer..rupanya-rupanya bil checkup jer dekat 300.  Ni baru bil checkup, belum bil bersalin lagi. Dr Norshida ada bagi rough estimation.. Kalau bersalin normal, standby lar 5K- 6K. Kalau czer, standby lar 8K – 10K!! Berpeluh  ketiak bila dengar kos bersalin kat sini. Masa bersalin Adam dulu,  kat hospital PMC Kedah, emergency czer.. tapi tak lah mahal macam Columbia Asia ni. Tsk!!

Now, tengah berkira-kira..macam nak cari hospital lain. Hospital kerajaan yang terdekat hospital Serdang. Semi gov, HUKM. Tapi nak kena gi HUKM dulu lah kan, jumpa doktor kat situ kalau plan nak bersalin situ. Option lain, hospital Putrajaya. Kat hospital Putrajaya, ada private wing kan, tapi kena book awal-awal pulak kan.. Eh..sempat lagi ke  nak survey-survey hospital ni.. Adoi…

Me 33 weeks preggy lepas jumpa doktor sambil dalam kepala tengah buat kira-kira