Assalamualaikum..

Lately sy asyik cerita pasal pregnancy jer kan? Maaflah kalau ada yang bosan.. lagi dekat nak bersalin ni, memang tu jer yang saya fikirkan.. Ada jer aktiviti lain yang saya buat, lagi2 kita baru lepas sambut syawal kan.. memang ada cerita open house tu semua..tapi entah..tak rasa nak share kat blog.. nak citer pasal pregnancy jugak.

This week adalah minggu saya pergi checkup di sana sini. 3 hari berturut-turut. Letih. Huhu

Isnin- checkup kat Az Zahrah. Tak continue  checkup kat Columbia Asia sebab mahal. Rupanya, checkup kat Az-Zahrah ni pun kena tunggu turn lama jugak. Sebab terlalu ramai yang buat checkup kat sini.

selfie az zahrah

Selfie sementara tunggu turn – muka kembang semangkuk

Kat Az Zahra, Sy jumpa Dr Fazlina. Doktor ni check dan scan, memang detail. And dia explain pun detail. Dapat berita kurang best. Rupanya, uri masih kat bawah. Placenta Previa (PP) Type 1. Almost nak ke type 2. Haih… bila dah nama uri bawah ni, kalau nak bersalin normal tu risiko dia  tinggi. Saya dah 35 weeks, chances untuk uri tu naik, memang susah. Masa saya jumpa doktor ni, somi pulak takder. Somi ngan Adam dah balik rumah dulu sebab lama sangat tunggu turn.   Jadi saya tak leh nak decide apa-apa ngan doktor. Kena bincang dulu ngan somi.

Bila kes PP ni, biasanya mmg doktor akan sarankan czer lah. Sebabnya high risk kalau bersalin normal. Kos czer kat Az Zahrah, starts from 8k. Sama mahal dengan Columbia Asia. Fuh!!!

Balik rumah, bincang ngan somi.. buat keputusan bersalin kat hospital kerajaan jer lah. Tak salah pon bersalin hospital kerajaan ni.. Cuma saya ada bad experience dengan hospital kerajaan masa bersalinkan Adam dulu.. pastu dalam pantang kena jaga Adam yang warded kat hospital kerajaan. Masa tu memang serik + tertekan + trauma sangat.. Tapi, bila  mengenangkan kos czer yang terlalu tinggi kat hospital swasta, rasa tak berbaloi pulak. Duit tu ada, memang dah standby. Cuma, bagi saya, duit tu lagi bermanfaat kalau digunakan untuk tujuan lain kan. Lagipun, lepas baby lahir, banyak nak guna duit kan.

Anyway, bila kata nak bersalin hospital kerajaan ni, seeloknya kena gi KK Kerajaan dulu.

So, hari selasa, saya pegi KK Kerajaan pulak.  Jumpa nurse, then jumpa doktor. Oleh sebab PP,  doktor keluarkan surat untuk refer ke O&G kat hospital kerajaan pulak. Kat KK, macam biasalah, tunggu giliran lama. Adam pulak tataw diam. Nasib baik time tu saya pergi ngan mak saya. Selama 3 jam kat KK, 3 jam jugaklah mak saya mengejar Adam yang tataw diam tuh. Letih weh mengejar Adam. Kesian mak saya.

Hari  Rabu,  saya pergi hospital kerajaan untuk jumpa pakar O&G.. Masa kat hospital kerajaan ni, saya berdua jer ngan Adam. Kat sebelah O&G department tu, paediatric department. So ada lar tempat mainan kanak-kanak. Adam asyik nak main kat sana.

Adam yang asyik nak main kat sini

Adam yang asyik nak main kat sini

Saya boleh bawak dia kejap-kejap jer lar kan, sebab saya tengah tggu turn. Kang nurse panggl, tak dengar pulak. .  Bila tak dapt main tu, memang Adam jerit-jerit mengamuk lah.  Haih, memang  menguji kesabaran betul. Lepas  sejam lebih tunggu nama dipanggil, akhirnya nurse panggil  just untuk bagi appointment date jumpa doktor awal bulan September kang. Kiranya saya menunggu hanya utk dapatkan tarikh appintment jer. Sobs!! Memang gitu lah prosedur hospital kerajaan kan.. hadap jer lar.

So, next week sy ada appointment kat KK Kerajaan. Next 2 weeks pulak, appointment dengan O&G  kat hospital pulak. Bertabahlah saya tunggu turn yang kemain lama sambil melayan kerenah Adam yang lari sana sini tataw diam. Tolonglar Adam, janganlar sampai mommy bersalin awal sebab mengejar kamu jer. Huhuhuhuhu.

Ada ke yang pelik, kenapa saya gi checkup bawak Adam? Jawapan saya mudah: tak ada orang nak jaga Adam. Adam tak der pengasuh. Memang saya yang jaga dia 24 jam. dah kata surirumah kan.. Nanti time saya bersalin kat hospital kang, somi kena amik cuti jaga Adam kat rumah. Saya beranak kat hospital sorang-sorang.  Sekian.