Assalamualaikum..

Alhamdullilah, hajat nak berjalan ke Terengganu dipermudahkan Allah. Sampai jugak kami sekeluarga ke sana. Dah lama sangat kitorang nak pegi Terengganu tau, asyik bertangguh jer. Akhirnya sampai jugak. Lagipun mak buyung mengidam nak makan nasi dagang sedap. Hehehe

Entry ni saya cerita ringkas jer. Review setiap tempat yang saya pergi kat Terengganu ni,saya akan buat entry khas bagi setiap tempat. Kalau tak nanti panjang sangat entry ni, lagipun, kalau pecahkan ikut tempat, lagi senang nak refer kan.

Sebelum bertolak, saya dah standby tentatif program. Bukan senang nak berjalan ke sana. So bila dapat ke sana, biar teratur sikit. Kat sana nanti, tak lah buang masa pikir nak buat apa, nak pegi mana kan…

Tentatif berjalan ke Terengganu

Tentatif berjalan ke Terengganu

Khamis, 7 Mei 2015

Kitorang bertolak pagi Khamis, pukul 9.30 pagi. Teruja betul. Sarapan pun drive thru KFC jer. Malas nak masak, nak berenti makan ke apa. Sebab tak sabar nak sampai Terengganu.

Saya excited gi jalan, Adam sambung tidur dalam keta

Senang betul berjalan jauh bila Adam dok dalam car seat

Around pukul 12.30, lapar pulak. Singgah kat RnR Bentong. Kat sini ada jual nasi dagang, laju jer lah saya beli. Dah kata mengidam kan….

Nasi Dagang RnR Bentong

Nasi Dagang RnR Bentong

Sedap tu memang sedap, tapi lepas sejam, perut memulas. Dah sepanjang perjalanan ke Terengganu, asyik kena berenti jer sebab saya nak pegi jamban. Nasi dagang kat RnR tu dah tak elokkah?  huhuhu.

Oleh sebab asyik berenti jer kan, so sampai Kuala Terengganu 5.30 petang. Check in kat Hotel Grand Puteri. Best hotel ni. Harga berpatutan. Bilik selesa. Basic neccessity semua ada. Kat tengah pekan pulak tuh. .  Nanti saya review detail pasal hotel ni yer. Hotel ni depan Masjid Abidin (Masjid Putih), dekat dengan Hentian Bas Kuala Terengganu ngan Pasar Besar Payang!

Hotel Grand Puteri, Kuala Terengganu

Hotel Grand Puteri, Kuala Terengganu

Kami book bilik Superior Double, RM158 per night. Termasuk breakfast untuk 2 orang. Berpatutan kan?

BIlik kami - Superior Double

BIlik kami – Superior Double

Oleh sebab sampai hotel pun dah petang, so lepas check in, kami just belikan Adam KFC (sebelah hotel jer), pastu jalan-jalan kaki kat sekitar situ jer. Kedai pun dah banyak tutup lewat petang tu.

Malam, kami makan kat Pantai Batu Buruk. Kat restoran Tenang Seafood 2. Makan pun ala kadar jer sebab petang tu dah belasah KFC kan.. hehe. Makan malam kat Restoran Tenang Seafood 2 ni nanti saya cerita detail kat entry lain yer. Lepas makan, ingat nak jalan-jalan tepi pantai, tapi Adam takut nak pijak pasir lar pulak. Kotor katanya..  Nangis-nangis tak mo jejak kaki ke pantai. Haih.. so balik jer lah ke hotel, berehat.

Makan malam di Tenang Seafood 2

Makan malam di Tenang Seafood 2

Jumaat, 8 Mei 2015

Pagi esoknya, Jumaat, sarapan kat hotel jer.  Sebabnya bilik kami duduk tu dah termasuk sarapan kan..rugilah kalau tak makan kat hotel. Tak yah nak bazir makan kat luar..sarapan kat hotel ni dah berbayar. Hehehe. Sebelum pegi Terengganu, memang saya  berangan nak sarapan nasi dagang..  Nasi dagang antara menu sarapan pagi kat hotel ni. Walaupun ikutkan tentatif asal, nak makan nasi dagang untuk sarapan, tapi.. lepas kejadian sakit perut makan nasi dagang kat RnR Bentong tu, nampak nasi dagang jer fobia. Nak tengok pun tak lalu. Huhu. Makan jer lah benda lain.

Sarapan Pagi Jumaat di hotel

Sarapan Pagi Jumaat di hotel

Lepas sarapan, kitorang pergi Taman Tamadun Islam (TTI) kat Pulau Wan Man, Kuala Terengganu. 15 minit jer dari hotel. Luas betul TTI ni weh.. Sampai TTI dalam pukul 10 pagi. Walaupun still pagi, tapi dah panas jugak. So, berpeluh-peluh lah ketiak nak habiskan pusing satu taman tu. Dalam TTI ni, ada 22 replika monumen dari 21 buah negara! Memang tak larat nak pegi semua. Saya pulak bawak perut, Adam pun dah penat.. Sudahnya pusing taman naik trem jer lah. . Bayaran masuk taman ngan naik trem asing tau. Cerita detail pasal Taman Tamadun Islam nanti saya akan cerita kat entry lain yer.

Passport ke Taman Tamadun Islam

Passport ke Taman Tamadun Islam

Posing depan monumen cinta Shah Jehan dan Mumtaz.

Posing depan monumen cinta Shah Jehan dan Mumtaz.

Ikutkan tentatif program, lepas pegi Taman Tamadun Islam, nak singgah Masjid Kristal, sebab masjid ni sebelah TTI tu jer. Tapi kitorang keluar TTI pun dah pukul 12 tgh hari, pastu menapau makanan kat sana,  dah pukul 12.30 tgh hari. Tak sempat lar nak singgah Masjid Kristal sebab suami nak gi Solat Jumaat. So baliklah kami ke hotel. Suami Solat Jumaat kat Masjid Abidin depan hotel yang kitorang duduk tu. Saya ngan Adam rehat-rehat ngan makan-makan lar dalam bilik.

Pukul 4 petang, keluar balik hotel, pergi Masjid Kristal. Alang-alang kat sini, suami solat Asar sekali kat masjid tu.

Masjid Kristal

Masjid Kristal

Lepas gi Masjid Kristal, gi borong Kopok Losong kat Kg Losong lah. Kalau pergi TTI ni, memang lalu Kampung Losong, so alang-alang dah lalu, maka belilah kopok losong kat situ. Baca review sana -sini kata Kedai Losong Adik Beradik jual kopok losong yang paling sedap. Tapi masa kitorang pegi, tutup pulak kedai tu. So beli kat kedai sebelah dia jer lah.

Tutup pulak kedai Adik Beradik nih

Tutup pulak kedai Adik Beradik nih

Dah sampai Terengganu ni, rugilah kalau tak pergi pantai kat sana kan.. Kat tentatif program, saya list kan 3 pantai. Kami pilih pergi Pantai Teluk Ketapang sebab pantai ni yang paling dekat. Macam mana kami tahu? Kami guna google maps. hehe. Dari Kampung Losong ke Pantai Teluk Ketapang, 25 minit jer.

Kat Pantai Teluk Ketapang, kami makan ikan celup tepung kat gerai Haji Pok Long. Pergh..kemain ramai lagi yang makan kat sini. Penuh.

Seafood celup tepung + sosej dan kopok lekor untuk Adam

Seafood celup tepung + sosej dan kopok lekor untuk Adam

Yang istimewanya ikan celup tepung/sotong tepung/udang tepung kat sini, bukan sebab tepung tu… tapi sebab segarnya ikan/sotong/udang dia. Memang rasa manis segar seafood tuh. Gambar atas ni gambar first round tau. Abis jer lauk pauk tu semua, suami gi amik lagi untuk makan second round pulak.

Lepas kekenyangan ratah lauk, kitorang jalan-jalan kat tepi pantai. Jenuh nak pujuk Adam pijak pasir… nangis-nangis dia kata kotor.. kotor.. Tapi, lama-lama, seronok jer dia pijak pasir tuh. Drama jer lebih tau.

Cantik kan Pantai Teluk Ketapan nig

Cantik kan Pantai Teluk Ketapang nih

Memula takut, pastu seronok pulak main pasir..

Memula takut, pastu seronok pulak main pasir..

Cerita detail pasal gerai Haji Pok Long dan Pantai Teluk ketapang ni pun saya akan cerita kat entry lain yer.

Malam tu, kitorang gi Waterfront. Dekat sangat ngan hotel. 5 minit jer. Kitorang makan western food kat Zie’s Corner. Dah tak lalu makan seafood dah. Hehehehe.

Western food kat Zie's Corner

Western food kat Zie’s Corner

Lepas makan, gi Taman Warisan pulak. Taman ni kat area Waterfront tu jugak.

Taman Warisan, Waterfront Kuala Terengganu

Taman Warisan, Waterfront Kuala Terengganu

Taman Warisan, Waterfront Kuala Terengganu

Taman Warisan, Waterfront Kuala Terengganu

Kat sini, ada gerai-gerai jualan. Lebih kurang uptown/downtown tu lar jugak. Tapi kitorang tak beli apa-apa pun, just sewa hoop untuk main buih tu, main buih ngan adam.

Adam seronok kejar buih

Adam seronok kejar buih

Pukul 113.0 malam, balik hotel. Rehat

Sabtu,  9 Mei 2015

Esoknya,  hari sabtu tu, kitorang sarapan kat hotel lagi.

2nd day breakfast di hotel

2nd day breakfast di hotel

Lepas sarapan, bawak Adam mandi kolam. Dari hari khamis lagi Adam dah tunjuk kolam renang  hotel. Asal lalu jer, kata nak pergi situ. So, before balik, bawak lah dia main air kat kolam tu dulu. Ikutkan tentatif asal, pagi tu patutnya pegi Bukit Puteri. Tapi cancel sebab memikirkan kompom saya tak larat nak memanjat tangga naik bukit tuh. So, ganti dengan aktiviti Adam mandi kolam. Adam ngan En Suami jer yang masuk kolam tuh. Saya tengok dari tepi jer lah.

Adam main dalam kolam dengan daddy

Adam main dalam kolam dengan daddy

Tak lama pun Adam main kat kolam, sebab nak check out awal. Saya tak sabor nak shopping kat Pasar Besar Payang. Pasar Besar Payang tu memang dekat sangat dengan hotel Grand Puteri tu, tapi kitorang pegi naik keta jugak… sebab malas nak patah-patah balik ambik beg pulak kan. Alang-alang check out tuh, terus jer lah pegi naik keta. Parking keta dekat bawah bangunan Bazaar Warisan kat depan Pasar Payang tu jer.

Bazaar Warisan

Bazaar Warisan

Bazar Warisan ni betul-betul kat kaki bukit Bukit Puteri. Dekat sangat dengan Pasar Besar Payang. So, kalau korang larat, boleh pegi Bukit Puteri ni sekali kalau pegi Pasar Besar Payang. Bukit Puteri ni, kawasan bersejarah. Ada meriam lama, benda2 macam tu lah.

Oleh sebab kitorang tak pergi Bukit Puteri, so jom lah shopping kat Pasar Payang jer. Tapi kan, kitorang blur tak tahu nak beli apa kat Pasar Payang nih. Wakakaka.

Nak beli batik Terengganu.. tak tahu nak pakai bila pulak. Baju kurung saya berlambak dalam almari tak terpakai. Suami kerja swasta, memang tak perlu kemeja batik. Kain pelekat, kain batik pun dah banyak. Jadi.. sudahnya, kami beli ole-ole untuk keluarga jer lah. hehehe.

Pasar Besar Payang, Kuala Terengganu

Pasar Besar Payang, Kuala Terengganu

 

Tips untuk korang, kalau nak beli tshirt yang ada tulis Terengganu, better beli kat kedai luar. Lagi murah. Tshirt kat dalam pasar payang mahal. Tshirt Adam kitorang beli kat Masjid Kristal, RM15. kan tebal, kualiti pun elok. Tapi kat Pasar Payang, RM25 tau! So, memang tak beli Tshirt kat pasar payang..

Tapi kalau macam batik, kain ela, songket, barang tembaga, toto ke, benda-benda macam tu memang murah lah kat Pasar Payang tu. Pastu harga kat setiap kedai tak sama tau. Ada setengah kedai yang jual lebih mahal. So kena survey betul-betul.

Adam bodek mainan ngan Daddy

Adam bodek mainan ngan Daddy

Saya yang membelek ole-ole untuk family

Saya yang membelek ole-ole untuk family

Lepas shopping, kami pun terus gerak balik. On the way balik tu…singgah kat Pusat Sanctuari Penyu kat Rantau Abang.

Pusat pemulihan dan pemeliharaan penyu, Rantau Abang, Terengganu

Pusat pemulihan dan pemeliharaan penyu, Rantau Abang, Terengganu

Cerita pasal pusat sanctuari ni pun nanti saya cerita kat entry lain.

Lepas tu, straight pegi Gambang Resort. Eh, bukan sambung bercuti kat sana.. tapi MIL saya ada event kat sana. Dia rindu nak jumpa Adam. So kami plan, on the way balik, singgah lar sana kejap. Tp GPS keta tu kan hampeh! Tsk! Bikin saya hilang sabar tau. Ntah jalan ceruk mana dia tunjuk.. tak reti nak tunjuk jalan hghway gamaknya. Lambat jadinya, sebab ikut jalan kampung.

Bosan aih tak sampai-sampai

Bosan aih tak sampai-sampai

Sudahnya, pukul 6 lebih baru sampai Gambang Resort. Time tu pulak MIL ada hal, memang tak boleh turun jumpa kitorang. Sudahnya, kitorang check in jer lah hotel kat Gambang. Tapi bukan kat Bukit Gambang Resort City tu lah. Mahal wokei.. bilik paling murah kat Arabian Bay Resort tu RM260 . Setakat check in malam, pagi esok dah check out, tak payah nak bazir duit, ok. Apa- apa hal pun, alang-alang sampai sini, kita posing depan unta.

Kami dan unta

Kami dan unta

Kami check in kat hotel bajet, Selesa View Hotel kat area Gambang tu jugak. RM88 satu malam. OK lar..setakat nak tidur jer kan.  Review pasal hotel ni pun saya akan cerita kat entry lain.

Ahad, 10 Mei 2015

Pagi esoknya, Ahad, pukul 8 pagi terus berdesup bawak Adam jumpa Mak Tok dia. Mula-mula tu Adam bad mood, sebab kena bangun awal kan. Tak mo dengan Mak Tok dia. Lepas tu..dok berkepit, sampai langsung tak nak lepas dari Mak Tok dia. Nak dukung ajer! MIL ngan kawan-kawan dia nak bertolak balik pukul 9 tuh, so sekejap jer lah jumpa Adam. Kemain lagi Adam meraung  dalam keta masa balik tuh.

Lepas jumpa MIL, patah balik hotel Selesa View tu, pastu terus check out. Kena balik cepat, sebab suami kerja tengah hari Ahad tu. Gerak dari Gambang pukul 11 pagi..pukul 1.30 petang sampai umah.

Ha.. tu jer lah cerita cuti saya. Panjang lar jugak entry ni kan? hehehe. Cerita detail pasal hotel dan tempat-tempat yang saya pergi kat Terengganu ni, insyaAllah coming soon. Hehehe.

 

Iklan:

Dapatkan set Skincare Kawaii Phyto Stem Cell murah disini

Dapatkan Set Jihan Kawaii Collagen murah disini