Assalamualaikum,
Cuti panjang 4 hari u olls pegi mana.. Eh? Selangor jer cuti 4 hari.. Negeri lain cuti 3 hari jer kan.. hehehehe..
Saya memang excited bila cuti lebih dari sehari..sebab En Suami keja sampai Sabtu. Kerja 6 hari, cuti sehari. Jadi, bila ada public holiday lama sikit..Alhamdullillah, rasa seronok sangat.
Walaupun cuti panjang, tapi kitorang tak pergi bercuti jauh. Kitorang gi shopping barang rumah jer. Nak dekorasi lar sikit rumah tu. Hehehe.
Sebelum cari barang rumah, gi cari mainan Adam dulu. Hari Sabtu, kami ke GM Klang cari punching ball untuk Adam. Adam tu pagi petang siang malam mintak menda alah ni:
Adam nak punchng ball siap dengan boxing glove tu sekali

Adam nak punchng ball siap dengan boxing glove tu sekali

Dia nampak set ni kat kedai mainan kat The Mines. Mahal tau. Seratus lebih  jugak harga dia. Eeiii..tak kuasa nak belikan mainan mahal gitu. So kami gi cari la kat GM Klang…kot ada yg murah sikit.
Pusing pusing pusing kat GM Klang.. Tak ada satu pun kedai kat sana yang ada jual punching ball tu. Semua kedai mainan kitorang tanya tau. Memang tak ada. Sudahnya belikan Adam punching beg ni jer.
Tu, yang berbentuk silinder tinggi ada nombor tu namanya punching/boxing bag

Maapler gambar gegar, En Suami memang suka amik gambar gegar gini

Tu yang kat belakang saya, yang ada nombor tu, punching/boxing bag lar tuh. Tapi isi dia angin la..bukan pasir. Memang untuk budak punya. Walaupun untuk budak, tapi saiz dia besau gabak. Lagi tinggi dari saya tau punching bag tuh.
Harga dia mahal lar jugak. RM71.90. Kami ambil sekali dengan pam angin, jadi orang kedai tu bagi diskaun.  After diskaun, total dua item tu RM88.00.   Adam.. Daddy dah beli mainan mahal ni, kalau Adam tak guna, siap!
Punching/boxing bag ni, bukan setakat tumbuk, nak sepak terajang pun boleh. Aiza belum pandai tumbuk terajang, jadi dia tanduk-tanduk jer benda ni. Hehehehe.
Ha.. tumbuk jangan tak tumbuk

Ha.. tumbuk jangan tak tumbuk

Ahad pulak..kami ke Ikea Cheras.. dah syok pilih dan ambil barang, tiba-tiba Ikea blackout la pulak.. Bila dah takder elektrik, memang sistem down lar kan.. Kalau nak bayar, kena guna cash sahaja. Alat nak scan bar code  tu pun tak boleh guna. Jadi diorg kira harga cara manual. Harga barang diorang akan check kat senarai harga dalam fail (kertas). Cari satu-satu.  Pastu diorang kira guna kalkulator..  leh imagine tak betapa lamaaaaa nya nak tuggu turn bayar barang.. Sudahnya kami tak jadi beli barang. Keluar jer terus. Keciwa ai tau tak dapat beli barang kat ikea.
Terus ajak suami gi Homepro kat IOI mall Putrajaya. Konon-konon memujuk hati yang kecewa. Kah kah kah. Alasan ajak En Suami ke sana sebab nak  beli bakul untuk simpan mainan Adam yang menggunung tinggi tu, rak kecik untuk letak kat dapur, pastu beli bakul baju sekali. Bakul baju Adam dah pecah.
Comel jer rak ni kan?

Comel jer rak ni kan?

Kecik jer rak putih ni. Muat lar untuk letak bekas gula, tepung ngan serbuk lada sulah tu semua.  Harga rak ni RM33.00.

Bakul beroda bertingkat isi mainan Adam

Bakul 3 tingkat beroda isi mainan Adam

Sebelum ni mainan Adam simpan dalam kotak mainan. Bila dia nak cari mainan, dia akan punggah semua mainan dalam kotak tu. Stress oii nak kemas balik. Sebab tu beli bakul bertingkat ni. Lebih senang Adam nak nak cari mainan dia. Takderlah dia nak punggah semua mainan kan. Bakul paling bawah  segala jenis kenderaan mainan. Bakul tengah segala jenis action figure, robot ngan patung mainan. Atas sekali lain-lain mainan.
Bakul ni ada roda kat bawah, jadi senang saya nak sorong kesana kemari time nak vakuum dan mengemop.  Bakul bertingkat beroda ni harga asal dia RM79.90. Masa kami beli ni ada sale, harga dia jadi RM59.90.  Bakul ni besar tau. Memang berbaloi dengan harga dia.
Bakul baju beroda

Bakul baju beroda

Asalnya nak beli satu jer bakul baju, pastu masa kami pergi ni, Home Pro buat Happy Hour. Harga asal bakul baju beroda ni RM29.00. Harga Happy Hour RM19.90.  Jadi, beli lar 2. Satu untuk bakul baju Adam, satu lagi bakul baju Aiza. Bakul baju ni pun ada roda. Senang nak tolak kesana kemari.

 Hari Isnin kitorang gi Ikea Cheras tu lagi..Sebabnya saya nak jugak beli barang kat Ikea tu. Dah lama saya aim nak beli. Pergi kejap jer pun. Ambil barang yang nak dibeli pastu terus bayar. Takder nak pusing2 Ikea tu lagi.   Sampai sana pukul 11. Pukul 12 dah keluar Ikea dah.
Kami beli langsir, rak kasut, bunga plastik ngan bola untuk adam.
Langsir bunga-bunga Ikea

Langsir bunga-bunga Ikea

Langsir lama dah koyak. Dah 5 tahun pun usia langsir lama tu. Bila dah koyak, tukar lar langsir baru.  Langsir bunga-bunga Ikea ni harga dia RM199 untuk 2 keping langsir. Langsir ni ready made.. Tinggal gantung jer.  Tapi labuh sangat lar pulak.  Saya sayang nak potong, jadi saya lipat dan jahit jer lah. Tu kat bahagian bawah langsir tu saya jahit. Tu yang ghupa dia gitu. Hahahaha.
Rak kasut Ikea

Rak kasut Ikea

Rak kasut ni untuk simpan kasut yang jarang pakai. Boleh simpan dalam 8 – 10 pasang kasut. Harga dia RM89. Bunga merah tu beli kat Ikea jugak.
Hari Selasa, cuti lagi.. Pergi shopping jugak.  Shopping hadiah untuk sepupu Adam yang baru lahir awal bulan 12 hari tu..  Lepas shopping hadiah, terus lah gi tengok baby baru.. hehehehe
Baby tidur dalam baby cot kat belakang tu

Baby tidur dalam baby cot kat belakang tu

Ha..tu jer lah cerita cuti panjang kami.. banyak shopping jer.  Shopping itu ini…. barang sekolah Adam belum beli lagi ni. Tahun depan Adam dah start tadika dah. Bila laaa cikgu sekolah Adam nak suruh gi daftar ni.. nak tahu apa yang kena dibeli..kang main beli, benda tu tak guna pulak kan… Adoiyaii…