Assalamualaikum..

Semalam, akhirnya..siap jugak frame abc dan nombor untuk Adam. DI.Y jer. Dah lama plan nak buat frame ABC untuk Adam. Bahan pun dah beli lama..tapi asyik bertanguh-tangguh jer. Dari Adam baru nak kenal ABC, sampai dah hafal dan kenal ABC pun tak jugak mummy dia buatkan frame ni. Kesian Adam.. Main reason, takder mood nak buat sebab bilik Adam tak available. Haih..

InshaAllah, next month Adam akan dapat bilik dia balik and  Adam akan share bilik tu ngan coming soon baby.. So alang-alang nak decorate, apa kata siapkan Frame ABC sekali. Hehehe

Bahan-bahan D.I.Y ABC Frame

Material untuk buat frame ABC Adam

Material untuk buat frame ABC Adam

  • Frame beli kat Ikea
  • Huruf dan nombor beli kat kedai alat tulis
  • Double-sided sellotape

Frame tu saya  beli banyak sebab plan nak buat untuk sepupu-sepupu Adam sekali. Tapi ntah kenapa satu tu saiz kecik pulak. Salah ambilkah? Dah tak ingat lar pulak kenapa tak sama saiz, beli frame ni tahun lepas. Huhuhu

Huruf dan nombor

Huruf dan nombor

Blok huruf dan nombor ni buat daripada plywood, so dia nipis jer. Boleh lar tampal kat frame. Kang kalau tebal, tak leh tutup pulak kan. hehehe.

Anyway, lets start the project

Mula-mula kita bukak lah penutup belakang frame tu. Kena lah bukak sebab nak tampal huruf dan nombor kat belah dalam belakang frame tu.

Bahagian belakang frame yang dah dibuka

Bahagian belakang frame yang dah dibuka

Oleh sebab saya nak background putih, jadi saya guna balik kertas  asal yang memang ada kat frame ni. Bahagian depan kertas kelabu, tapi bahagian belakang dia putih. So saya terbalikkan, dan gam kat bahagian belakang frame.

Tampal kertas putih

Kertas putih yang dah ditamal kat bahagian dalam belakang frame

Lepas tu saya susun molek-molek huruf abc dan nombor tu. Kena susun dulu lar baru tampal kan. Kang kalau main tampal jer, senget benget pastu tak align lar bagai.

Huruf dan nombor disusun atas frame

Huruf dan nombor disusun atas frame

Bila dah rasa molek susunan tu, kita tampal doubel side tape kat setiap huruf dan nombor

Tampal double side tape

Tampal double side tape

Pastu kita lekatkan kan huruf dan nombor ikut tempat yang kita susun tadi. Bila semua hrruf dah dilekat, masukkan balik dalam frame.

Tada.. dah siap…

Frame ABC dan Nombor untuk Adam

Frame ABC dan Nombor untuk Adam

Kalau rajin kang, nak hias frame tu pulak. Ada jual hiasan kecik comel kat Daiso kan.. nanti nak gi cari. Tu kalau rajin lah. Kalau tak rajin, ku gantung gini jer kat dinding. Hahaha

Ada kekdah lain nak buat frame abc dan nombor ni; print out jer. Print out kat glossy paper, cantek! Memula memang saya nak buat gitu.. Tapi printer kat umah ni, saiz paling besar dia boleh print kertas saiz A4 jer. Frame saya beli ni besar, lagi besar dari saiz A3, kecik sikit dari A2. Kan ke payah nak cari saiz kertas tu.. Pastu kalau nak print, kena gi print kat kedai lar pulak.

Lagi satu, kalau nak print sendiri ni..korang kena susun huruf dan alphabet tu dulu kat pc/laptop kan. Saya dah try guna word, eh..payah lah nak align kasi cantik. Sebab ada margin, spacing ngan aligment dia tu kan.. adjust sana sini pun, still susunan dia tak jadi yang macam saya nak. Kalau pandai photoshop, better guna photoshop jer. Lagi senang. Tapi saya tak pandai photoshop. So, lupakan jer lah.

Solution saya, beli jer huruf dan nombor kat kedai alat tulis, tampal. Hehehe. Tak sabar nak gantung frame ni kat bilik Adam. Tapi kena tunggu bilik Adam ready untuk digunakan. Haih..

 

 

Iklan:

Dapatkan produk Tropika untuk anak dengan harga lebih murah di sini.