Assalamualaikum
Tahun 2017 Adam dah 5 tahun. Minggu depan, 3 Januari 2017 InshaAllah Adam akan start belajar kat Tadika Kemas. Kami pilih tadika Kemas untuk Adam sebab utamanya Tadika ni dekat ngan rumah. Dalam 5 minit jer kalau naik kereta. Senang nak hantar dan amik dia nanti.
InshaAllah Adam belajar kat sini tahun depan

InshaAllah Adam belajar kat sini tahun depan

Sebenarnya ada tadika lain yang lagi dekat ngan rumah, dalam taman yang sama.. Jalan kaki tak sempat berpeluh dah sampai. Tapi tadika tu tadika cina. Was was la pulak nak hantar ke tadika cina. Bukan racist ke apa, tapi risau bab makan minum.
Tadika Islam pun ada.. ada 2,3 tadika Islam yang tak berapa jauh dari rumah.. Tapi masa kami pergi survey, ada beberapa faktor yang buatkan kami tak jadi hantar Adam ke sana.  Antara faktor dia, tempat belajar, kawasan persekitaran, bilangan budak dan tenaga pengajar tu sendiri. Sentap tak bertempat. Orang tanya elok-elok, dia jawab kasar-kasar. Ermm… takperlah.
Tadika mahal yang terkenal pun ada banyak kat area sini, tapi..kami tak mampu. Hehehe.
So, hantar jer lah Adam ke tadika Kemas.  Tadika Kemas pun ok kan. Silibus dia semua bawah kementerian. Tenaga pengajar pun berpengalaman.  Yuran pun murah. Alhamdullillah, Adam dapat masuk tadika kemas. Sebabnya tempat terhad kat kemas ni.
Kami hantar borang tadika Kemas ni dah lama, bulan August lepas. Hantar borang tu kiranya dah pre-register lar. Dah siap kepilkan gambar ngan salinan surat beranak ngan ic mak bapak sekali.
Masa amik gambar untuk isi borang tadika Kemas

Masa amik gambar untuk isi borang tadika Kemas

Pastu minggu lepas dapat sms dari cikgu tadika Adam untuk bayar baki yuran. So semalam kami pergi bayar yuran.
Yuran pendaftaran RM200 jer. Ni termasuk yuran tahunan, duit baju, buku, alat tulis, alatan sukaneka tu semua lah. Masa hantar borang  dulu, dah bayar RM50. Jadi semalam tinggal bayar baki RM150 jer.
Yuran bulanan pulak RM30. Pastu ada tambahan RM10 untuk kelas fardhu ain. Jadi total yuran bulanan RM40.
Yuran bulanan ni untuk makan minum rasanya. Sebab setiap hari ada disediakan makan pukul 8 pagi dan 10.30 pagi. Air pun disediakan. So tak perlu bawak bekal air atau makanan.
Masa bayar ni tak dapat baju. Buku semua pun tak dapat lagi. Start tadika nanti baru dapat. Jadi first day nanti,  cikgu kata Adam kena pakai tshirt putih ngan seluar track. Pakai kasut putih sekali.
Jadi bermulalah misi shopping barang keperluan tadika adam. Baru settle beli kasut putih ngan stoking. Weekend nnti nak cari beg sekolah dengan tshirt putih.
Cari kasut kat Bata

Cari kasut kat Bata

Minggu depan start tadika, tataw lah cemana adam tu nanti. Gi bayar yuran pun dia dh buat drama. Masa nak pergi bayar yuran, Adam merengek-rengek kata tak nak pegi school..tak nak pegi school.. Siap tak nak turun kereta lagi. Bila dah masuk dalam tadika tu, tengok ada mainan, kemain seronok dia main. Dia boleh  buat perangai tak nak balik dia tu pulak. Haish!!
Dah seronok main, tak nak balik pulak

Dah seronok main, tak nak balik pulak

Tataw lah cemana Adam buat perangai bila start tadika tu nanti. Pandai-pandai lah daddy dia handle. Mommy malas nak layan.  Hilang keayuan mommy gaduh ngan Adam tu kang.