Assalamualaikum..

Cak!! Ada yang ingat saya dah bersalin ke? Belum lagi…Hehehe.

EDD patutnya ahad lepas, 20hb September.. Tapi baby belum nak keluar lagi. Nak dok dalam perut mommy dia lagi. So..here I am, 40 minggu mengandung, menaip blog dengan perut memboyot kehadapan.

Last week, 1 family demam. Start dengan Adam.  Biasanya Adam demam sehari dua jer.. Tapi minggu lepas, 3 hari Adam demam on off. Lepas makan ubat, suhu dia turun, elok jer main. 2,3 jam lepas tu, badan dia panas balik. terus lembik. Masuk hari ketiga, bawak gi hospital. Check darah. Alhamdullilah, bukan denggi. Just demam biasa. Kuman kat tekak. Adam batuk memang teruk pun. So memang suspect kat situ punca dia demam.

Tengah hari  sabtu, Alhamdullilah kebah dah demam Adam. So, ajak suami keluar kejap nak cari baju raya.  Muehehehe. Mana lar tahu, sampai raya haji kang baby tak keluar lagi. So bolehlar saya sambut raya haji. Dah kata nak sambut raya haji, haruslah ada baju raya haji kan.. Lagipun baju kurung semua dah tak muat.  Tak mo lah pakai blouse ngan skirt time raya. Tu bukan baju raya.. Gedik betul Mak Yong ni kan.. Hehehehe.

Saya beli baju baju raya kat kedai MumsLuv. Dekat jer ngan umah. Dalam 20 minit macma tu. Malas nak gi jauh-jauh, dah kata anak tak sihat kan.. Kat Mumsluv ni saya beli sehelai jubah menyusu, yang muat  mak buyong 9 bulan ni pakai. Alang-alang beli baju, biar beli baju yang senang nak susukan baby. Style selak-selak jer kat bahagian dada tu.  Kot tak sempat pakai time raya haji, boleh pakai lepas pantang nanti, time keluar berjalan.  Hehehe

Yeay! Baju raya haji dah ready

Yeay! Baju raya haji dah ready

Perut dah besar gini, dah 40 minggu pun masih berjalan kesana kemari. Sebab tu lar kalau gi mana-mana, ada yang tanya, ni dah baper bulan ni… Nampak dah sarat sangat. Hahahahaha.

Lepas gi beli jubah, ingat nak terus balik. tapi Adam tak nak balik pulak. Nak keluar..nak keluar..nak keluar.. Tu jer lah yang Adam dok ulang ulang. So kami plan nak bawak Adam jalan-jalan naik komuter. Adam cukup suka naik train. Sebelum ni, bawak dia naik LRT jer. Sajer lar tukar angin bawak dia gi naik komuter. Plan naik kat Bandar Tasik Selatan then turun kat KL Sentral. Pastu patah balik. Macam biasa, tunggu komuter kemain lama. Panas pulak tu. Habis berlengas satu badan, berpeluh-peluh.

Tunggu komuter ntah bila nak sampai

Tunggu komuter ntah bila nak sampai

Bila akhirnya komuter tu sampai, tak gerak-gerak pulak. Pastu driver tu buat annoucement, “Semua penumpang diminta turun, komuter ada masalah teknikal”. Senang citer, komuter rosak.

Huh!!! Terus cancel plan naik komuter. Balik rumah jer lah. Nasib baik Adam tak ngamuk sebab komuter tak jalan. Sebelum balik, singgah kat Ramli Burger kat stesen LRT Bandar Tasik Selatan tu, makan burger dulu. Memasing kebulur.

Payah betul suruh Adam ni tengok kamera

Payah betul suruh Adam ni tengok kamera

Sampai rumah, malam tu..saya ngan suami pulak yang demam.. Berjangkit ngan Adam..Hah. Amik kau. Dah 3 beranak batuk berjemaah sepanjang malam. Hari Ahad, lepak rumah jer lah.. Dah kata memasing tak sihat kan..

Semalam, Isnin, ajak suami keluar lagi. Cari tudung raya pulak. Gi cari tudung raya kat Bangi Gateway . Eh..dah kata ada baju raya, haruslah ada jugak tudung raya. Kan dah kata, Mak Yong ni gedik.

Muka selebet keluar masuk kedai

Plihan tudung banyak, masalahnya warna. Tu lar, beli baju raya kaler pelik. Nak cari tudung yang matching memang payah lar. Kuar masuk kedai yang sama sampai 3 kali. Nak turun tangga, tak jumpa gak kaler yang match. En Somi dah bosan, dia ngan Adam tunggu dalam kereta. Masuk kali keempat masuk kedai CK Rahim tu, saya sambar jer lah warna yang lelebih kurang sama ngan baju tu. Lantaklah. Anggap jer lah tema raya block color. Saya suka beli tudung kat kedai CK Rahim tu. Sebab banyak pilihan, pastu murah. Ha..murah tu penting sebenarnya. Hehehehe

Ha..gitulah perangai mak buyong 40 minggu. Sibuk jer berjalan kesana kemari. Ada jer alasan nak ajak En Suami keluar. Pastu, everytime keluar berjalan, muka selebet. Malas bersiap, tapi nak keluar jugak.  Kalau rajin, tepek bedak sikit. Kalau tak, keluar jer rumah dengan muka langsung tak berbedak. Sarung baju, sarung tudung, terus jer keluar. Kadang-kadang baju tudung pun kedut-kedut, tak bergosok.   Ada ku kisah? Hahahahaa

 

dinner with adam

Mak buyong tunggu hari.