Assalamualaikum..

Cuti sekolah minggu lepas, kami sekeluarga berjalan sampai ke Johor. Pergi kenduri kahwin kawan saya masa study dulu kat sana. Hehehe. Tapi tak lah straight dari Jitra ke Batu Pahat terus. Pengsan! Kami pergi rumah mak saya kat Seri Kembangan dulu. Tidur kat rumah mak saya 3 malam.  hehehehe

Kami bertolak ke Seri Kembangan hari Rabu. Gerak pukul 10 pagi, sempat singgah Alor Setar dulu cari tudung sebab nak matching ngan baju nak pegi kenduri. Hahahaha. Dah dapat tudung, baru lah gerak ke Seri Kembangan. Pukul 7.00 petang sampai. 9 jam atas jalan macam kan nak pergi Kelantan jer. Duduk lama-lama dalam kereta dengan aircond betul- betul depan muka, kering betul kulit muka. Nasib lah ada face mist Vitamin C Beauty Mist.  Memang kejap-kejap saya sembur face mist jer lah.

Hari khamis, saya ajak suami pergi My Town. Sebab nak pergi Kaison. Nak cari hadiah kawin. Pastu hari Jumaat, En Suami ajak pulak ke Ikea, nak cari meja study. Huk aloh.. hari khamis gi My Town, tak mo gi Ikea sekali.  Sabar jer lah. Tapi saya ok jer, lagipun saya memang suka pergi Ikea. Pergi hari-hari pun tak apa. Yang penting jangan pergi weekend. Kalau weekend saya tak sanggup. Hazab orang ramai sangat. Nak berangan pun tak best. Hahahaha.

Tengah berangan nak buat macam ni kat luar rumah

Tengah berangan nak buat macam ni kat luar rumah

Susah betul pujuk Aiza bangun sebab dia suka nau duduk sini

Susah betul pujuk Aiza bangun sebab dia suka nau duduk sini

Meja solek idaman

Meja solek idaman

Petang Jumaat saya bertolak ke Batu Pahat. Adik bongsu saya ikut sekali. Sajer lah bawak dia jalan-jalan. Kenduri kahwin tu hari sabtu, saya bertolak awal sebab nak pergi rumah makcik saya sekali kat sana. Kami tak pernah sampai lagi rumah makcik saya  yang kat Batu Pahat tu. Jadi, alang-alang gi kenduri, kita tumpang tidur rumah makcik sekali. Sampai sana, makcik saya hidang sup gear box kambing. Beli katanya. Sedap jugak. First time saya makan sup gear box, pastu tak reti nak sedut-sedut sum sum tulang tu. Jadi biar en suami jer lah yang habiskan. Hehehehe

Pagi sabtu, makcik bawak pergi makan kat kedai Kari Kambing 40 hari.  Adakah dia masak selama 40 hari? Ramai sangat-sangat orang kat kedai makan ni. Menu dia sikit jer. Ada pilihan nasi beriani dan roti canai. Lauk samada kari kambing atau ayam sahaja. Tapi memang sangat-sangat ramai yang makan kat sini. Nak order kena beratur panjang.

Kedai Kari Kambing 40 hari

Kedai Kari Kambing 40 hari

Tu yang ramai-ramai kat belakang tu tengah beratur panjang

Tu yang ramai-ramai kat belakang tu tengah beratur panjang

Tapi memang berbaloilah. Sebab kari kambing dia sangat sangat sedap. Daging pun lembut jer. Saya tak makan nasi. Saya makan kari tu dengan roti canai. Memang sedap. Ayam tak sure sebab kami tak order ayam.

Yang tudung putih tu makcik saya lah.

Yang tudung putih tu makcik saya lah.

Tengah hari sabtu, kami pun pergi kenduri kawin tu. Sibuk jugak rupanya Pekan Batu Pahat ni. Jalan raya pun agak sesak. Keluar dari rumah makcik saya pukul 12.30 tgh hari. Dekat pukul 2 baru kami sampai rumah pengantin. Sampai sana saya terus jumpa pengantin dulu. Pengantin tengah makeup kat bilik. Terkejut dia tengok saya datang. Dia ingat saya tak datang majlis dia sebab saya duduk Jitra kan. Jauh.

Mana boleh tak datang.  Memang saya akan usahakan jugak datang. Sebab pengantin ni,  Zima,  kawan yang saya kenal dari matrik lagi. Tahun 2000. Kami sekelas masa sem 1 kat Matrik Londang,  Melaka. Then, kami sama-sama masuk UKM. Kami duduk kat Kolej Kediaman yang sama, dan study kat Fakulti yang sama, cuma jabatan jer lain-lain. Lepas grad, kami masih contact each other. Zima ni dulu banyak tolong saya tau. Dari zaman study sampailah  lepas study. Masa saya sedih saya susah.. saya banyak mintak tolong dia. Dan dia langsung tak berkira. Dia akan cuba tolong selagi mampu. Jadi, sebab tu lah, walaupun jauh, saya usahakan datang. Alhamdullillah, Allah permudahkan.

Zima and Me

Zima and Me

Dapat jumpa dengan Zima sekejap jer lah, sebab dia tengah bersiap kan. Jadi sementara tunggu pengantin bersiap, kami makan lah dulu. Ada banyak pilihan makanan, ada nasi hujan panas, lauk pauk kenduri, laksa johor, bubur kacang hitam, pisang goreng cheese, cendol, tapai pulut pun ada. Air pun ada banyak sangat pilihan. Sendat baju sebab makan banyak sangat. Hahahaha

Makan lauk kenduri

Makan lauk kenduri

Sendat perut makan macam-macam

Sendat perut makan macam-macam

Pukul 2.30 pengantin lelaki pun sampai. Macam biasalah, adat Johor, ada tol. Nak jumpa pengantin perempuan, pengantin lelaki kena lah bayar tol dulu.

Tol last. Mak andam. Tol paling mahal. hehehehe

Tol last. Mak andam. Tol paling mahal. hehehehe

Kat majlis kawin Zima ni, dapatlah saya jumpa Adra kejap. Adra ni pun kawan yang saya kenal dari Matrik Melaka jugak. Sama-sama sambung study kat UKM, dan roommate saya masa kat UKM dulu. Saya dan Adra ni pun pernah kerja sama-sama dulu. Sekali dengan En Suami lah. Kerja satu ofis kat Shah Alam. Hehehe.  Adra ni pun kawan yang sangat baik dan banyak tolong saya dulu. InshaAllah bila dapat kad jemputan dari Adra nanti, saya akan usahakan untuk datang jugak. Haraplah dia tak buat majlis kat Sabah/sarawak atau kat negara jiran. Hahahaha.

Saya jumpa Adra sekejap jer, sebab dia sampai agak lewat. Sempat lah bergambar sekeping dua dengan kawan study lain masa kat UKM dulu. Kiri tu saya, tengah Adra, hujung sekali Fiza.

Saya, Adra dan Fiza

Saya, Adra dan Fiza

Pukul 3.30 petang kami gerak balik. On the way balik Seri Kembangan,  singgah Senawang jumpa kawan En Suami.  Jumpa kawan En Suami pun kejap jer sebab dah agak lewat. En Suami jumpa kawan dia sebabnya nak ambil Tshirt Family Day yang kami tempah. Kawan En Suami ni buat bisnes printing Tshirt. Hujung bulan 4 ni, family belah mak mertua saya buat Family Day. Jadi En Suami tempah T shirt kat kawan dia jer lah sebab kawan dia memang buat printing Tshirt. Alang-alang kami ke Johor, singgah lah terus Senawang ambil Tshirt. Sebab kalau pos, confirm lah mahal. Sebab nya berat dan banyak.  Baiklah self pickup jer. Malam sabtu tu, kami tidur lagi rumah mak saya semalam.

Kaler oren Tshirt Family Day kali ni

Kaler oren Tshirt Family Day kali ni

Hari Ahad, kami gerak balik ke Jitra. Kali ni dah tak ada singgah mana-mana.   Terus straight dari Seri Kembangan ke Jitra. Singgah RnR untuk makan dan solat jer. Nanti maybe bulan 6, masa hari raya baru balik Seri Kembangan lagi.

Oh ya.. untuk yang selalu duduk dalam kereta lama-lama samada travel jauh ataupun stuck dalam traffic jem, kulit memang akan jadi kering kan. Pastu yang drive jauh tu, akan rasa letih sangat-sangat. Eloklah standby face mist siap-siap. Agak-agak kulit kering atau rasa letih ngantuk, spray jer face mist tu kat muka. Saya guna face mist Vitamin C Beauty Mist.

Vitamin C Beauty Mist

Vitamin C Beauty Mist

Bau oren dalam Vitamin C Beauty Mist tu pun buat kita rasa segar tau. Kulit pun rasa lembap jer. Antara bahan dalam face mist ni tangerine oil, bergamot oil, bee venom dan witch hazel. Semua ni elok sangat untuk kulit. Harga sebotol cuma RM45. Sebotol ada 90ml. Kalau ada yang nak beli, boleh whatsapp kat sini yer www.wassap.me/zilamahadi