Assalamualaikum

Sebulan lebih saya tak update blog. Ada yang dah lupakan blog ni ke? Sobs..

Bukan sengaja tak update blog, tapi modem kat rumah rosak. Jadi, takder internet kat rumah. So, saya online guna phone jer. Data 1GB jer. Mana cukup nak update blog. Saya on data pun semata-mata untuk reply wassap customer jer. Huhuhu.

Tunggu orang TM datang tukar modem baru, tak sampai-sampai. Sampai habis data 3G ku. Somi pun stress sebab dia tak boleh buat kerja kat rumah. Maka, En Suami ajak balik rumah mak dia kat Jitra. Sebab rumah mak dia ada internet. Maka pulanglah kami anak beranak ke Jitra. Lagipun mertua dah rindu cucu-cucu dia. So, kitorang duduk lama lah skit kat sana. Balik Jitra saya lupa bawak laptop, jadi..tak berupdate jugaklah blog ni selama saya kat rumah mertua. Huhuhu.

Masa kat Jitra, kami ikut mertua berjalan ke Kelantan. 3 hari kat sana. Seronok. Lenkali, kalau ada kesempatan, sy cerita kat blog.

Yang ralatnya selama saya tak update blog, saya tak update perkembangan Aiza masa umur dia 5 bulan. Huhuhu. Now, Aiza dah 6 bulan dah. Takperlah, nanti saya update sekali harung jer.

Pastu kan, kebelakangan ni, mata saya tak boleh tengok skrin handphone atau laptop lama-lama. Jadi gatal sangat-sangat. Gatal kat kelopak mata. Pelik kan.. bukan mata yang gatal..tapi kelopak mata. Apa pun, saya akan cuba update jugak blog ni.. ringkas pun ringkas lah. Janji berupdate, kan..

Sebelum mata saya start gatal-gatal, jadi saya stop kat sini dulu. InshaAllah saya akan cuba update sekerap mungkin. Banyak benda nak cerita selama sebulan lebih tak update blog ni. Tunggu tau..

Jangan lupakan kami tau