Assalamualaikum

Minggu lepas kami sekeluarga dijangkiti ROTAVIRUS dan berkampunglah kami kat hospital Columbia beramai-ramai sebab kena tahan wad.

Kronologi kami satu family cirit birit dan muntah2 akibat Rotavirus

Khamis (2 Feb 2017)
Aiza muntah 1 kali.
Cirit birit 1 kali.
Malam Aiza start demam panas.

Jumaat (3 Feb 2017)
Aiza cirit birit 3 kali. Demam panas cecah 38.9
(Masa ni kami tak tahu Aiza rota virus, kami sangkakan demam panas biasa)

Tuam kepala Aiza dengan air asam jawa

Aiza demam panas, jadi tuam kepala dia dengan air asam jawa

Sabtu (4 Feb 2017)
Cirit birit Aiza dh kurang.. Masih demam tapi dah kurang.

Ahad (5 Feb 2017)

Adam pulak start muntah dan cirit birit teruk. Non stop. Dari pagi bawak ke petang. Langsung tak boleh makan atau minum. Kalau makan /minum jer, mesti keluar balik. Seharian macam tu, memang lembik terus Adam tu. Petang tu jugak bawak Adam gi hospital dan doktor advice Adam admit wad sebab dah dehydration. Check darah dan najis. Positive rota virus. Adam pun dah start demam masa nih. En. Suami yang jaga Adam kat hospital. Saya dan Aiza balik rumah.

Adam masuk wad

Adam masuk wad

Isnin (6 Feb 2017)
Malam Isnin saya pulak start muntah dan cirit birit non stop sampai lembik badan. Sepanjang malam perut saya mual dan memulas-mulas. Keluar masuk jamban tak berhenti. Sama macam Adam, langsung tak boleh makan dan minum. Memang semua keluar balik. Pastu saya breastfeed Aiza, lagi bertambah lembik badan. Sampai tak larat jalan. Pukul 5 pagi, call mak ayah saya. Diorang datang bawak saya pergi hospital. Dehydrate teruk. Admit wad jugak. Aiza pulak, mak dan ayah saya tolong jaga.

.
Selasa (7 Feb 2017)
Saya dah start demam. Positive Rotavirus jugak. Suami pun dh start cirit birit. Tapi tak seteruk saya dan Adam. Jadi cuma saya dan Adam yang warded dan masuk drip. . Saya masih tak boleh makan dan minum. Semuanya keluar balik.

Satu keluarga dok dalam wad ( kepala saya jadi bunny sebab tak pakai tudung masa ni)

Satu keluarga dok dalam wad ( kepala saya jadi bunny sebab tak pakai tudung masa ni)

Rabu (8 feb 2017)
Adam dah semakin ok. Dah tak demam. Cirit birit dan muntah pun dah berkurangan. Doktor benarkan Adam discaj. Saya pulak mintak discaj awal sebab kesian kat Aiza walaupun perut masih rasa mual dan tak selesa.  Bila tengok muka sedih Aiza kena tinggal dengan nenek dan atuk, memang  rasa nak balik sangat-sangat.

Muka sedih Aiza duduk dengan Atuk

Muka sedih Aiza duduk dengan Atuk

Khamis – Jumaat (9-10 Feb 2017)

Walaupun dah balik rumah, kami masih belum baik sepenuhnya. En suami masih masih cirit birit. Adam dan saya pulak setiap kali lepas makan, terus membuang. Perut masih belum pulih sepenuhnya.

Sabtu (11 Feb 2017)
Alhamdullillah, hari sabtu Adam dah nampak aktif macam biasa. Lompat2 tak tahu diam. Tak kerap membuang. Pastu Mintak makan jer. Banyak dia makan. Perut saya semakin ok. Tapi saya masih tak boleh makan banyak. En suami pun sama.

Ahad (12 Feb 2017)

Alhamdulilah, hari ahad baru kami satu kerluarga boleh makan minum macam biasa. Perut pun dah ok. Seminggu lebih jugaklah kami satu family ni menanggung sengsara akibat rota virus nih.

Rota virus ni, bila dia masuk dalam badan, dia akan ganggu sistem penghadaman. Sebab tu lah perut jadi mual, memulas-mulas, pedih dan akhirnya jadi muntah dan cirit birit. Badan pun jadi demam sebab badan kita tengah lawan virus tu.

Masa saya dan Adam warded, mak saya yang jaga Aiza. En Suami jaga Adam kat wad, jadi x boleh nak jaga Aiza kat rumah. Kesian sangat kat Aiza. Kat rumah mak saya, Aiza x berapa nak makan. Pastu bila bagi susu formula pun, dia cuma minum beberapa sudu. Selama ni direct feeding susu badan, tiba2 suap dia susu formula,memanglah dia tak nak. Sedih jer saya tengok Aiza. Sebab tu saya mintak jugak keluar hospital awal walaupun perut masih pedih tak selesa.

Akibat rota virus ni, kami sekeluarga susut berat badan. Yer lah, dah cirit birit berterusan berhari-hari kan. Makan minum pun semuanya keluar balik. Maunya tak kurus? Tapi yang paling ketara, saya dan Aiza. Memang susut berat badan TERUK. Sedih sangat tengok aiza yang semakin kurus. Bertambah sedih bila tengok badan saya yang tinggal rangka macam aneroxia tu ha. Tulang-temulang semua terjojol keluar.

Mommy dan Aiza yang semakin kurus dan cengkung

Mommy dan Aiza yang semakin kurus dan cengkung

Masa kami kat hospital, mertua saya datang. Mak mertua saya tolong cuci rumah ngan bilik air dengan dettol. Memang kena cuci sebab nak basmi kuman rota virus tu. Pastu bila kami balik rumah, mak mertua yang masakkan kami makanan. Saya memang betul-betul tak larat.

Kami tak sure dari mana kami dapat Rota Virus ni. Mula-mula saya ingatkan dari swimming pool kat rumah. Apartment yang kami tinggal ni ada swimming pool. Petang khamis (2 Feb 2017) tu memang Adam, Aiza ngan en suami main air kat pool tu. Saya cuma lepak tepi pool jer. Tapi kenapa saya ngan Adam yang kena teruk. Lagipun Aiza start muntah pagi khamis. Sebelum mandi pool tu lagi. So bukan sebab swimming pool tu la kot.

Rotavirus ni merebak melalui najis. Kalau kita tersentuh najis yang ada rota virus, dengan mudahnya kita dah dijangkiti rotavirus tu. Biasanya tempat awam seperti public pool, taman permainan, public toilet antara tempat yang biasa merebaknya rota virus ni. Kalau ada pembawa rota virus ni yang lepas cuci bontot atau tukar pampers anak (yang ada rota virus) tak cuci tangan dengan bersih, pastu tangan yang terkena najis  yang ada rota virus  tu  pegang pulak benda itu ini.. Kita yang tak tahu apa-apa gi sentuh pulak benda yang dia pegang tu… Tak pasal-pasal jer kita pun dijangkiti Rota Virus tu. Haih..

Bagaimana rota virus merebak

Bagaimana rota virus merebak

Sumber gambar: sini

Jadi kami memang betul-betul tak sure kat mana dan bagaimana kami dapat rota virus nih. Bahayanya rota virus ni, bila ada ahli keluarga yang kena, ia sangat mudah menjangkiti ahli keluarga yang lain. Kanak-kanak yang dijangkiti rota virus perlu diberi perhatian serius sebab ia boleh menyebabkan dehydrasi teruk. Dehydrasi teruk ni boleh menyebabkan kematian!

Masa kami kat hospital, memang ramai sangat kanak-kanak yang dijangkiti rota virus. Dah jadi macam wabak. Kami semua ni dapat rota virus ni dari mana sebenarnya? Bukannya kitorang kenal satu sama lain pun. Mak saya kata masa kami warded, ada keluar kat berita pasal merebaknya kes rota virus nih.

Memang serik sangat-sangat bila dijangkiti rota virus ni. Sangat menyeksakan dan memenatkan.