Assalamualaikum..

Ada yang dah pernah sampai D’Pulze Shopping Centre, Cyberjaya? Saya baru jer balik dari D’Pulze. Waktu menaip ni kaki masih gigil-gigil kepenatan.

Nak tahu kenapa? Sebab kat D’Pulze ni tak ada kerusi untuk rehat. So.. pesanan untuk ibu mengandung, kalau rasa cepat penat, tak yah lah pegi D’Pulze tu. Same goes to saper-saper yang plan nak bawak mak ayah yang dah tak berapa kuat berjalan, atau yang bawak anak kecik. Serius ko takder tempat duduk nak rehat.

Saya pergi D’Pulze tu berdua jer ngan Adam. Suami gi jumpa klien dia kat area Cyberjaya tu jugak. Saya ingat kat D’Pulze tu macam shopping complex lain, ada benches untuk duduk kalau penat. So kalau berjalan berdua ngan Adam, at least leh duduk kalau penat kan. Rupanya nan ado.

Adam pulak, bila dah penat berjalan, mintak dukung pulak. So, imagine saya yang preggy 5 bulan, dukung Adam yang berat 12kg, berdiri/ berjalan tunggu suami habis meeting almost 1 hour ++. Tak yah kata ibu mengandung, yang tak mengandung pun kepenatan kan???!!

Sementara tunggu suami habis meeting, sempat jugak lah shopping sikit kat Daiso pastu cuci mata kat F.O.S ngan SSF kat D’Pulze tu. Penat-penat jugak.. tapi tetap gigih shopping ngan cuci mata kan. Hehehe.

Mesti ada yang tertanya-tanya, kalau penat, kenapa tak sit down dalam restaurant jer. Yer.. boleh. Tapi most kedai makan dalam tu mahal-mahal and tak pernah dengar. Seram pulak nak masuk. Hehehe.  Ada jugaklar yang affordable macam Chicken Rice Shop, boleh jer kalau setakat nak pesan air jer kan.. tapi ntah lah, time tu rasa nak cepat balik, tak sabar tunggu somi kutip.

Sekali tu tetiba Suami call, cakap dia lapar, nak makan dulu kat D’Pulze tu pulak. So pergi makan dulu kat Seoul Garden Hot Pot. Kedai makan Seoul Garden, style buffet kan.  Seoul Garden Hot Pot ni pulak style dia, ko duduk kat meja, nanti waiter datang ambil order. Tapi hampeh, kat sini servis dia teruk benor!!! Lepas letak menu, waiter dia hilang. Konsep staff kat sini, main nyorok-nyorok dengan pelanggan kah?

Lepas hantar makanan, hilang lagi waiter dia. Nak bayar, tak tahu nak panggil saper. Lansung tak nampak kelibat staff. Lama tunggu, baru lar staff dia jenguk keluar dari dalam dapur. Huh!!! Pastu, tengok bil dia ada service tax + GST lagi.. dah 2 kali bayar tax kat situ.. tapi service hampeh!

NI jer yang kami order kat Seol Garden Hotspot

NI jer yang kami order kat Seoul Garden Hotspot

 

Total makan kat situ termasuk tax = Rm50.95. Bagi saya, mahal dan tak berbaloi!

Lepas makan, terus balik. Sampai umah, kaki saya masih menggigil kepenatan. huhuhu.

Anyway, kot-kot ada yang teringin pergi D’Pulze ni, atau nak tahu lebih lanjut tentang D’Pulze ni, boleh lar tengok kat website dia : Klik sini.