Assalamualaikum..

Kitorang kan, kalau gi jalan-jalan, kadang-kadang bawak Aiza dalam stroller. Kadang-kadang gendong Aiza dalam SSC.

Gendong Aiza dalam SSC

Gendong Aiza dalam SSC

Eh.. korang tahu kan SSC tu apa? SSC – Soft Structured Carrier ni alat untuk gendong bayi. Eh, perkataan alat macam kurang sesuai pulak.. Sbb bentuk dia macam beg. Kat dalam gambar, yang kaler pink tu SSC lah.

Aiza walaupun belum ada gigi, tapi dia suka betul hisap/gigit jari. Kalau tak dapat hisap/gigit jari, dia akan gigit apa-apa benda yang ada kat depan mulut dia. Sebab tu lah kalau gendong Aiza dalam SSC, kemain seronok betul dia hisap gigit-gigit shoulder pad tu. Sampai lencun basah kuyup. Lama-lama memang kotor. terpaksa lah basuh. Tapi SSC mana leh basuh selalu kan. Risau padding dia atau buckle rosak.   Sayang ooiii..  Lama jugak nak kumpul duit beli SSC nih. Huhuhu.

Jadi, kena belikan drool pad untuk SSC Aiza. Drool pad ni leh pasang kat bahagian shoulder pad tu. Kalau Aiza  hisap pun, dia hisap drool pad tu. Bila drool pad tu dah kotor, just basuh jer lar drool pad tu. Tak yah dah basuh SSC selalu.

Saya beli drool pad kat The Rosebud By ILY. Ada certain seller yang jual readymade. Tapi Rosebud By ILI ni, kita order dulu baru dia akan jahitkan. So saya ngan suami pilih corak kain,  bagitahu dia nak corak mana satu, pastu bayar. Dalam masa seminggu, dah sampai.

Ni lah dia Drool Pad untuk SSC saya.

Drool Pad

Drool Pad

Kat gambar macam dua set. Tapi sebenarnya saya order 1 set jer.  Drool pad yang sama, cuma boleh guna dua-dua belah, bahagian luar dan dalam.  Seller tu guna butang yang boleh guna untuk both side.  So, saya ngan suami  pilih dua corak. En Suami pilih corak geometric. Saya pilih corak Eiffel Tower. Time suami gendong Aiza, dia  guna lah corak geometri dia. Time saya gendong, saya guna corak Eiffel Tower. Satu drool pad, dua corak.  Untung kan?

Macam ni lah rupa drool pad bila dipasang kat SSC tuh:

Drool pad corak geometric

Drool pad SSC corak geomatri pilihan En Suami

Puas hati dengan drool pad ni. Jahitan dia kemas dan cantik.  Harga pun murah. Ada jugak seller lain yang jual drool pad. Tapi mahal sikit. Kalau kat Fabulous Mom tempat saya beli SSC tu, rega drool pad almost RM50 tau. Hoih… mahal bebenor. Google sana sini, Alhamdullilah, jumpa seller yang buat dan jual drool pad dengan harga yang berpatutan. RM20 sahaja untuk satu set drool pad ni. Walaupun murah, tapi kualiti dia elok tau.

Korang kalau cari drool pad, saya rekomen The Rosebud By ILI ni. InshaAllah puas hati dengan hasil kerja dia.

P/S: Ni bukan iklan berbayar tau.. Saya review seikhlas hati sebab puas hati dengan hasil kerja dia. 🙂