Sebelum ni saya mentioned Adam ada masalah kulit time kecik-kecik dulu – Ekzema. Kebanyakan baby lain kena ekzema kat bahagian muka, tapi Adam kena kat bahagian betis. Kadang-kadang lengan. Ekzema ada banyak jenis, yang saya nak share ni jenis  Atopic Dermatitis, yang menyerang Adam waktu dia bayi dulu.

Ekzema – masalah kulit yang disebabkan alergi yang memberi kesan pada kulit dimana kulit menjadi kering, kemerahan dan gatal. Walaupun ekzema biasanya berlaku pada bayi, ia juga boleh muncul pada kulit orang dewasa.

Antara simptom ekzema adalah radang, kemerahan, gatal, kering, mengelupas, bersisik, dan bintik bintik kecil berair pada kulit.

Simptom ekzema

Simptom ekzema

Kesan penyakit ini pada bayi/ kanak-kanak boleh dilihat pada bahagian lutut, pelipat siku, atas punggung, buku lali, belakang telinga, muka dan kulit kepala, manakala pada orang dewasa, ia lebih ketara di belakang lutut dan pelipat siku.

 

ekzema pada kanak kanak dan dewasa

Masalah Ekzema pada kanak kanak dan orang dewasa

Punca dan jenis ekzema ni berbeza tetapi yang paling biasa dikesan adalah dari jenis Atopic Dermatitis – kemerahan dan kegatalan yang teruk dan berulang-ulang. Ia biasa berlaku pada bayi dari genetik ibu/bapa yang bermasalah asma, hay fever atau alergi pada makanan seperti ayam, makanan laut atau kekacang.

En Suami kecik-kecik dia dulu memang ada masalah Asma. Pastu En.Suami memang ada Hay Fever, alergik  terhadap satu atau lebih alergen di dalam rumah. Ini termasuk pepijat, debu rumah, habuk, atau bulu haiwan peliharaan. Jadinya, ekzema Adam lebih bersifat genetik, dapat dari En Suami.

Ekzema - Atopic Dermatitis

Ekzema – Atopic Dermatitis

 

Simptom ekzema akan menjadi lebih teruk jika:
– Bayi dimandikan terlalu lama menggunakan air suam
– Kulit bayi dibiarkan kering (tidak menyapu minyak bayi atau pelembab pada kulit)
– Berpeluh
– Perubahan cuaca yang mendadak
– Udara yang kering
– Debu dan asap
– jenis kain / pakaian

Masa Adam kena Ekzema, saya memang tak terpikir langsung benda tu Ekzema. Saya ingat Adam kena gigit pepijat. Sebab rupa dia bintik-bintik sebiji-sebiji macam kena gigit pepijat tu ha..Semua cadar, tuala, baju Adam saya basuh ngan Dettol. Katil, bantal semua saya jemur kasi mampus itu pepijat. Tak jugak reda. Masih ada jugak bintik bintik merah . Everytime kuar bintik-bintik merah, saya sapu minyak gamat jer. Tsk! Naive sungguh saya masa tuh. Bila tunjuk kat Nurse kat KK, nurse tu pun takder kata Ekzema, just kata maybe kena gigit hama/pepijat. Haih… oleh sebab tak dirawat sempurna, now kaki Adam berparut-parut. Kesian Adam.

Sejak saya guna produk Tropika kat Adam, parut-parut tu makin pudar. Masalah Ekzema pun dah takder. Dulu Kulit Adam selalu kering, now moist gebu-gebu jer kulit dia rasa nak gigit sebab geram!. heh!

Produk Tropika yang boleh digunakan untuk merawat ekzema

Rawat ekzema dengan tropika

Untuk pembelian, boleh sms/wassap saya: 012.692.2025 (NO PHONE CALL PLS)

Produk Tropika seperti Baby Hair and Body Oil boleh membantu mengekalkan kelembapan pada kulit bayi. Dirumus menggunakan Minyak Kelapa Dara, ia juga boleh merawat, memulih dan melegakan masalah ekzema pada kulit bayi dan kanak-kanak. Orang dewasa pun boleh sapu minyak ni kat kulit. Not to worry, Minyak Kelapa dara memang bagus untuk kulit.

Produk lain macam mandian dan losyen pun menggunakan Minyak Kelapa Dara sebagai bahan utama. Saya share sikit lah kebaikan minyak Kelapa Dara ni ek.

Khasiat Minyak Kelapa Dara

Khasiat Minyak Kelapa Dara

 

If ada yang nak beli produk Tropika ni untuk anak atau diri sendiri, leh visit page FB saya: ZM Health and Beauty atau sms/wassap saya di 012.692.2025.

Produk Tropika ni memang agak mahal compare dengan produk bayi yang lain, tapi kita faham kan, jika kualiti dia bagus, harga dia memang mahal sikit lah. Bahan-bahan yang digunakan pun berkualiti tinggi, bebas bahan kima berbahaya. Selamat, sesuai dan halal (ada sijil halal Jakim).

Kalau nak jimat, saya cadangkan beli set yang ni:

Set Tropika untuk rawat Ekzema

Set Tropika untuk rawat Ekzema

Set kat dalam gambar atas ni ada 100ml mandian bayi dan 100ml minyak bayi. Ada 3 haruman; Sweet (rose),happy (aprikot) dan lavendar. Tiga-tiga wangi, tapi saya suka bau happy. Haruman yang digunakan dalam produk tropika ni, bukan perfume tau. Tropika guna ekstrak bunga lavendar, rose dan happy dalam setiap produk. So memang haruman semulajadi. Orang ada masalah kulit dan sensitif,  tak boleh guna produk yang ada perfume tau, memudaratkan!

Jadi, gunakanlah produk Tropika untuk merawat masalah kulit seperti ekzema, ruam, kulit kering dan penyakit kulit yang lain.

 

🙂