Tutti Frutti sedap kan..kan..kan.. [gulp] telan air liur jap.

Serius, saya sangat teringin makan tutti frutti..tp tak sure ni dikategorikan mengidam ke tak? Sebab nyer..kalau tak makan tu, takder la sampai mimpi-mimpi, mengigau-ngigau, apatah lagi pagi petang siang malam terbayang-bayang. Makan tak kenyang-kenyang, mandi tak basah (er, mandi tak basah tu mcm mana ha?). Tidak. Belum sampai tahap tu lagi.

Bukan sebab En. Suami tak nak bawak gi makan yogurt sedap tuh,  tapi malangnya.. area sini (Utara) belum ada cawangan Tutti Frutti lagi. Nearest branch is in Penang. Jauh. 2 hours++ drive from my place. Since mengandung, baru sekali dapat makan Tutti Frutti, masa tu pregnant 4 bulan kot. Tu pun sebab balik umah mak, ada Tutti Frutti dekat ngan umah mak. Ntah bila dapat balik umah mak lagi nih~~

Last two weeks, En Suami kata, ada cawangan Tutti Frutti baru kt Sg Petani..Kat Village Mall.  Hati dah melompat-lompat gembira. Tak lar jauh sangat. Lebih kurang sejam jer dari rumah. Bersungguh-sunguh kami laki bini pergi, Malangnya, still under renovation. Bila ntah nak bukak kedai..lepas bersalin kot baru siap. Eh, dalam pantang leh makan yogurt sejuk kah?

Anyway, below are some of the info tentang Tutti Frutti (for those yang still tataw, ke saya jer yang ketinggalan?):

  • Tutti Frutti (Malaysia) adalah salah satu anak syarikat NAZA Group of Companies (ala..yang jual keta tu)
  • Tutti Frutti adalah produk dari U.S yang juga menggunakan jenama Tutti Frutti (Tutti Frutti Frozen Yogurt)
  • Tutti Frutti bukan aiskrim yer, tapi dia yogurt ( selalu jumpa orang panggil benda ni eskrem). Haih~~
  • Oleh sebab ia yogurt, maka ia mengandungi kahsiat seperti berikut (copy paste dari sini):
    • Strengthens the immune system
    • Prevents constipation, diarrhea and bloating
    • Prevents colon cancer
    • Lowers blood pressure
    • Lowers cholesterol levels
    • Reduces inflammation
    • Improves mineral absorption
    • Prevents harmful bacteria
    • Promotes health bacteria and enzymes that are good for the body
  • Last but not least, Walaupun ia yogurt, ia lagi sedap dari eskrem ( ni adalah pendapat saya sendiri). hihi

Again, tekak ni nak sangat makan yogurt sedap tuh. Haruskah saya mengajak En Suami gi Sg Petani every weekend semata-mata nak sekodeng if Tutti Frutti dah bukak ke belum kat Village Mall tuh? Haruskah..haruskah? Yer. Harus. Eh? ni dah kategori mengidam kan?

Ibu mengandung lain mengidam apa yer?

 

Update: Tutti Frutti kat VIllage Mall dah bukak. And of course, saya dah pegi melahap yogurt kat situ.. nyam nyam! (kedai belum bukak, saya dah terpacak depan pintu, serius tak tipu!)