Family Day di Lumut, Perak

Assalamualaikum

Weekend lepas, kami ada Family Day di Lumut Perak. Saudara mara  dari Kedah datang Perak naik 1 biji bas dan 2 biji kerata. Diorang sampai lebih awal. Petang khamis tu diorang dah gerak dari Kedah. Pukul 2 pagi kot diorang dah sampai Sitiawan, Perak. Kami jer yang lambat. Lepas Subuh pagi Jumaat baru keluar umah. Sampai sana kul 10 pagi. Sedara mara somi  dah start  main game sukaneka. Turun keta jer, terus diorang suruh baling kelapa. Game bowling kelapa kekdahnya. Terus menang no 1. Wakakakaka.

Bowling Kelapa - Team Mama

Bowling Kelapa – Team Mama

 

Family Day ni, sebenarnya family day belah keluarga Mama (mak mertua saya). Adik beradik Mama  ada 9 orang! Termasuk anak buah, menantu, sepupu sepapat, cucu cicit, memang ramai!  Tu pun ramai yang tak dapat join last minute. Kurang separuh jadinya. Every 2 year memang biasanya diorang buat family day. Sebelum ni saya tak dapat join sebab masa tu kami balik kampung saya kat Sabak Bernam. Jadinya, dah 3 tahun kawin, baru kali ni dapat join! Seronok!

Family day kali ni, buat kat Sitiawan, Lumut, Perak. Kat Tanjung Uda River Resort. Resort ni kat tepi sungai. Ada chalet, kawasan lapang, hall, tempat masak, wifi pun ada. Hehehe.

Chalet kami.

Chalet kami.

Maaf yer, gambar bilik bersepah. Masa check-in lupa nak snap gambar. Bilik dah bersepah ngan barang-barang baru teringat nak snap gambar. Bilik kami duduk ni ada satu katil queen + katil single. Muat-muat untuk kami share bilik ni ngan Mama. 🙂

Pagi Jumaat tu.. aktiviti sukaneka jer lah. Kami laki bini + Adam kira wakil keluarga MIL . FIL and adik-adik somi tak dapat datang, jadinya kami jer lar yang ada untuk jadi wakil mama main game. Dari 3 acara yang kami join, game bowling padang tu jer lah yang menang. Game lain kalah. Heh. Lepas abis sukaneka, somi tolong mama handle family day, saya sibuk jaga Adam jer.  Sepanjang Family Day ni Adam moody lar pulak. Itu tak kena, ini tak kena, jadinya saya ngan Adam banyak duduk bilik jer lah. Huhuhuhu

Petang Jumaat acara bebas. Jadinya ada yang cari siput kat sungai, ada yang berkayak. Ada yang lepak bilik jer. Mula-mula kami tengok budak-budak berkayak. Lewat petang sikit, saya ajak somi gi jeti Lumut, cari ikan bilis ngan ikan masin Pangkor. Hehehe.

Main kayak

Main kayak

Gi Jeti Lumut cari ikan bilis ngan ikan masin.

Gi Jeti Lumut cari ikan bilis ngan ikan masin.

 

Malamnya acara pakaian beragam kanak-kanak,  penyampaian hadiah, karaoke and of course makan-makan. Sepanjang family day ni, semua masak sendiri. Yang masak sedara mara suami lah. Saya, ngelat. Ekekekeke.

Acara masak memasak

Acara masak memasak

 

Berkumpul untuk majlis makan malam pulak

Berkumpul untuk majlis makan malam pulak

Acara pakaian beragam.

Acara pakaian beragam.

 

Nampak tak banner kat belakang tu? Tu gambar kami ramai-ramai masa saya kawin ngan somi  3 tahun lepas.  Hehehe.

En. Suami dan Mama jadi urusetia majlis

En. Suami dan Mama jadi urusetia majlis

Budak yang moody malam tuh

Budak yang moody malam tuh

Waktu acara malam ni, kejap jer saya join diorang.  Adam pulak lari sana sini, risau betul kena sengat tebuan. Serius, malam tu banyak nyamuk ngan tebuan! Pastu Adam asyik tunjuk bilik, ajak masuk bilik jer. Ha.. bagus! Jum lah kita masuk bilik, mummy risau kamu kena gigit nyamuk / sengat tebuan. Seb baik bilik kami dekat sebelah hall jer, jadi boleh lar saya  intai dari tingkap acara malam tuh. Jadiklah…

Kami laki bini dapat hamper untuk cabutan bertuah

Kami laki bini dapat hamper untuk cabutan bertuah

Adam pulak dapat keta mainan baru

Adam pulak dapat keta mainan

 

Esoknya, sabtu.. gi jalan-jalan. Sebelum gi jalan-jalan , kita bergambar ramai-ramai dulu.

Gambar Kenangan Family Day 2014

Gambar Kenangan Family Day 2014

Mula-mula pergi Marina Jetty. Rupa-rupanya kat Lumut ni ada dua jeti kalau nak pergi Pulau Pangkor. Baru ku tahu… hehehehe. Cumanya yang kat Jeti Marina ni, ada banyak yatch berlabuh kat sini. Kat Jeti Marina ni, kami tak sempat pusing-pusing sangat sebab kami laki bini kebulur, jadinya kami makan jer kat jeti ni. Lagipun Adam moody, merengek nangis sebab tak cukup tidur. Nak ambil gambar banyak-banyak pun malas jadinya.

Marina Jetty, Lumut

Marina Jetty, Lumut

Lepas pergi Marina Jetty, sedara mara suami pergi tempat buat Labu Sayong kat Batu Gajah kot? Kami tak join sebab tak jumpa kat mana tempat tu. GPS somi tak jumpa tempat tu kat mana. Eh..stress tau ngan GPS keta tuh! Selalu jer tak jumpa tempat. Hampagas betul!

Sudahnya, kami terus lah pegi Kellie’s Castle. Tunggu dioarng kat sana jer.  Kami kat  Kellie’s Castle ni tengah hari buta. Panas! Tak pedulik.. jalan jugak!

Tiket masuk dewasa untuk Kellie’s Castle ni, Dewasa RM5. Kanak-kanak (3-12 tahun) RM3. Best jugak pergi sana.. Saya dan  somi memang suka historical sites macam ni, so memang kami takes time explore the place. Cumanya tak boleh lama-lama sebab Adam dah bosan. Lagipun panas kan.. So tak dapat explore betul-betul tempat nih. Cerita pasal Kellie’s Castle saya kan buat dalam post lain yer.

Kami di Kellie's Castle

Kami di Kellie’s Castle

Kami berpisah dengan rombongan dari Kedah kat Kellie’s Castle. Lepas tu diorang terus balik Kedah..kami balik KL. On the way balik tu, lalu Gopeng. Nampak signboard Gaharu Tea Valley . Maca best jer. Ajak somi singgah sini. Memula tu saya ingat tempat ni ladang teh. Rupa-rupanya ladang pokok gaharu. Ala..pokok gaharu untuk buat minyak wangi tu.  Cantik betul pemandangan kat Ladang  Gaharu nih.

Rupa-rupanya, bukan setakat minyak wangi jer, pokok gaharu sekarang ni diorang jadikan produk makanan jugak macam biskut, mee segera dan juga teh. Teh pokok Gaharu ni pahit, kelat. Saper yang suka minum teh herba, suka kot minum teh gaharu ni.

 

Gaharu Tea Valley, Gopeng Perak

Gaharu Tea Valley, Gopeng Perak

Saper-saper yang sampai Gopeng, boleh lar singgah ladang ni. View dia memang cantik!. Ada dia offer tour naik dan pusing-pusing ladang, tapi kami tak nak. Kami nak kejar Zohor. Lagipun Adam lapar. Harus cari kedai makan.

Lepas solat, somi ajak tidur kat Perak jer. Sebab dia dah malas + penat nak drive balik. Yeay! Saya suka. Kami tak jumpa hotel kat Gopeng, jadi patah balik ke Tambun. Hotel bajet kat Tambun full booked lar pulak. Yang tinggal Hotel Lost World of Tambun yang giler mahal tu. Bilik paling murah RM500++. Eh..tak yah! Setakat nak tidur jer pun.. Makanya kami terus lah patah balik ke Ipoh,cari hotel bajet yang berlambak kat Ipoh.

Sajer jer tidur kat hotel padahal rumah kembar saya kat Ipoh. Hehehe. Takperlah, tak nak nyusahkan diorang. Lagipun  bukan selalu kami gi jalan-jalan tidur hotel ni. Ekekeke. Kami stay kat hotel Le Metrotel. Cantik sangat hotel ni. Murah pulak tu. Kami stay kat bilik Superior Double Room, cuma RM118 jer. Bilik ni katil king tau. Selesa tidur 3 beranak.

Lobi Hotel Le Metrotel

Lobi Hotel Le Metrotel

 

BIlik kami di Le Metrotel

BIlik kami di Le Metrotel

Bilik ni ada TV, kettle, hair dryer, dan juga free wifi. Iron jer tak ada. Hehe.

Bilik air bersih, paling penting ada hos.

Bilik air bersih, paling penting ada hos.

Malam tu, kami makan malam kat kedai makan kat Bandar Ipoh ni, Apa ntah nama kedai. Lupa plak. Price pun reasonable.

Our dinner di Ipoh

Our dinner di Ipoh

 

Sebelum saya sampai Ipoh , saya dah mesej kembar saya suruh datang. So, dia ngan family datang time kami makan. Bagitahu nama jalan jer, tahu jer dia cari kitorang kat mana. Hebat betul. Maklumlah, laki dia memang orang Ipoh. Hehehe. Maaf, gambar kembar saya tak ada, sebab dia tak suka sangat amik gambar nih. Kalau tengok facebook dia pun, dia jarang upload gambar. huhuhu.

Kembar saya bagi tahu hotel tempat saya duduk tu dekat dengan medan selera. Jalan kaki jer. Pastu dekat dengan Gerbang Malam. Gerbang malam ni ala-ala downtown/uptown kat KL lah. Kami tak perasan pulak. Balik makan baru perasan Medan Selera ngan Gerbang Malam tuh. La..memang dekat sangat. Walking distance jer dari hotel. Yer-yer lar kami pusing-pusing satu pekan cari kedai makan. Hahahaha. Tapi kami tak pergi pun Gerbang Malam tu sebab kami dah kepenatan.

Pada saper yang nak berjalan ke Ipoh, pastu cari bajet hotel, saya rekomen hotel Le Metrotel ni. Parking disediakan kat belakang hotel. Pekerja pun ramah.

Esok paginya, check out.

Selfie ngan somi sebelum checkout

Selfie ngan somi sebelum checkout

Kami check out awal sebab hari Ahad tu somi masuk kerja pukul 1. Kesian kan..hari Ahad kena kerja. Nak buat macam mana, HQ dia kat Dubai tu kerja hari Ahad. Huhuhu.

Tu jer lah kisah weekend kami di Perak. Rasa macam dah jatuh cinta pulak ngan Perak. Rasa macam nak dok Perak jer. Hehehehe.