Assalamualaikum..

Dah sebulan saya tak update blog. Dan hampir sebulan jugaklah saya tak jeguk blog ni. Tu yang lambat sangat saya reply komen-komen. Maaf sangat. Puncanya,saya malas. Hahaha. Pastu internet rumah ni buat hal. Tak ada connection langsung. Tu yang terus ke laut mood nak update blog.

Now, internet dah ok, mood nak blogging pun dah ada, maka cepat-cepat taip blog.

Last week, 26 April 2018 – 28 April 2018 kami sekeluarga pergi Family Day kat Pulau Tuba Langkawi. Jadi rasa bersemangat pulak nak cerita kat blog. Kalau tak.. memang karam terus agaknya blog ni. Hahahaha. Family Day yang kami join ni, family day belah mak mertua saya.  Adik beradik mak mertua saya ramai, 9 orang. Pastu anak masing-masing kebanyakannya dah beranak pinak. Jadi memang ramailah yang join family day. Meriah sangat!

Kami bertolak ke Langkawi petang Khamis, lepas Adam balik tadika. Naik feri kay Kuala Perlis pukul 2 petang, pukul 3 lebih dah sampai Jeti Kuah.  Sampai Langkawi, kami makan dulu kat pekan Kuah tu, lepas tu pergi Jeti kat Pekan Rabu pulak. Kalau nak tahu, kat Langkawi pun ada Pekan Rabu. Kat belakang Pekan Rabu tu ada jeti kecik untuk pergi pulau-pulau lain kat Langkawi. Family Day kali ni buat kat Pulau Tuba. Jadi kenalah naik bot untuk pergi Pulau Tuba tu.  Pulau Tuba ni sebelah Pulau Dayang Bunting tu jer. Kat Pulau Tuba ni ada  penduduk yang tinggal sini. Kebanyakannya nelayan dan petani.  Kalau nak pergi Pulau Tuba, sepatutnya kena naik bot dari Jeti Marble sebelah Jeti Kuah tu. Tapi sebab kami sewa 2 biji bot, jadi kami mintak owner bot tu ambil kami di Jeti Pekan Rabu. Sebab kat Jeti Pekan Rabu tu ada tempat parking. Jeti Marble tu tak ada parking.

Pukul 6 petang, kami pun naik bot kecik ke Pulau Tuba. Satu bot boleh muat dalam 20 orang macam tu. Dari Jeti Pekan Rabu ke Jeti Pulau Tuba, dalam 15 minit macam tu. Sepatutnya bot tu turunkan kami betul-betul depan motel yang kami sewa. Motel yang kami duduk, betul-betul tepi pantai.  Tapi sebab masa tu air dah surut, jadi bot tu turunkan kami kat Jeti Pulau Tuba. Dari Jeti Pulau Tuba, kami naik van pula untuk ke motel.

Kami buat Family Day kat Faridzuan Motel. Motel ni ada banyak bilik. Jadi cukuplah untuk kami seramai 80 orang nih. Bilik dia biasa-biasa jer. Standard bilik motel lah. Tapi bersih, selesa dan ada aircond.  Cumanya, ada bilik yang ada TV, ada yang tak ada TV. Water heater pun tak semua bilik ada. Harga setiap bilik pun tak sama. Bergantung pada saiz bilik dan kemudahan. Kami dapat bilik yang ada TV dan water heater. Tapi water heater dia.. alahai, slow sangat air dia. Sudahnya kami mandi guna air pili jer.

[Note: gambar jeti Pekan Rabu,jeti Pulau Tuba dan gambar bilik Motel Faridzuan ada kat handset suami. Belum sempat saya nak share, dia dah transfer semua gambar masuk memory card. Nak open memory card tu kemain payah. Setengah hari cuba bukak, tak berjaya. Nanti kalau dah berjaya cari balik gambar tu semua, saya akan share kat sini ]

Kami dapat bilik yang mengadap laut. Bukak pintu jer memang terus nampak laut.

View depan bilik

View depan bilik

Malam khamis tu, kami buat bacaan yassin dan tahlil. Lepas tu makan-makan.

Makan makan

Makan makan

Lepas makan malam, ada acara memancing. Kat Pulau Tuba memang biasanya orang luar datang untuk memancing. Mancing tak jauh pun. Kat Jeti depan motel kami duduk tu jer. En Suami tak join mancing sebab dia tak suka memancing. Syukurrrr….

Esoknya Jumaat, pagi tu dimulakan dengan acara aerobik. Kitorang tak join, sebab sibuk melantak. Kebulur. Hahahaha. Lepas sarapan, ambil gambar ramai-ramai pulak.

Gambar ramai-ramai

Gambar ramai-ramai

Gambar anak beranak

Gambar anak beranak

Lepas sarapan, acara sukaneka dari pagi sampai ke petang. Ada banyak acara untuk kanak-kanak, lelaki dewasa, perempuan dewasa dan keluarga. Tak semua acara lah kami join. Antara acara yang kami join, bawak telur dalam sudu (Adam), bawak bola guna hoop (Adam), isi air dalam botol (Adam & Aiza), lari dalam guni ( En Suami), bowling kelapa ( saya), lari ikat kaki ((saya dan En Suami) dan makeup kreatif (saya dan En Suami).

Lunch break

Lunch break

Dari 6 acara yang kami join, cuma memang 2 hadiah jer. Acara isi air dalam botol dan makeup kreatif. Makeup kreatif ni isteri kena makeup suami. Suka hati lah nak makeup jadi apa. Saya makeup kan En Suami jadi Vampire. Share tempat pertama dengan Panda. Sebab undi dua kali, dua-dua kali undi seri. Sama banyak. Hehehehe

Panda dan vampire share tempat pertama.

Panda dan vampire share tempat pertama.

Lepas habis sukaneka, acara penyampaian hadiah.

Malam pulak acara kemuncak. Makan malam sambil buat persembahan keluarga. Dari awal lagi mak mertua kata nak buat persembahan kuda kepang. Tapi bukan kuda kepang betul la. Mak mertua nyanyi lagu Kuda Hitam, sambil kami anak beranak menari guna kuda kertas kat belakang.

Persembahan 'kuda kepang'

Persembahan ‘kuda kepang’

Persembahan kami antara yang terawal. Memang request nak buat awal, sebab Adam demam. Adam demam panas sebenarnya malam tu. Tapi tu lah, walaupun demam, tak tahu diam. Kena paksa masuk bilik, baru dia nak rehat, nak tidur. Kami tak sempat tengok pun persembahan keluarga lain.

Hari sabtu, kami semua bergerak pulang. Naik bot kecik lagi. Kali ni naik bot tu betul-betul depan motel.

Naik bot nak balik pulak

Naik bot nak balik pulak

Kami anak beranak turun kat Jeti Marble . Lepas tu jalan kaki jer ke Jeti Kuah tu sebab nak terus naik feri balik Kuala Perlis.

Next family day rasanya lagi 2 tahun. Biasanya memang buat 2 tahun sekali. Tahun 2014 buat kat Lumut. Ada saya cerita kat sini. Tahun 2016 buat kat Bagan Nyior Langkawi ( kami tak join yang ni). InshaAllah, kalau umur panjang, murah rezeki, boleh join lagi family day yang akan datang.

 

Ni video acara yang kami join sepanjang Family Day kali ni.