Family Trip ke Teluk Senangin

Assalamualaikum

Setiap tahun mak dan ayah saya akan ajak semua anak-anak dan cucu untuk pergi berjalan. Dah kira macam annual family trip lah gitu. Tahun 2018 kami ke Sabah. Tahun lepas kami semua berjalan ke Langkawi. Tapi saya lupa pulak nak cerita kat blog tentang family trip ke Langkawi tu. My bad. Huhuhuhu. Tahun ni kami buat family trip ke Teluk Senangin, Lumut, Perak.

Kami pergi Teluk Senangin minggu lepas. Saya sekeluarga bertolak dari Jitra ke sana hari Jumaat, 3 Julai 2020. sampai Teluk Senangin tu lebih kurang pukul 4 petang. Terus jer check in Chalet. Kami jer yang sampai hari Jumaat. Mak ayah saya dan adik beradik saya semua sampai Teluk Senangin tu hari sabtu.

Pantai Teluk Senangin

Kami menginap di Chalet Ala Kampung. Adik saya yang sponsor penginapan kami semua tau. Terima kasih banyak-banyak. Semoga murah rezeki adik saya tu. Aaminn

Ni lah Chalet yang kami sewa di Teluk Senangin

Mahal jugak harga bilik chalet Ala Kampung ni. Kami sewa 3 bilik. Bilik yang kami sewa ni, RM170 satu malam. Dalam bilik tu cuma ada 2 katil queen dan cerek elektrik sahaja. Tak ada TV, peti ais, dan water heater. Gelas untuk minum pun tak ada. Sabun mandi pun tak ada. Tuala yang disediakan cuma sehelai sahaja. Kesian sangat kan.

Kalau dibandingkan dengan bilik hotel dengan harga yang sama, RM170 tu dah boleh dapat bilik yang sangat-sangat selesa, siap ada botol air minuman lagi. Tapi chalet ni..semata-mata katil, cerek elektrik dan tuala sehelai sahaja. Nasib baiklah kami memang bawa tuala sendiri. Rasa sangat tak berbaloi dengan harga yang dibayar. Rasa kesian dengan adik saya yang bayar penginapan kami tu.

Kelebihan chalet Ala Kampung ni, ia terletak betul- betul tepi pantai. Jalan kaki 20 langkah, dah boleh terus terjun dalam laut.

View dari pintu bilik. Memang dekat sangat dengan pantai

Saya ada survey jugak harga chalet lain kat area Teluk Senangin tu.. Harga semua lebih kurang jer. Mahal. Tapi tak berbaloi. Ramai juga kawan saya merungut benda yang sama. Tak berbaloi sewa chalet kat Teluk Senangin tu. Kalau dari segi keadaan chalet pula, chalet Ala Kampung ni kira ok sedikit berbanding chalet lain. Ada chalet lain tu saya tengok.. lagi kesian rupanya. Ada yang nampak usang sangat dah. Owh.. lagi satu, chalet Ala Kampung ni ada sediakan tempat BBQ untuk setiap bilik. Chalet ni juga ada kedai runcit. Boleh la beli sabun ke, air minuman ke, makanan ringan ke atau apa-apa keperluan kat kedai runcit tu. Ha.. tu jer lah kelebihan chalet ni. Tapi saya rasa tetap tak berbaloi dengan harga yang dibayar.

Malam tu, kami ambil barang-barang En Suami kat company dia masa dia kerja kat Seri Manjung dulu. Antara barang dia tu, skrin monitor. Sambungkan monitor tu ke laptop suami, dapatlah anak-anak tengok kartun kat youtube malam tu sambil en suami siapkan kerja kat laptop dia.

Pagi sabtu, sementara tunggu ahli keluarga saya yang lain sampai, saya dan suami pergi ke Bandar Seri Manjung. Nak beli kek harijadi untuk ayah saya, Mikael dan Zhill. Mika dan Zhill ni anak buah saya. Diorang ni semua lahir bulan Julai, jadi alang-alang dah berkumpul ramai-ramai, kita celebrate birthday sekali.. barulah meriah.

Kami beli kek kat cafe TBH The Baker’s Hut. Lunch sekali kat sana. Sedap sangat makanan kat situ. Harga pun berpatutan.

Budak-budak ni asyik order nugget ajer lah. Haihh

Lepas beli kek, balik semula ke Chalet. Mak, ayah, adik beradik saya semua dah sampai dah. Masing-masing dah selamat check in. Anak-anak buah saya dah tak sabar terjun laut. Saya ingatkan nak main air laut tu petang sikit, tunggu redup.. Tapi budak-budak tu semua dah tak sabar, pukul 2.30 petang semua dah selamat masuk dalam laut.

Maka berendam lah kami beramai-ramai dalam laut. Adam tu luka sunat dia belum betu-betul kering. Dah 2 minggu, masih belum sembuh sepenuhnya. Mula-mula tu dia main air kat tepi pantai jer.. tapi lama-lama masuk ke dalam air jugak, ikut sepupu sepupu dia yang lain..dah seronok main, hilang terus agaknya pedih luka kena air laut tu kan.

Mula-mula main pasir jer
Lama-lama masuk jugak dalam air

Aiza tu pun biasanya tak nak masuk dalam laut.. takut dengan ombak. Adik saya tak pedulik, dia tarik jer Aiza masuk tu dalam air.. Eh, elok jer Aiza tu takder menangis ke apa.. Kemain seronok duduk terapung dalam pelampung tu..

Ha.. seronok kan main air ramai-ramai

Saya pun jarang nak masuk dalam air bila pergi pantai ni.. Tapi En Suami tak pedulik, dengan saya sekali kena heret masuk dalam air.. Huhuhuhu

Kejadian di heret masuk dalam air.. cis betul

Dah penat main air, duduk tepi pantai cari remis pulak..

Ha.. kemain banyak remis dalam pasir tu tau
Anak cucu En Mahadi dan Puan Yati

Lama jugak la kami berjemur tepi pantai tu. Bila dah lewat petang, memasing dah penat, barulah kami balik semula ke chalet, bersihkan badan dan sediakan makanan untuk bbq dan makan malam pulak..

Acara lewat petang, kami pun ber bbq. Kakak saya dah siap-siap bawak kambing perap dan ayam perap. Jadi dah boleh terus bakar jer atas bbq tu. Saya pulak masak tomyam udang style campak-campak jer. Lepas tu. bakar pulak ikan kembung untuk en suami. En Suami tu baru pasang braces kat gigi, jadi tak boleh nak gigit kambing, ayam, udang, sotong bakar tu semua. Jadi kena lah bakar ikan khas untuk dia..

Makan makan
Celebrate birthday Atuk, Mika dan Zhil

Chalet tu kan tak sediakan peti ais. Kek yang saya beli tu, saya terpaksa la letak jer kat atas rak dalam bilik, dan pasang air cond.. Tapi sebab tak simpan dalam peti sejuk, cream dan cheese dalam kek tu agak cair sikit la.. Bila tiba masa nak celebrate birthday, dah agak mendap dah kek tu. Sedih saya tengok kek tu tau. Walaupun bentuk kek dah tak cantik macam bentuk asal,Alhamdullilah rasa kek masih sedap . Ni kalau simpan dalam peti sejuk, mesti lagi sedap rasa kek tu tau.

Gambar makan-makan tak ada. Sebab memasing sibuk makan dan sibuk layan anak makan sambil berlari. Budak-budak tu kalau berkumpul ramai-ramai, memang seronok main, berlari kesana kemari tak ketahuan punca. Nak suruh makan pun payah. haih!

Banyak tau kambing perap dan ayam perap yang kakak saya bawak. Keturunan En Mahadi ni pulak, bukan sejenis yang makan banyak. harapkan menantu-menantu jer yang perabihkan makanan. Suami saya pulak, sakit gigi pakai braces, jadi memang banyak la kambing dan ayam bbq tu yang tak habis. Bilik depan kami, budak-budak bujang yang duduk ramai-ramai, jadi kami bagi jer kambing . ayam bakar dan baki kek tu kat diorang. Ha.. kemain seronok dorang dapat extra makanan. Hehehehe

Esoknya, lepas sarapan, anak-anak semua terjun laut lagi. Tak puas agaknya berendam semalam, sambung lagi berendam main air laut. Haihh..

Sambung main air laut

Kat Teluk Senangin tu, pagi-pagi bot nelayan akan turunkan hasil laut. Pagi Ahad tu, nelayan turunkan jala ketam. Besar-besar ketam dia. Ketam bunga.

Kat celah-celah jala tu ada ketam besar besar

Harga dia mak saya kata murah sikit la dari harga pasaran. Mak saya jer lah yang beli ketam-ketam tu. Bawak balik Serdang dalam bekas gabus polsyterin tu. Saya tak beli.. sebabnya…memang saya tak pernah beli ketam, dan saya malas nak masak ketam.. Hahahahahaha.

Dalam pukul 10 pagi, terpaksa heret anak-anak semua keluar laut, balik chalet, bersihkan diri sebab nak check out.

Gambar ramai ramai sebelum check out

Lepas check out, makan tengah hari kat area Teluk Senangin tu jugak. Lepas lunch, kami plan nak tengok penyu kat Pusat Konservasi Dan Penerangan Penyu Segari. Dekat jer dengan Teluk Senangin tu. Dalam 15 minit jer.

Tapi bila sampai sana, Pusat Konservasi Dan Penerangan Penyu Segari ditutup untuk pengunjung. Pusat ni ditutup sejak PKP bulan Mac lalu, dan masih belum dibuka untuk pengunjung. Tahun lepas saya dah pernah pergi tempat ni. Memang ada banyak penyu dalam tu. Kesian mak, ayah dan adik beradik saya, tak dapat tengok penyu kat sini. Jadi kami pun bergambar jerlah depan pintu masuk.

Dapat bergambar kat pintu masuk pun jadiklahhhh
Cucu cucu lelaki En Mahadi dan Puan Yati
Cucu cucu perempuan En Mahadi dan Puan Yati

Kami berpisah pun kat depan pintu masuk penyu ni jugak. Mak ayah dan adik-adik saya balik Serdang. Kakak saya balik Ipoh, dan saya sekeluarga balik Jitra. InshaAllah, kalau umur panjang, boleh pergi berjalan ramai-ramai ke tempat lain pulak..