Gian Naik Walker

Adam dulu dapat kaki’ awal.. Masa umur dia 10 bulan lebih, dah boleh berjalan. Time tu dia dah tak heran ngan walker dia.. tak pandang pun.

Now, pantang nampak walker, laju jer dia panjat naik. Heh. Dulu kemain sombong  dengan walker. Sekarang ni, asal saya simpan jer dalam bilik dia, dia tolak keluarkan  ke hall.. pastu naik  walker tu kehulu kehilir. Adam start naik balik walker dia ni masa umur dia 1 tahun 10 bulan kot.. tak ingat dah. Umur Adam 2 tahun 1 bulan ni baru teringat nak update kat blog.

Eh..kena update kat blog..sebab blog ni antara diari perkembangan cerita Adam.. Adam dah besar kang, dia boleh baca blog ni, untuk tahu macam mana perangai dan keletah dia masa kecik. hehehe.

Gambar Adam yang membuas  main dalam walker..

Membuas atas walker

Membuas atas walker

Adam punyer buas, dia suka sangat lari dalam walker pastu langgar meja, kerusi,  dinding pun dia langgar. Konpom orang sebelah rumah tensi. Huhu.

Masa Adam stop main walker dulu, saya dah simpan walker ni elok-elok.. ghupa walker ni pun elok lagi. Plan nak waris kan ke adik Adam.. Tapi sekarang Adam dah belasah naik balik walker dia, dah nampak lusuh nau.. Tak sampai hati nak bagi adik Adam guna.. Beli yang baru jer lah nanti. Eh.. kemain berangan nak bagi adik Adam.. ntah bila la Adam nak dapat adik ntah.. ekekekeke..

Berikut ghupa Adam turun walker. sajer snap buat kenangan.

adam turun naik walker

Adam turun walker