Assalamualaikum dan Selamat Tahun Baru

1 Januari 2019 Adam Zafrie start darjah 1. Kedah tak ada cuti tahun baru, jadi 1 Jan tu Adam dah start sekolah dah.  Hari pertama sekolah, alhamdullillah, Adam ok.

Pagi tu Daddy Adam jer yang teman Adam kat sekolah. Saya tak ikut sekali sebab Aiza belum bangun. Nak kejutkan dia, risau Aiza tu buat perangai pulak. Kang bergaduh dengan Aiza, lambat pulak Adam tu ke sekolah. Jadi biarlah Adam pergi sekolah dulu dengan daddy dia.

Awal pagi masa nak pergi sekolah

Awal pagi masa nak pergi sekolah

Saya dan Aiza pergi sekolah Adam masa rehat.   Dekat jer sekolah Adam tu dengan rumah. Kalau jalan kaki, 5 minit dah sampai. Tapi En Suami amik jugak la kami naik kereta sebab pukul 9.30 pagi tu dah panas. Hehehehe

Bekal Adam memang saya dah letak dalam beg dia siap-siap masa dia pergi sekolah. Waktu rehat tu kami cuma teman dia makan jer lah kat kantin sekolah. Hari pertama sekolah, bekal dia roti telur ngan susu coklat. Jadiklah.. Adam bukan makan banyak sangat sebab pagi sebelum pergi sekolah tu dia dah sarapan kat rumah.

Bekal Adam - roti telur dan susu coklat

Bekal Adam – roti telur dan susu coklat

Kami belum sempat ajar Adam beli makanan kat kantin lagi. Minggu pertama ni nak ajar dia makan kat kantin dulu. Maybe minggu kedua nanti ajar dia beli makanan kat kantin pulak. 3 minggu pertama ni, minggu transisi. Mak ayah boleh teman anak makan kat kantin masa minggu transisi ni.

Makan kat kantin sekolah

Makan kat kantin sekolah

Ramai mak ayah teman anak makan. Heheheh

Ramai mak ayah teman anak makan. Heheheh

Adam belum dapat buku teks lagi. Yang ada cuma buku latihan, beli masa orientasi.  Sepanjang minggu transisi ni,  Adam tak perlu lagi bawak buku. Adam cuma bawa alat tulis, pensel warna, fail untuk isi apa2 kertas latihan yang cikgu bagi dan botol air.

Minggu transisi Adam cuma bawa alat tulis,pensel kaler, fail dan botol air.

Minggu transisi Adam cuma bawa alat tulis,pensel kaler, fail dan botol air.

Minggu transisi ni kiranya minggu nak biasakan anak anak dengan pembelajaran, kawan kawan baru, cikgu cikgu dan kawasan sekolah.

Kelas darjah 1 kat sekolah Adam ni ada 5 kelas. 1 kelas lebih kurang 35 orang murid. Kira ok lar kan, tak ramai sangat. Adam kami letakkan dia kat depan kelas. Sajer letak situ, biar cikgu dia dapat pantau Adam tu lebih sikit. Hehehehe.

Adam duduk depan sekali dalam kelas

Adam duduk depan sekali dalam kelas

Adam pun dah ada kawan. Kawan Adam yang duduk tepi dia tu, dia kenal masa hari orientasi lagi. Masa orientasi, budak tu duduk depan Adam kat kelas sementara. Kelas belum decide lagi masa orientasi tu. Tak sangka bila start sekolah, rupanya satu kelas. Duduk sebelah pulak tu. Memang terus rapat lah.  Budak perempuan belakang Adam tu pun kawan dia jugak, kawan masa tadika dulu. Lega mommy bila Adam dah ada kawan.

Ada jugak budak kelas Adam ni yang suka pukul budak lain. Dia tiba tiba datang kat budak lain, tumbuk muka,  sepak muka atau cekik leher. Eii.. Geram jer tengok. Adam tu pun kena. Nampak Adam tu sakit kena tumbuk kat muka. Cikgu dia tak perasan sebab cikgu dia sibuk kehulu kehilir. Saya ngan en suami tengok, rasa geram sangat tau.

Masa rehat en suami dah tegur dah budak tu. Jangan pukul kawan. Jangan tumbuk kawan. Bila masuk kelas balik, dia start pukul budak budak lain lagi. Haihh..

Lepas rehat, kami balik rumah, tak tunggu kat sekolah sebab nak biasakan Adam tu kat sekolah tanpa mommy daddy. Masa balik rumah tu memang risau la sangat takut Adam tu kena buli dengan budak tu.

Jadi pukul 12, kami pergi sekolah Adam balik, nak tengok Adam ok ke tak.  Saya plan lepas habis sekolah nak jumpa cikgu dia kejap, nak mintak tolong pantau budak tu. Sebab ganas sangat cara dia main tu. Tapi bila kami sampai sekolah, kami tengok budak tu macam dah tak pukul budak lain sangat.. Maybe sebab dah kena marah dengan cikgu kot. Fuh.. Lega rasanya. Harap budak tu dah tak terus buli budak lain lagi.

Masa ambil Adam balik sekolah tadi, muka Adam masam jer. . Bila tanya kenapa, dia kata dia bosan kat sekolah. Tak seronok. Hahaha. Masa tadika dulu kan boleh main main time belajar.. Siap ada playground kat tadika dia dulu.. Kat sekolah dah tak boleh main, tu yang dia kata tak seronok. Memang nampak sangat dia tak suka gi sekolah.

Sebelum balik kena beratur dulu luar kelas. Muka Adam tu masam jer. Mommy panggil pun tak nak senyum

Sebelum balik kena beratur dulu luar kelas. Muka Adam tu masam jer. Mommy panggil pun tak nak senyum

Baru 1 hari pergi sekolah, Adam dah kata tak seronok.. Siap merungut tak mahu pergi sekolah lagi.  Jangan macam macam Adam oii. Tadika dulu boleh la ponteng ponteng. Dah sekolah tak boleh suka hati ponteng dah.

Minggu pertama sekolah ni maybe kami tunggu Adam kat sekolah kejap kejap jer. Pagi dalam setengah jam jer tunggu Adam tu. Pastu balik rumah. Waktu rehat datang balik sekolah, teman Adam makan kat kantin sambil ajar dia beli makanan dan pergi tandas. Lepas rehat, kami balik rumah. Pastu kang tengah hari ambil dia balik sekolah pulak.  Minggu kedua nanti maybe 2, 3 hari jer kot kami teman Adam kat kantin. Walaupun dekat jer rumah dengan sekolah jenuh jugak nak ulang alik tengok Adam kat sekolah tu. Harapnya minggu ke 3 sekolah Adam dah boleh berdikari sendiri kat sekolah.

Semoga Adam dapat biasakan diri dengan suasana persekolahan. Dah besar dah anak sulung mommy. Dah sekolah dah.  Mommy ni  sebenarnya risau jugak tinggalkan Adam tu kat sekolah. Walaupun mommy ni garang, mommy hati tisu jugak tau. Huhuhuhu.