Assalamualaikum

Adam nak masuk 7 bulan…  dah boleh bawak Adam jenjalan jauh-jauh. So, minggu lepas (peram cerita sampai seminggu), bawak dia jalan-jalan ke Hat Yai Thailand. Eh, ikutkan balik KL lagi jauh dari gi Hat Yai.  Jitra ke KL, 7 jam! Tapi Jitra – Hat Yai, tak sampai 2 jam, dah sampai. Hehehehe

Bertolak petang Jumaat. Pergi sana sekali dengan mertua dan saudara mara En Suami. 12 orang semuanya. Naik 3 biji kereta. Dah macam rombongan meminang pulak. Hehe.

Antara aktiviti kitorang kat sana:

  • Makan-makan kat Danok. Daging bakar kat situ sodap!! Serius sedap. Saper-saper nak gi Danok, jangan lupa makan daging bakar okeh. Gerai-gerai jual daging bakar ni banyak kat tepi jalan.

food_danokClockwise: Daging bakar, pulut ayam, kerabu maggie (semua sedap!)

  • Of course, Shopping kat Hat Yai ! If gi Hat Yai, you should go to their night market…Serius cheap-cheap one.

night at hatyaiMalam di Hat Yai

  • Gi Ice Dome. Ni rumah ais yer..bukan rumah salji. Dalam tu takder salji,  ada Ice Sculpture sahaja.

ice domeGambar gegar-gegar sebab tangan menggigil amik gambor.

  • Tengok gajah, bagi gajah makan. Kat sini leh tunggang gajah, tapi kami tak tunggang sebab mahal!

gajah

  • Makan-makan kat floating Market. Diorang jual makanan atas sampan. Makanan kat situ sedap, murah, halal! Penting nih. Yang jual memang Muslim, so not to worry ya.

floating market

One thing yang saya perasan kat sana, orang Thailand ni akan cakap Thailand dengan kita.. Dia belasah jer cakap bahasa dia. So, pandai-pandai lar nak pahamkan macam mana.  Ada jugak yang tau cakap English, tapi basic English.. Luckily, some of them tahu cakap Melayu sikit-sikit.  So, jadi rojak 3 bahasa. Thai- Malay-English. Ha..campur-campur gitu.  Tu kalau yang tahu bahasa lain.. Ada gak yang totally cakap Siam ngan kita… Blur-blur lar kita nak fahamkan dia cakap apa. Kelakar betul. Hihihi.

Asyik tunjuk gambar orang..nak tunjuk gambar sendiri jugak. Hihi.

usUs at Hat Yai

Balik malam sabtu. Sampai rumah kepenatan. Pengsan!