Kat entry sebelum ni kan saya ada mention pasal homestay yang kami duduk kat Langkawi kan… Now, nak cerita details pasal homestay nih.

Masa first time kami stay kat homestay nih, agak lawak jugak lah cerita dia. Eh, lawak ke? Masa tu 2 tahun lepas rasanya.. Masa tu, turun je feri kat jeti Langkawi, kecoh kata ada gempa bumi kat Acheh. Tak ingat berapa skala ritcher, tapi tinggi juga lah. Kami dah risau, takut Langkawi kena tsunami. Bila nak check in bilik kat resort, manager resort  kata tutup. Staf-staf semua tengah kemas barang naikkan tempat tinggi sebab resort tu memang ngadap laut.. Possibilities nak dilanda tsunami tu tinggi. Masa Tsunami tahun 2004 tuh, resort tu teruk jugak kena. So,sebagai langkah berjaga-jaga, diorang tutup resort tuh. Ah..sudah.. mana pulak kitorang nk duduk nih.

Then Mak Ngah (adik MIL), bagitau kawan dia ada homestay. Homestay ni bukan tepi pantai. Penting nih, dah kata takut kena tsunami kan. Haruslah duduk jauh dari pantai. Nasib baik homestay dia kosong, terus lar kami pindah ke homestay dia. Oleh sebab kami sewa mengejut, owner tak sempat nak kemas dan bersihkan homestay tuh,, jadi agak berhabuk. Banyak nyamuk lak tuh.  Kena pulak cari ubat nyamuk. Terdesak punya pasal, kami duduk jer lah.  Alhamdullilah, tak ada tsunami pun. Hehehe. Tapi..ni cerita 2 tahun lepas.

Raya baru-baru ni, kami sewa lagi homestay yang sama. Alhamdullilah, puas hati sangat. Owner dah upgrade homestay dia. Siap ada aircond lagi kat bilik tidur.

Homestay ni, ada 2 bilik tidur, ruang tamu, ruang makan, dapur dan satu bilik air.

Kita cerita ruang tamu dulu

Ruang tamu

Ruang tamu

Ruang tamu dia ada sofa, coffee table dan TV. Waktu malam, kami alihkan coffee table tu sebab adik-adik ipar tidur kat ruang tamu ni. Oleh sebab bilik ada dua jer, maka mak mertua ngan ayah mertua amik satu bilik, saya ngan somi amik satu bilik. Adik-adik ipar yang bujang-bujang, sila tidur kat ruang tamu. Owner homestay dah siap-siap sediakan 2 helai toto. Tidurlah korang atas toto tu.  Bantal pun ada spare 2 biji. hehehe. Tidur kat ruang tamu pun selesa… Walaupun tak ada aircond, tapi sejuk. Nyamuk pun tak ada dah. 🙂

Cerita bilik tidur pulak:

Bilik tidur

Bilik tidur

Ni lar rupa bilik tidur dia. Dua-dua bilik tidur sama jer, ada satu katil queen, dan satu almari. OK lar kan… katil tu siap ada comforter sebab malam-malam pasang aircond, sejuk.. Tu pun tengah-tengah malam somi off aircond, pasang kipas jer. Hehehe. Setiap bilik dia sediakan sehelai tuala jer.. seb baik kami laki bini bawak tuala sendiri.. So tuala spare ni bagi adik ipar pakai. heh!

Oh ya, iron dan iron board pun ada disediakan. So kalau baju kedut-kedut..boleh lar gosok. 🙂

Ruang makan pulak:

Ruang makan ada meja makan dengan 6 kerusi. Kami jarang guna ruang makan ni sebab kami makan kat luar. hehehe. Ruang makan dia sekali dengan dapur

Dapur:

Dapur dia luas. Siap ada dapur gas untuk memasak, periuk nasi, cerek, peti sejuk dan pinggan mangkuk. Kira kalau nak masak-masak memang boleh sangat lah.. Tapi, kami tak masak pun. Kami datang Langkawi, nak jalan-jalan..malaslah nak masak. Ekekekeke.

Dapur yang Luas

Dapur yang Luas

Periuk nasi dan cerek pun ada

Periuk nasi dan cerek pun ada

Peti sejuk dan pinggan mangkuk disediakan

Peti sejuk dan pinggan mangkuk disediakan

Bilik air

Bilik air dia ada satu jer.

Bilik air

Bilik air

Dalam bilik air ni ada toilet, dan kolah air. Oleh sebab bilik air satu jer..yang ni memang masalah. Mandi kena ikut turn, nak kencing berak pun kena amik nombor. Sobs!

Price pulak.. Satu malam dia caj RM150 jer. Murah kan? Berbaloi-baloi lah sebab ada dua bilik tidur..aircond pulak tuh. Kalau sewa bilik kat hotel atau resort, satu bilik jer dah berapa..kalau dua bilik, tak ke mahal? Pastu bilik hotel bukan ada ruang makan ngan dapur kan.. paling2 cuma ada kettle. Kat homestay ni, jangan kata kettle, dapur masak pun ado! Lagipun, kami ni ramai.. memang berbaloi sangat sewa homestay nih.

Eh..lupa pulak nak bagitau lokasi homestay nih.  Homestay ni terletak kat Kampung Perana. Dekat dengan Makam Mahsuri dan Beras Terbakar. Kalau yang familiar dengan Langkawi, tahu lar kot kat mana. Tapi kalau yang tak biasa, better mintak tolong owner tunjukkan homestay ni kat mana..

Saya tak ada contact no owner homestay ni. Kalau ada yang nak contact number, just let me know ok. Nanti saya tanya mak mertua saya.