Assalamualaikum,

Post lepas saya cerita bapa mertua admit masuk KPJ Specialist Bukit Mertajam kan. 2 hari kampung berkampung ramai-ramai kat situ. Tapi waktu malam, saya ngan en suami tak tidur hospital. Sebab  mak mertua ngan adik somi yang teman bapa mertua kat hospital waktu malam. Lagipun, Adam tu mulut dia bising. Suara pulak, high pitch. Mengganggu patient nak rehat. Jadi kami check in kat hotel terdekat. Belakang hospital tu jer pun. Dari tingkap wad, nampak hotel yang kami duduk tu. Nama hotel tu E-Red Hotel. Hotel ni kat Bandar Perda Bukit Mertajam.

E-Red Hotel

E-Red Hotel

Lobi Hotel E-Red

Lobi Hotel E-Red

Lounge Area

Lounge Area

Hotel E-Red ni, kalau ikut harga dia,  kira hotel murah, tapi bilik tip top.  Bilik luas, hampir semua basic nessecity ada. Cuma ada bau kurang enak kat peti area peti sejuk kat bilik tuh. Asalnya nak bagi 4 bintang, tapi sebab ada bau busuk, saya bagi 3 bintang jer lah. Nasib baik bau busuk tu kat area peti sejuk jer. Tempat lain tak ada bau.  Kami pun just nak tidur jer kat bilik tuh. So tak perlu sampai nak tukar bilik lain ke apa.

Kitorang stay kat bilik Deluxe Queen Room. Harga per night sepatutnya RM88.00. Tapi bila ditambah GST 6% dan gov tax RM2.00, total kena bayar RM95.30.  Tak pasal-pasal jer kena bayar extra RM7.30. Tapi, masih consider murahlah, sebab bilik tu besar, pastu ada basic neccessity macam kettle ngan hair dryer tu.

Ni bilik kami:

Deluxe Quenn

Deluxe Queen Room

Bantal kat katil dia letak dua. Pastu kat almari ada spare lagi 2.  Dapat 4 bantal. Dah tak perlu mintak extra bantal untuk wat lapik perut time tidur. Eh..pompuan mengandung memang kena guna banyak bantal tau time tidur. Kalau tak sakit pinggang.

Ada meja untuk buat kerja

Ada meja untuk buat kerja

Kat kawasan yang Adam duduk tu lar yang bau busuk.  Bau hapak. Ntah lar bau apa. tapi memang busuk lah. Adam tu tengah mintak air tin dalam peti sejuk. Sajer jer hotel ni letak peti ais transparent tau. Tak pasal jer kena bagi Adam air tin teh bunga dalam tuh. Time checkout kena lah bayar air tin tu kan. RM2.20.

Barang elektrik yang ada:

Ada hair dryer, peti ais, kettle

Ada hair dryer, peti ais, kettle

Free 2 botol minuman, ngan kopi instant.

Bilik air yang selesa:

Bilik air

Bilik air

Bilik air dia ok, selesa. Ada hos air untuk cuci mana yang patut lepas membuang. Sabun, shampoo semua ada. Toiletries dia bagi pun banyak. Siap ada berus gigi 2, ubat gigi 2, sikat ngan shaver lagi. Saya ambil shaver jer. Kang lenkali berjalan, tak yah bawak shaver. Yang lain tak ambik pom.

Ni semua free

Ni semua free

 

Oh ya, kat bawah hotel, kat tepi lobi ada mini mart jual makanan ringan ngan air. Kalau tiba-tiba lapar ke, dahaga ke.. leh turun bawah jer beli air ngan makanan ringan. Tak yah susah-susah gi jauh-jauh cari makanan. Hehehe.

Overall, memang puas hatilah dengan hotel nih. Maybe next time kalau perlu menginap kat Bukit Mertajam, kami akan stay kat hotel E-Red ni lagi. Atau yang kat cawangan lagi satu, yang kat Alma. Kalau tengok kat website, hotel yang kat Alma ni macam lagi best jer bilik dia.  Cume next time, kena make sure, tak ada bau kurang enak di mana-mana. Hehehe

Macam biasa, sebelum checkout, selfie 3 beranak.

Nampak sangat pendek bila berdiri tepi En Somi. Huh!!

Nampak sangat pendek bila berdiri tepi En Somi. Huh!!

Korang kalau cari hotel murah di Bukit Mertajam, saya rekomen  E-Red Hotel.  Hotel ni ada cawangan dekat Bandar Perda Bukit Mertajam , Alma Bukit Mertajam dan Seberang Jaya.. For more info, boleh pergi website dia:e-redhotel.com.