Assalamualaikum..

Weekend lepas kitorang bercuti ke Terengganu. Ada saya cerita kat sini. ย Kat Terengganu, kitorang stay kat Hotel Grand Puteri Kuala Terengganu

Hotel Grand Puteri, Kuala Terengganu

Hotel Grand Puteri, Kuala Terengganu

Hotel ni terletak kat Jalan Masjid Abidin. Betul-betul berdepan dengan Masjid Abidin atau dikenali dengan nama Masjid Putih. Kalau dari jalan utama, hotel ni tak nampak sangat. So, kalau korang nak cari hotel ni, cari sign board Masjid Abidin, inshaAllah jumpa lar Hotel Grand Puteri nih. ๐Ÿ™‚

Masjid warna putih tu Masjid Abidin

Masjid warna putih tu Masjid Abidin

Sebelum pergi Terengganu, saya dah reserve bilik awal-awal by phone jer. Kalau nak dok hotel, better kita book awal-awal kan.. Kalau walk in gitu jer, samada semua bilik dah full booked, atau tinggal bilik yang mahal-mahal jer. Oleh sebab kami nak berjimat, kami book bilik biasa, bilikย Superior Double. Dalam bilik ni ada satu katil king. Cukup besar untuk kami 3 beranak

BIlik kami - Superior Double

BIlik kami – Superior Double

Katil yang besar

Katil yang besar

Ok lar saiz bilik ni, walaupun tak luas, tapi at least bila berjalan tak lah langgar bontot kan. Still ada ruang untukย bentang sejadah, solat tanpa ganggu laluan. Hehehe.

Room rate untuk bilik ni, RM158 untuk satu malam. Kami stay sini 2 malam, total RM316. Tak sure ada GST ke tak, maybe dah included sebab kat resit tak ada mention GST. Kalau memang tak ada, Alhamdullillah. Hehehe

Room rate ni dah termasuk breakfast untuk 2 orang tau. Kami dok sini 2 hari, so 2 hari lah dapat makan breakfast kat hotel. Adam makan free. Hehehe.

Dalam bilik ni, semua basic neccessity ada. Maksudnya, barang elektrik macam kettle, peti sejuk, iron ngan hair dryer tu ada. Bagus ada peti sejuk kat bilik ni, leh simpan susu Adam kat situ. Adam kan minum fresh milk. Harus lah ada peti sejuk kan.

Barang elektrik yang disediakan dalam bilik

Barang elektrik yang disediakan dalam bilik

Bilik air pun luas, selesa. Tapi bilik air biasa jer lah, just ada sink, toilet dan shower jer. Tak ada bath tub. Saya ok jer kalau tak ada bath tub. Sebab kalau ada bath tub, Adam tak nak keluar dari bilik air. Nak berendam jer nnti.. So better shower jer. Bath tub tak penting pun kan. Yang penting hose air. And yes, bilik air hotel ni ada hose air. Penting untuk beristinjak ok.

Bilik air. Sebelah toilet tu shower.

Bilik air. Sebelah toilet tu shower.

Owh ya, lupa nak mention. Staff hotel semua ramah tamah. Masa memula masuk hotel, 3 orang greet kami depan pintu masuk. Siap bagi salam lagi. Sampai ke receptionist, laju jer orang kat kaunter uruskan check in kami. Memang semuanya mudah dan senang lah. ย Masa check in tu, siap dapat wet towel 2 helai untuk lap tangan atau lap muka. Kebetulan Adam memang tengah comot, terus ajer saya lap muka Adam. Hehehe.

Everytime turun lobi, staf yang ada kat situ memang akan bagi salam. Kalau ada 5 orang staff kat area lobi, 5 kali lah kena jawab salam. Alhamdullilah..dapat pahala senang-senang gitu jer kan.

Ruang lobi hotel

Ruang lobi hotel

Cerita pasal breakfast kat hotel ni pulak.ย Walaupun tak banyak pilihan, tapi bagi saya mencukupi. Menu basic sarapan pagi kat sini macam nasi goreng, mee goreng, sosej dan red bean.

Antara menu sarapan di Grand Puteri Hotel

Antara menu sarapan di Grand Puteri Hotel

Sama macam hotel lain, roti bakar pun ada. Cereal untuk budak-budak pun ada. Yang istimewanya breakfast kat sini, setiap pagi ada nasi dagang, keropok lekor dengan pulut dan ubi rebus. Pergh.. kat hotel negeri lain tak dapat kot menu ni.. Hehehe.

IMG_20150508_092201

Kopok lekor

 

Nasi dagang dan gulai ikan tongkol

Nasi dagang dan gulai ikan tongkol

Mee/kuew teow celup rasanya

Mee/kuew teow celup rasanya

Roti bakar

Roti bakar

Pulut, ubi dan kopok lekor rebus

Pulut, ubi dan kopok lekor rebus

Condiments untuk makan bersama pulut/ubi rebus

Condiments untuk makan bersama pulut/ubi rebus

Alhamdullillah, sedap-sedap breakfast kat hotel ni. ๐Ÿ™‚

Kat hotel ni ada swimming pool jugak. Masa check in hari Khamis tu, Adam dah tunjuk-tunjuk kolam nak main air. Tapi hari sabtu sebelum check out baru bawak Adam main air kat pool

Swimming Pool Hotel Grand Puteri

Swimming Pool Hotel Grand Puteri

Cuma yang tak bestnya, tak ada paddle pool untuk toddler macam Adam. Pool kat sini cuma ada untuk adult dengan kids jer. Pool untuk ย kids tu pun dalam dia 1 meter. So memang tak sesuai untuk Adam. Oleh sebab Adam nak jugak main air, so En Suami terpaksa lah dukung Adam sepanjang masa dalam pool tu.

Seronok betul Adam main air dalam kolam

Seronok betul Adam main air dalam kolam

Selain masjid, hotel ni dekat dengan stesyen bas Kuala Terengganu. So, yang mana datang Kuala Terengganu naik bas, boleh jalan kaki jer pergi hotel ni. Memang dekat sangat. Pastu, ada KFC berdekatan hotel ni. Senang saya nak beli KFC untuk Adam. Hehehe

Morning view dari bilik kami

Morning view dari bilik kami

Nampak tak KFC? Dekat kan.. Penting nih KFC, sebab Adam kalau berjalan payah nak suruh makan. Tapi kalau KFC, laju jer dia makan. Stesyen bas depan KFC tu jer.

Pagi sabtu, sebelum check out hotel..macam biasa kami anak beranak akan selfie dalam bilik. Mana-mana hotel pun kami buat macam ni. hehehe. Kenangan.

Selfie depan cermin bilik Hotel Grand Puteri

Selfie depan cermin bilik Hotel Grand Puteri

InshaAllah, kalau pergi Kuala Terengganu lagi, kami akan check in hotel Grand Puteri ni jugak. But maybe nak ambil bilik double deluxe pulak. Sajer nak try bilik lain pulak. Hehehehe.

Untuk maklumat lanjut tentangย hotel ni, korang boleh tengok kat fb page hotel ni: Grand Puteri Hotelย atau browse website hotel ni: www.grandputerihotel.com

 

Iklan:

Dapatkan Dian’z Vit C & E di sini.ย