Assalamualaikum semua.. macam mana sambutan  Raya Haji baru-baru ni? Korang raya kat mana? Best tak makanan pagi raya? Mesti best kan.. dah kata raya.. hehehe

Raya haji yang lepas, kami pergi Danok Thailand. Kami pergi petang raya.  Reason pergi sana, esoknya, pagi Isnin tu MIL dan FIL nak naik flight dr Hatyai ke Chiang Mai. So, mertua bermalam kat Danok, dekat sikit nak pegi Hatyai sebab nak kena check-in kat airport Hatyai tu pukul 9.30 pagi. Saya ngan somi tak ikut pun pergi Chiang Mai tu, tapi kami sajer gatal ikut diorang bermalam kat Danok..hehehe.

Muka teruja nak pi Siam.

Muka teruja nak pi Siam.

Bertolak dari rumah pukul 5 petang. Kami sampai Danok lebih kurang pukul 7.00 malam.  Sebenarnya tak der lar jauh sangat rumah mertua dengan Danok tuh. 40 minit jer. Tapi sangkut kat border sebab kawan suami dari Pakistan ikut beraya sekali kat Jitra. Ingat nak bawak dia pergi Danok sekali lah. Tapi kami lupa dia tak ada Visa nak masuk Thailand.. Maka kena tahan lar beliau sekejap kat border sebelum disuruh balik Malaysia. Macam kitorang ni tak yah VISA. Sebab nak prgi Danok jer pun..tapi macam yang dari Pakistan tuh, kena lar ada VISA kan.. Kesian dia.. Adik ipar pun balik sekali lah, bawak dia balik rumah Jitra.

Kat Danok, kami menginap kat Siamthana Hotel. Ai tell you.. berbaloi-baloi dok sini. Standard Room untuk satu malam RM89.00.  Tapi bilik dia, pergh.. kalau kat Malaysia, bilik besar gitu, standard rate  RM300-RM400. Tapi hotel ni, tak sampai seratus pun. Oh my.. puas hati sungguh lar. Breakfast included pulak tuh.  Highly recommended lah weiiii.

This is our room:

Bilik kami di Siamthana Hotel

Bilik kami di Siamthana Hotel

Besar kan?

Ni bilik air dia pulak.. Again..besar giler. Tapi ada shower jer, tak ada bath tub. hehe

Bilik air Siamthana Hotel

Bilik air Siamthana Hotel

Perasan tak kaca tepi shower tuh. Kalau dari luar shower, dari katil, leh nampak sikit-sikit bayang orang mandi dalam tuh. Wakakakaka. Tapi jangan risau, tak nmpak sangat pun..melainkan korang lekatkan badan kat cermin tuh. Kejadah apa pulak nk lekatkan badan kat cermin kan. Hehehe.

Kat dalam bilik ni,dia ada sediakan basic item yang mungkin diperlukan ketka menginap dihotel. Contoh.. berus gigi, ubat gigi, maggie, dan juga kondom. Eh??? Hahahaha hampeh. Tapi kena bayar lar yer. Yang free cuma air minuman dan instant coffee jer.

Item yang boleh dibeli dalam bilik

Item yang boleh dibeli dalam bilik

Kalau korang ambil maggie atau berus gigi, diorang akan tolak dari duit deposit waktu check in. Kitoarng tak ambik apa-apa pun, air dia pun kitorang tak ambil. Rugi betul..padahal air minuman tu free. Tsk!

Kalau lapar, boleh order makanan dari bilik jer. Macam-macam makanan ada. Halal. Murah pulak tuh.

Menu Hotel Siamthana

Menu Hotel Siamthana

Alamak, gambar blur pulak. Duit thailand ni sebut dia Bhat. Nilai duit dia, Rm1 = 10 Baht. Kalau tengok menu tu kan..yang belah-belah atas tu makanan goreng-goreng, 70 Baht = RM7.  Murah lar kan. Menu yang belah bawak tu, menu seafood  macam tom yum ngan kari, Semangkuk 150 baht = Rm15. Eh?? Tak lah mahal sangat kan.. mahal lagi kedai makan kat KL ni haaa…

Tapi kami tak makan kat hotel. Kami makan kat luar hotel. Sebelum gi makan, posing- posing dulu kat lobby hotel.

Bergambar di lobi hotel

Bergambar di lobi hotel

 

Kami makan daging bakar. Setiap kali pergi Danok mesti makan daging bakar .  Ada banyak kedai makan halal kat Danok ni, mostly peniaga Islam dari Pattani. Kalau nak makan daging bakar, gerai-gerai yang  jual daging bakar ni kat tepi jalan besar, dekat jer dengan hotel Siamthana yang kami duduk ni. So kami pergi makan daging bakar jalan kaki jer. hehehe.

Lepas makan, lepak-lepak bilik jer. Saya ngan somi tengok TV. Channel kat Thailand ni, semua bahasa Siam. Tak ada subtittle pulak tuh. Hampeh, satu benda pun tak paham. Awas tau, dalam banyak- banyak chanel kat Thailand ni, ada channel porno.  Tanjat ai tengok. Takder tapis-tapis, memang hardcore punyer porno. Terus rasa bebal kejap 2 minit. Tsk!

Oleh sebab tataw nak tengok apa.. maka kami laki bini  tengok katun jer lah.. Walaupun tak paham dia cakap apa.. tapi leh faham jugak lah lawak katun tu kan. huhu.   Bila bosan tengok TV, main fesbuk pulak. Maklumlah dapat wifii free. hehehe. Adam pulak main keta, hasil dia mengepau Mak Tok  kat Seven Eleven bawah hotel. Hehehe

Adam main mainan baru hasil pengepauan.

Adam main mainan baru hasil pengepauan.

Pagi esoknya, kami laki bini makan sarapan kat hotel jer. Dah kata breakfast free kan. Makan kat hotel ni halal..makanan Islam. Kami sarapan bertiga jer ngan Adam. MIL ngan FIL, pukul 6.30 pagi dah check out hotel untuk pergi airport Hatyai.

Sadly, variety makanan pagi kat hotel ni tak banyak. Ada nasi goreng, roti bakar, cereal,  bubur nasi ngan apa benda ntah..masakan Thai. Pagi-pagi saya memang tak makan berat, jadi saya ambil roti bakar jer. Roti bakar sendiri, pastu sapu mentega. Letak jem sikit, buat cicah-cicah.  Adam pun sama, makan roti bakar. Suami makan nasi goreng. Kami laki bini minum teh, Adam minum jus oren.

Breakfast kat hotel

Breakfast kat hotel

Lepas sarapan, terus checkout. Lepas tu berjalan kaki patah balik ke border, sambil cuci-cuci mata. Hotel Siamthana ni tak jauh sangat dari border, tapi kalau jalan kaki tu, berpeluh jugaklah. Kenapa jalan kaki? Sebab kami masuk Danok naik kereta FIL.. bila FIL dah pergi Hatyai, maka menapak lah kami patah balik border.  Huhuhu. Kat Danok, banyak benda murah, tapi saya cuma beli kelambu jer sebab malas nak bawak beg dan barang banyak-banyak sambil menapak jalan kaki. Murah tau kelambu saya beli ni, RM20 jer. Kat border, adik Ipar ambil kitorang balik naik keta.

Pagi di Danok

Pagi di Danok

Ha.. itulah sajer cerita raya haji kami di Danok, Thailand. Pada saper-saper yang cari hotel kat Danok, saya rekomen hotel Siamthana ni. Kalau dari border, hotel ni kat belah kanan. tapi bukan betul-betul tepi jalan besar tau, hotel ni kat dalam sikit. Tapi still nampak dari jalan sebab hotel ni besar tinggi. Ni rupa hotel Siamthana yang saya ambil dari website dia.

Siamthana Hotel

Siamthana Hotel