Kini saya kembali..back to blogging world. Hampir setahun saya tidak berblogging. And this is my 4th blog. Asyik tukar blog jer keja kau kan.. hubungan sy dan blog adalah on-off relationship. Tiap kali rasa nak berblog, saya create blog baru. Bila dah bosan, tinggal macam tu jer. Owh..keji keji.. 😛

Latest saya berblog adalah tahun lepas, time tu saya citer pasal preparation nak kawin jer. Atau secara ringkas, bride-to-be blog. Bila dah dekat2 ngan tarikh majlis, saya adalah sangat-sangat sibuk, tak sempat nk update blog and terus sepi sampai sekarang. Alhamdullilah, kini saya sudah bergelar isteri kepada Encik Suami. Now, this blog is not about getting married anymore, but it is about getting a baby pretty soon. Atau secara ringkas, mom-to-be blog.

Waktu saya menaip post ni, kandungan saya dah 26 weeks dah. Tinggal lebih kurang 3 bulan jer lagi ni. Tapi totaaap gak nak citer pasal pregnancy. Orang lain blog pasal pregnancy, kau pun kecoh nak ikut kan.

Anyway, in this blog, saya akan cuba untuk tidak terlalu berceita tentang personal life because saya adalah segan nak citer benda peribadi and Encik Suami pun tak berapa berkenan kalau saya citer benda-benda personal nih. Kalau boleh, saya cuma nak share tentang pregnancy stuffs mcm tips, health, preparation and benda-benda yang sewaktu dengannya lah.

Last but not least..welcome to this mom-to-be blog. Enjoy your reading~~~