Semasa mengandungkan  Adam, saya asyik merungut saya gemuk kan. Badan naik macam di pam-pam. “Dah macam tong drum“. Ni ayat mak saya. huhuhu. Total kenaikan berat badan saya before Adam lahir adalah 17kg.

But now, berat badan saya turun 13kg. Alhamdullilah. Nak tahu rahsianya?

Shh! Jangan kecoh-kecoh tau.

Rahsianya adalah…Jeng! Jeng! jeng (sound effect perlu ada)…. BREASTFEEDING. Itu sahaja. Hihihi. Bukan rahsia sangat pun. Ngada-ngada jer lebiy. Seriosly, kita boleh kurus kembali just by breastfeeding our child. Especially, baby boy macam Adam. Memang kuat menyusu. Asyik menyusu jer keja dia. Pastu suka ngempeng. 30 hari lepas lahirkan Adam, berat saya turun 13kg. Semua zat/lemak dalam badan ni dah bertukar jadi susu kot, so that’s why saya kurus.

Masa balik umah mak hari tu, mak terkejut tengok saya… kali ni dia kata “Dah macam rangka, tinggal kulit ngan tulang jer“. Isk..gemuk salah..kurus pun salah. huh!

So, apa tunggu lagi, marilah kita breastfeed baby kita bersungguh-sungguh. Bukan sahaja baby kenyang, kita juga akan kembali kurus dan langsing. Auww! Kekdah ni bukan sahaja berkesan, malah menjmatkan.