Assalamualaikum

Rabu dan khamis lepas kami 1 family jalan-jalan ke Melaka. Sajer pergi masa hari bekerja, sebab nak elak jem dan overcrowded. Melaka time weekend dan public holiday sesak ya ampun. Sebab tu lah kami pergi hari bekerja, santai dan relax jer berjalan kat Melaka tu. Tak jem. Syok jer jalan-jalan. Oleh sebab pergi Melaka bukan hari cuti, maka Adam pun kami ‘cuti’ kan dia dari tadika. hehehehe.

Destinasi pertama kami hari Rabu tu, pergi Zoo Melaka. Alang-alang nak gi hotel lalu Zoo Melaka, jom lah singgah zoo tu dulu. Masuk Zoo pukul 11, pukul 1 lebih dah keluar. Ha..2 jam dalam tu pun tak sempat nak tengok semua haiwan. Yang buat lama dalam tu sebab Adam moody, pastu dia malas jalan. Haih..

Nun jauh kat belakang tu ada gajah

Nun jauh kat belakang tu ada gajah

Bila masing-masing dah kepanasan dan kelaparan, jom lah gi cari makan. Singgah makan tengah hari kat Plaza Hang Tuah.  Makan kat food court kat situ. Lepas makan, terus straight pergi hotel sebab masing-masing dah kepenatan.

Dalam pukul 3 lebih sampai hotel. Boleh lar terus check in. Kami menginap kat Hotel The Pines, Melaka. Best sangat-sangat hotel ni. Bilik dia luas, selesa. Siap ada sofa bed, pantry ngan meja makan lagi. Pastu kat hotel ni ada swiming pool ngan playground.

The Pines, Melaka

The Pines, Melaka

 

Seronok betul dapat bilik hotel luas macam ni

Seronok betul dapat bilik hotel luas macam ni

Lepas dah rehat-rehat kat bilik, petang Rabu tu bawak Adam ngan Aiza main air kat swimming pool ngan main kat playground hotel ni jer lah. Swimming pool dia ni salt water tau. Air masin. elok untuk kulit dan untuk hilangkan stress. Unik kan? tapi En Suami, Aiza ngan Adam jer lar yang berendam. Saya duduk jer tepi kolam tu, sebab tak ada swim suit. Huhuhuhu.

Seronok la tu kan.

Kemain seronok 3 beranak ni mandi kolam air masin

Malam tu, keluar makan pulak. Makan kat Kenny Rogers Mahkota Parade. Lepas makan terus balik. Tak pergi berjalan sebab Aiza dah amukan nak tidur. Kepenatan main air lar tu… Haih.. Baru ingat nak naik river cruise tu.. Takperlah… lain kali jer lah gi Melaka naik River Cruise.. Huhuhu

Dapat belon kat Kenny Rogers

Dapat belon kat Kenny Rogers

Esok paginya, kami sarapan kat Cafe depan hotel. Caj bilik kami memang tak termasuk breakfast. Sebab kalau termasuk breakfast, rate bilik jadi mahal . Jadi kami sarapan kat luar. Jimat banyak kat situ.  Sedap jugak sarapan kat cafe depan The Pines ni. Murah pulak tu.

Cafe depan hotel

Cafe depan hotel

Lepas sarapan, terus check out.  Terus kami pergi bandar Hilir. Dekat jer Bandar Hilir ni dengan The Pines tu. 5 minit jer.  Kat Bandar Hilir ni kami pergi masuk Muzium Samudera.

depan kapal

Bergambar depan replika Kapal Flor de La Mar

 

Dalam replika Kapal

Dalam replika Kapal Flor de La Mar

Lepas tu pergi bangunan arked depan muzium tu, beli ole-ole kenangan berjalan ke Melaka. Banyak pilihan ole-ole. Kebaya nyonya saiz kanak-kanak pun ada. Comel sangat-sangat. Terus terbayang Aiza pakai kebaya nyonya. Tapi tak jadi beli sebab sepasang RM50. Mahal lar pulak.  Tak jadi beli. Kang membazir jer sebab ntah bila nak pakai nya pun. Jadi saya beli fridge magnet dengan baju yang ada tulis Melaka untuk Adam ngan Aiza jer lah.

Stress pilih fridge magnet. Semua comel-comel

Stress pilih fridge magnet. Semua comel-comel

Lepas beli ole-ole, straight ke Muzium Kapal Selam pulak. Muzium ni kat Pantai Klebang.

Besar kan kapal selam ni.

Besar kan kapal selam ni.

Ni kapal selam betul tau. Tapi dah tak digunakan. Jadi dibuat muzium. So boleh masuk dalam tu. Kat luar nampak besar..tapi dalam tu sempit sebab penuh dengan peralatan itu ini ngan kabin. Nak berjalan tak boleh nak berselisih. Laluan dia muat-muat sorang jer kalau nak jalan.

Keadaan dalam kapal selam

Keadaan dalam kapal selam

Lepas tengok kapal selam, perut pun dah lapar, gi cari makanan pulak. Kami makan kat Restoran Melantak. Ha..memang nama kedai tu Melantak. Kat area Pantai Klebang tu jugak. Restoran ni ada western food macam steak dengan pasta, sizzling, pastu ada local food macam asam pedas melaka. Dessert macam kek dan asikrim pun ada.

Restoran Melantak

Restoran Melantak

Saya order asam pedas ikan kembung. Dah sampai Melaka,haruslah order asam pedas kan. En Suami order nasi goreng dengan sotong goreng. Adam makan ayam goreng dengan fries. Pastu order desert banana float.  Adam pedas dia memang sedap sangat-sangat. Nasi goreng saya tak sure sebab tak rasa. Sedap kot sebab nampak berselera jer En Suami makan. Harga makanan kat sini berpatutan. Wagyu steak pun ada tau kat Restoran Melantak ni. Tapi harga seratus lebih lah yer. Standard lah daging wagyu memang mahal.

Lunch kami di Melantak

Lunch kami di Melantak

Lepas makan, lalu kejap Pantai Klebang tu pastu terus balik. Memang sengaja balik awal, sebab tak nak Adam kepenatan sebab esoknya Adam tadika.  Ikutkan memang tak puas berjalan ke Melaka ni, sebba banyak tempat kitorang tak sempat pergi. Memang macam ni lah kalau berjalan dengan anak-anak  kan..kena ikut mood diorang. Kalau mood ok, banyak lah tempat boleh berjalan. Kalau mood tak ok, atau anak-anak dah bosan,  kepenatan, memang tak boleh lah nak berjalan kesana kemari sangat. Takperlah, Melaka bukan jauh sangat. InshaAllah lain kali boleh pergi lagi.