Assalamualaikum

Ahad lepas kami berjalan ke Dannok lagi. Tak plan pun.. tiba-tiba jer mak mertua ajak ke sana. Nasib baiklah paspport belum tamat tarikh luput. Hehehe

Kami pergi sekali dengan keluarga Makcik En Suami (adik mak mertua). Pergi sana 2 kereta. Biasanya kalau nak masuk Thailand, sebelum sampai sempadan bapa mertua saya akan pastikan semua orang dah isi siap-siap borang white form, borang passenger list ngan insuran tu semua. Bila dah sampai border, terus beratur jer kat kaunter imigresen tuh.

Tapi  kali ni, kami pergi tiba-tiba, borang apa semua pun langsung tak beli, tak isi.. Sebab mak mertua kata kat pejabat imigresen Thailand ada jual borang-borang tu, jadi tak yah singgah Changloon beli borang.  Sekali  sampai sana… SubhanaAllah…ramainya orang beratur kat pejabat imigresen tu. Ada beratus-ratus pelancong dari China, semua datang naik bas beratur nak masuk Thailand.

Agak lama jugaklah kami kat Imigresen Thailand tuh. Sebab nak ambil borang, isi borang lepas tu beratur lama-lama tunggu giliran. Rupanya kami tak perlu beratur pun. Kami boleh  terus je naik kereta lalu kaunter imegresen dan tunjuk passport,. Adoi laa.. buang masa jer beratur lama-lama tau. Pelancong dari China tu beratur ramai-ramai masuk pejabat imegresen sebab diorang dari China, kena check Visa. Kalau dari Malaysia, tak payah Visa..jadi boleh ikut laluan kaunter macam biasa. Dan, sepatutnya dah tak perlu bayar tips kat pegawai kaunter tu, tapi ,pegawai kaunter tu tetap mintak duit.. Malas nak banyak cerita, bayar jer lah sorang Rm2. Haihhh

Anyway, dah masuk Dannok, kami solat zohor  dan tukar duit dulu. Lepas tu kami pergi Padang Besar. Padang Besar yang belah Thailand, bukan yang Malaysia punya. Padang Besar ni terbahagi dua, separuh kat Malaysia, separuh lagi kat Thailand. Sampai Padang Besar, banyak kedai dah tutup. Kedai kat sana tutup awal sangat lah.. pelik pulak rasanya. Anyway, nak keluar/masuk Thailand ikut sempadan Padang Besar tu pun boleh sebenarnya.. Tapi kami prefer masuk Thailand kat sempadan Bukit Kayu Hitam- Dannok.

Lepas pergi Padang Besar, kami ke Pekan Sadao pulak. Nak makan daging bakar sedap. Tapi bila kami sampai ke kedai yang jual daging bakar tu, daging dah habis pulak. Jadi kami pergi kedai lain. Alahai.. tak sedap langsung daging bakar dia. Kering dan keras daging bakar kat kedai tu. Kecewa sungguh. Lepas makan, solat asar dan maghrib terus kat sana.

Lepas Maghrib, bertolak balik. Kat Danok, kami  singgah kat Asean Cultural Village. Tempat ni lebih kurang I City kat Shah Alam tu la. Tapi kawasan dia lebih luas. Kat sini barulah teringat nak ambil gambar. Hehehe

Asean cultural village

Eh..gambar ramai-ramai jadi bentuk Love pulak

Mommy, Aiza dan pokok Tanglung

Mommy, Aiza dan pokok Tanglung

Aiza dan panda

Aiza dan panda

hiasan lampu bentuk zodiak

Pekan Cowboy

Pekan Cowboy

Bayaran masuk Asean Cultural Village ni cuma RM2 / 200Bhat. Tapi tak semua tempat boleh masuk. Ada sesetengah tempat yang kena bayar bayaran masuk lain seperti petting Zoo, futuristik park dan water park. Oleh sebab kami mengejar masa, jadi kami tak masuk pun park-park tu semua. Yang free tu pun kami tak sempat tengok semua. Sebab kawasan dia terlalu luas.

Ni futuristic Park. Ada bumblebee jaga depan pintu. Hehehe

Ni futuristic Park. Ada bumblebee jaga depan pintu. Hehehe

Petting Zoo. Boleh naik kuda kat sini.

Petting Zoo. Boleh naik kuda kat sini.

Kami patah balik ke pintu masuk naik trem. Tak larat dah nak jalan kaki patah balik. Naik trem ni free jer.

dalam trem

Lepas keluar dari Asean Cultural Village tu, singgah pekan Danok. Makan-makan kat sana siap tapau. Pukul 10.00 malam cepat-cepat balik ke sempadan sebab pukul 12 sempadan tutup. Sebenarnya boleh jer nak overnight kat sana, tapi adik ipar kena kerja esoknya.. jadi kenalah balik malam tu jugak. Nasib baik sempat.. hehehe

Anyway, next time kalau pergi Thailand lagi, better prepare borang tu semua awal-awal. Tukar duit pun better tukar kat Malaysia jer. Sangat leceh dan buang masa sangat kalau beli dan isi borang tu semua kat pejabat Imigresen Thailand.. sebabnya ramai orang sangat kat sana. Nak tunggu giliran tu lama. Tak mahu dah main redah jer pergi. Penat. Serik. Lebih senang dan cepat urusan nak masuk Thailand kalau semua benda dah ready. Jadi bila dah masuk Thailand boleh terus jalan-jalan. Anyway, kalau ada yang nak tahu tips dan borang apa kena isi sebelum masuk Thailand, boleh baca post saya yang ni ya. Klik sini.