Assalamualaikum

Minggu lepas, En Suami jumpa kawan dia. Kawan dia mintak tolong ajar buat facebook ads. Masa En Suami kerja kat company lama dulu, salah satu scope kerja dia, kena buat Digital Marketing. Jadi bolehlar dia tolong ajar kawan dia sikit-sikit benda yang dia tahu tu kan.  Balik rumah, tengok dia bawak balik beg plastik Parkson pulak. Laju lah saya tanya  “Aik, kata jumpa kawan, shopping apa pulak kat Parkson tu?”.  Mana boleh laki gi shopping tak ajak kan.. haruslah sentap.  Kah kah kah. Dasar sangat… Rupa-rupanya kawan yang dia jumpa tu bagi Jam Pintar Digital Waktu Solat. . Dia bagi sebab En Suami ajar buat iklan guna facebook ads tu.. Alhamdullillah.. rezeki. Terima kasih banyak-banyak.

Ha..ni lah ghupa jam tu..

3de4d674-05b0-44b2-920c-2291d3df2f53

Jam Pintar Digital Waktu Solat

Best tau jam ni. Selain dia tunjukkan masa, jam ni tunjukkan tarikh jugak. Kalau saya lupa tarikh, saya check jer tarikh kat jam tu. Bukan setakat tarikh maasihi, tarikh kalendar Islam pun dia tunjuk sekali tau.

Paling penting, Jam Pintar Digital Waktu Solat ni tunjukkan waktu solat. Sebelum ni saya check waktu solat kat hanpon..sekarang ni, saya tengok jam tu jer, senang. Ada time zone boleh pilih..otomatik dia akan paparkan waktu solat ikut time zone yang kita pilih.

Istimewanya jam ni, 10 minit sebelum Azan, jam ni akan perdengarkan bacaan selawat atau zikir. Jadi, bila dah dengar bacaan selawat tu, dah tahulah dah nak masuk waktu. Bila dah masuk waktu, laungan Azan pulak..  Sejam sekali ada bacaan surah-surah Alquran. 10 minit selepas Azan pun sama. Ada bacaan Al Quran. Senang cerita sekarang ni kat rumah, hampir setiap masa akan dengar bacaan surah AlQuran.

Selawat, azan dan bacaan surah ni kita boleh customise. Boleh pilih, nak tukar ikut mana yang kita suka. Zikir-zikir pun ada. Nak set volume pun boleh. . Saya set volume rendah sebab risau kalau Aiza tengah tidur kang, terus terjaga bila dengar jam tu berbunyi. Kalau tak nak bunyi terus pun boleh. Just off jer terus sound dia.

Nak set jam ni,kena guna remote dia. Macam kita buat setting TV tu.. lebih kurang macam tu lah nak set jam ni. Tinggal pilih dan klik jer. Nak masukkan apa-apa zikir atau bacaan surah pilihan yang korang suka pun boleh. Downlod zikir / surah, pastu transfer ke SD Card.  Pastu masukkan pulak SD card tu dalam jam. Pastu set lah nak play zikir atau bacaan surah tu bila.. Tak susah, sebab ada manual pengguna.

Set Jam refer manual pengguna jer

Set Jam refer manual pengguna jer

Jam ni tak guna bateri. Dia guna kabel,  kena cucuk kat plag.  Everytime keluar rumah, boleh off jam ni macam kita off kipas tu lah. Ada suis dia kat tepi jam.

Jam Pintar Digital Waktu Solat ni boleh digantung kat dinding. Tapi saya prefer letak atas meja jer.. sebab kat dinding saya dah ada jam jenis wall sticker. Malas pulak nak cabut jam sedia ada tu. Lagipun bila letak jam ni atas meja, senang nak on off. . Hehehehe. Jam ni disertakan dengan stand. So memang boleh diletakkan atas meja macam frame tu. Walaupun jam ni berat, tapi stand dia kukuh. InshaAllah tak tumbang.

Letak atas console table pun cantik

Letak atas console table pun cantik

Ada yang berminat ke dengan jam ni? Kalau ada yang nak beli, boleh beli kat website dia. www.azkar.com.my atau pegi kat facebook dia: Azkar

Setiap set akan dapat jam, kabel, remote, SD Card dan manual pengguna macam ni.

Set Jam Digital Pintar waktu Solat

Set Jam Digital Pintar waktu Solat