Asssalamualaikum

Semalam, Khamis 28 Jun 2018, tadika Adam buat jamuan raya.  Dah alang-alang buat majlis makan-makan tu, saya bagi lah kek sebijik untuk birthday Adam.

Walaupun Adam tu dah sambut birthday dia masa bulan puasa hari tu, tapi dia tetap nak potong kek dengan kawan-kawan. Yer lah..dah kawan-kawan dia pun sambut birthday kat tadika, dia pun nak lah jugak. Mommy daddy layankan jer lah, belikan kek birthday lagi untuk dia sebabnya tahun depan Adam dah darjah 1, dah tak dapat celebrate dengan kawan-kawan kat sekolah. Jadi biarlah dia merasa sambut birthday dengan kawan-kawan kat tadika.

Kami beli kek yang ready made kat kedai kek. Tak tempah. Corak bunga-bunga. Tu jer corak yang ada untuk kek 2kg. Nasib baik Adam ok jer. Tak merapu mintak kek corak lain. Beli kek yang 2kg sebab budak-budak ramai kat tadika Adam tu. Beli kek kecik kang takut tak cukup pulak. Jadi beli terus kek yang besar.  Keluar kedai kek, saya ajak suami singgah kedai bakery, beli coklat bola, hias keliling kek. Takder lah nampak girly sangat kek tu. Hehehehe

Pagi Khamis tu, siapkan Adam pakai baju raya, pastu hantar gi tadika dengan kek tu sekali. Tahun lepas, tadika Kemas Adam buat jamuan hari raya, jemput ibu bapa sekali. Tahun ni, tadika kat jitra ni, buat majlis hari raya, untuk anak-anak tadika jer. jadinya, memang harap pada cikgu jer lah share gambar.  Banyak jugak gambar-gambar yang cikgu ambil dan share dalam group whatsaapp. Jom layan gambar

Adam, kawan-kawan dan cikgu sambut hari raya

Adam, kawan-kawan dan cikgu sambut hari raya

Selain Adam, ada jugak kawan Adam yang sambut birthday masa jamuan raya ni.

Selain Adam, ada jugak kawan Adam yang sambut birthday masa jamuan raya ni.

Kek birthday Adam. Bila tambah bola kelilng kek, tak nampak lah girl girl sangat kek ni kan.. hahaha

Kek birthday Adam. Bila tambah bola kelilng kek, tak nampak lah girl girl sangat kek ni kan.. hahaha

Meriahnya makanan

Meriahnya makanan

Potong kek dengan cikgu

Potong kek dengan cikgu

Cikgu siap suapkan kek

Cikgu siap suapkan kek

Makan ramai-ramai

Makan ramai-ramai

Gambar dengan cikgu dan kawan kawan

Gambar dengan cikgu dan kawan kawan

Sedondon coklat

Sedondon coklat

Balik dari jamuan raya, Adam tu siap bawak balik duit raya. Ahad lepas cikgu dia dah bagi duit raya dah. Kali ni ibu/bapa kawan Adam kat tadika tu yang bagi. Alhamdullillah. Semoga murah rezeki pada yang memberi.