Assalamualaikum

Nak bagitahu, Kaison dah ada di Alor Setar. Kat Aman Sentral. Tingkat 2, sebelah Parkson. Sajer la saya bagitahu kat sini, kot-kot ada orang belah utara yang suka pergi Kaison macam saya ni.

Untuk yang tak tahu, Kaison ni kedai barang – barang perhiasan rumah, contohnya macam langsir, bantal, frame gambar, wallpaper, bunga bunga, karpet dan macam macam lagi lah. Barangan peribadi pun ada jugak jual kat sini, seperti beg, pen, mug, note pad,ย  planner dan lain-lain lagi. Barang kat Kaison ni cantik-cantik sangat. Harga pun berpatutan.

Antara pilihan barang hiasan di Kaison

Antara pilihan barang hiasan di Kaison

Tengok bunga bunga kat Kaison ni maam duduk dalam kebun bunga

Tengok bunga bunga kat Kaison ni maam duduk dalam kebun bunga

Macam macam benda ada kat dalam Kaison ni

Macam macam benda ada kat dalam Kaison ni

Sebelum ni pun dah banyak kali saya cerita yang saya pergi Kaison kan. Saya memang suka sangat pergi Kaison. Dok dalam tu lama-lama pun tak terasa. Saya belek semua barang dalam tu. Walaupun biasanya saya cakap ngan suami nak tengok-tengok ajer, tapi bila keluar tu saya mesti beli jugak 1-2ย  barang. En suami dah tahu dah. Tak boleh tahan la.. Mesti nak beli, sebab cantik cantik sangat.

Saya suka deko deko rumah. Tapi bajet tak berapa nak ada. Nasib baiklah barang kat Kaison ni mampu milik. Dapatlah deko umah tu sikit sikit.

Macam baru-baru ni saya pergi Kaison Alor Setar, saya beli bingkai bergambar untuk gantung kat dinding. .ย  Gambar ni simple jer, tapi saya suka sangat. RM19.90 jer harga dia.

Frame bergambar yang simple. RM19.90 jer

Frame bergambar yang simple. RM19.90 jer

Cumanya gambar ni bingkai dia putih pulak. Tak kenaย  bila nak gantung kat family area sebab perabot ruang keluarga banyak warna hitam. Jadi saya beli cat hitam, saya cat bingkai tu jadi hitam.

Ha.. Settle.

Selepas di make over. Hehehehe

Selepas di make over. Hehehehe

Gantung kat Ruang Keluarga

Gantung kat Ruang Keluarga

Next time pergi Kaison nak beli lilin-lilin kecik pulok. Nak letak kat shelves. Kalau datang mood rajin menaip, saya share kat blog ni lagi. Hehehe.