Assalamualaikum..

Korang nak tahu tak.. Adam kan, time tidur, MasyaAllah lasak!!

Adam tidur sekali ngan saya ngan suami. Tidur tengah-tengah. Everytime tidur, memang dia akan berputar, berpusing, menerajang, menumbuk, menyepak, menanduk..semua ada lah! Biasanya yang jadi mangsa, En Suami . Tu yang kadang-kadang, En Suami stress, dia gi tidur luar. Dah macam gaduh laki bini pulak!

But lately, saya pulak yang jadi mangsa. Stress ok. Saya ni dah lar susah nak tidur. Perut dah sarat kan.. everytime baring jer, rasa susah nak nafas. Padahal dah baring mengiring, sama jugak. Tu belum kira ngan sakit pinggang lagi. Memang susah nak tidur. Then, finally bila tertidur, tetiba kena tendangan padu jurus ke lapan, memang terkejut ok. Tu belum kira Adam yang suka berguling pegi tempat saya lagi. Sempit tau tak..sempit! Ergh..

Tak boleh jadi. harus beli katil lain untuk Adam. Sebelum baby lahir, haruslah beli katil lain untuk Adam. Mana muat katil queen tu tidur 4 orang. Tidur bertiga pun dah bergaduh tetiap malam. Kang, tak pasal jer baby pulak yang jadi mangsa kebuasan Adam tu.

Plan beli katil untuk Adam ni dah lama, tapi asyik bertangguh jer. Bila dah dekat sangat dengan tarikh bersalin, baru kelam kabut gi beli. Weekend lepas,  akhirnya sampailah katil baru Adam kat rumah.

 

Katil baru adam

Katil baru adam

Masa pilih-pilih katil kat kedai perabot, saya berkenan dengan satu katil kayu ni. Comel jer katil tu. Pastu kat kepala katil tu ada shelves (rak), boleh letak barang. Adam kalau tidur, segala tok nenek mainan dia bawak sekali atas katil.  So, saya fikir, kalau beli katil kayu ni, boleh letak mainan dia kat shelves tu. Takder lah time tidur, tiba-tiba badan sakit sebab tertindih mainan kan. Banyak kali dah jadi gitu. Huhuhu.

Tapi bila pikir-pikir balik, bahaya beli katil yang kepala dia kayu. Sebabnya, Adam suka lompat-lompat atas katil.. Salah lompat, terjatuh, terhentak kat kepala katil.. Isk!! Bahaya!

So, to be safe, kami laki bini beli katil jenis Divan ni jer lah. Kepala katil Divan kan lembut, kalau terhentak pun tak lah sakit mana..

Adam merasmi katil baru

Adam merasmi katil baru

Cantum jer terus katil dia tu ngan katil kitorang. Luas gitu. puas berguling! Kitorang belum ajar Adam tidur asing lagi. So, for now, Adam still tidur ngan kitorang, cuma kat katil sendiri lah!

Cadar Angry BIrd

Cadar Angry Bird

Oleh sebab ni katil Adam, maka pilihan cadar pun ikut pilihan Adam. Tak guna tunjuk corak lain, corak Angry Bird jugak yang dia nak. Haih.. Bukan masalah corak yang saya tak berkenan, masalah saiz cadar ni haa..  Corak Angry Bird ni, tak ada saiz single bed. Yang ada saiz Super Single jer. Besar sikit lah dari saiz single biasa tu kan.  Katil Adam pulak saiz single bed biasa, so bila sarungkan, jadi macam ni lah. Longgar, susah nak kemaskan. Kena angkat tilam, masukkan cadar ni betul-betul bawah tilam, baru nampak kemas..

Jenuh lar tetiap pagi Mummy nak kena kemaskan betul-betul cadar ni Adam oiiii… Huhuhuhu.