Kenduri Dikwan di Bandar Seri Damansara

Assalamualaikum..

Last 2 weeks saya cerita kenduri Angah (adik ipar) kat Sik, Kedah. Last week, kenduri adik kembar si Angah ni pulak, Dik Wan. Majlis dibuat kat Bdr Seri Damansara, selama 2 hari. Hari sabtu, nikah. Ahad sanding. So berulang alik kami weekend lepas ke Bandar Seri Damansara. Familiy mertua dan saudara mara En Suami stay kat hotel kat Bandar Seri Damansara. Dekat jer dengan umah pengantin. Kami jer lah yang kena ulang alik dari Seri Kembangan ke sana.

Pagi sabtu tu, awal-awal pagi, pengantin dah wassap kami mintak tolong belikan kasut hitam. Dia tertinggal kasut kat Jitra. Takkan nak bersanding pakai selipar kan? So, pukul 11 pagi tu berdesup lar kami pergi Mines cari kasut pengantin dulu. Lepas tu kami amik mak ayah saya pulak.. Sajer ajak mak ayah saya join sekali gi kenduri, bagi meriah. The more, the merrier katanya. Hehe. Around 2pm, sampai hotel tempat keluarga mertua menginap .Majlis nikah start pukul 2.30. Fuh.. seb baik  sempat sampai awal.

Macam biasa, saya jadi gadis dulang

Macam biasa, saya jadi gadis dulang

Majlis nikah buat kat surau kat kawasan situ jugak. So, pukul 2.30, kami pun gerak ramai-ramai ke surau. Cantik surau dia. Buat dari kayu. Style lama. Ada ukiran ayat Al Quran kat keliling surau. dah lama tak jumpa  surau macam ni.  🙂

Around 3pm baru majlis start. Majlis dimulakan dengan sedikit tazkirah dari imam masjid.

Imam tengah bagi tazkirah untuk pengantin

Imam tengah bagi tazkirah untuk pengantin

Sepanjang majlis tazkirah ni, saya ngan En Suami sibuk mengejar Adam jer lah. Dak kecik tu tataw diam. Lari sana sini, siap main ball ngan budak-budak kat situ. Bila dipegang suruh diam, tak mo. Marah. Nak main jugak.  Time akad nikah pun, ada background  suara Adam kat luar surau jerit “kick kick” ajak main ball. Haih..

Alhamdullilah, dengan sekali lafaz, Dik Wan dah sah jadi suami orang.

Macam biasa, sarung cincin lepas nikah

Macam biasa, sarung cincin lepas nikah

Dik Wan dan isteri, Hazirah

Dik Wan dan isteri, Hazirah

Abah, mama dan pengantin baru

Abah, mama dan pengantin baru

Baru nak gerak keluar surau, hujan turun dengan lebatnya. Memang lebat sungguh-sungguh lar. Siap angin kencang lagi. Maka berhujan lah kami makan bawah khemah. Walaupun basah, totap berselera kami makan. Lapar weh.. hehehe.

Dalam pukul 5 kami pun pulang.. tapi tak pulang ke rumah. Tapi pergi ke Kompleks Kenanga pulak. Sedara mara en Suami nak cari baju untuk kenduri belah jitra nanti. So jomlah kita bawak diorang jalan-jalan ke Kenanga. Pusing naik turun Kenanga tu sampai pukul 8.30 malam. Tu pun sebab kedai dah tutup pukul 8. Hehehe. Capek sungguh siap cramp lar kaki ku.. Tsk! Lepas hantar diorang balik hotel,  kami terus balik rumah. Mak Mertua offer ajak lepak hotel.. Owh..tak larat sangat ma.. nak balik umah tidur jer. Sobs!

Esoknya, again pagi-pagi kami pergi ke Bandar Seri Damansara lagi. Kali ni untuk majlis bersanding pulak.  Tema keluarga warna teal green sebenarnya. Kitorang tak jumpa baju kaler  teal green tu. Susah weh nak jumpa kaler tu. Kalau ada warna tu, design tak berkenan. Dah berkenan design, saiz tak der pulak. Haish. Belasah jer lar kaler hijo gelap. So..again, kami 3 beranak lari tema warna. Wakakakaka.

Sebelum berarak, check hantaran dulu

Sebelum berarak, check hantaran dulu

Pembawa dulang

Pembawa dulang hantaran

Anyway, pukul 1 petang kami berarak menuju rumah pengantin. Macam biasa, siap ada kompang. Pak pung pak pung. Lepas tu terus lar ke acara bersanding.

Pengantin atas pelamin

Pengantin atas pelamin

Selfie laki bini sementara tunggu pengantin bersanding

Selfie laki bini sementara tunggu pengantin bersanding

Lepas bersanding, makan-makan pulak. Nom nom nom.

Lepas makan, gambar ramai-ramai dengan pengantin.

Lepas makan, bergambar ramai-ramai

Lepas makan, bergambar ramai-ramai

Mana boleh tak bergambar atas pelamin kan.. moh kita naik pelamin ramai-ramai pulak

Tu dia pengantin baru (kena tunjuk, kang orang tak tahu pulak)

Tu dia pengantin baru (kena tunjuk, kang orang tak tahu pulak)

Adam cukup suka duduk kat pelamin, sampai tak mo turun

Syoknya dok kat sini

Syoknya dok kat sini

Around 2.30 pm kami pun beransur pulang. Kena balik awal sebab En Suami kerja petang tu. Lepas hantar saya ngan Adam balik, terus jer En Suami gi opis. Saya sampai jer rumah, macam biasa, membuta kepenatan. Hehehe.

Minggu depan, InsyaAllah majlis belah kami kat Jitra pulak.  Fuh… memang bulan kenduri sungguh. Takper..sesekali. Bukan selalu.:)

 

Iklan:

Dapatkan produk Tropika dengan harga lebih murah disini

dapatkan Secret Skin Kawaii Collagen dengan harga lebih murah disini