Assalamualaikum

Dari zaman sebelum kawin lagi, saya memang suka sangat minum Green Tea atau bahasa melayunya teh hijau. Tiap-tiap hari mesti minum.

Walaupun Green Tea ni kategori teh,tapi rasa dia memang tak sama dengan teh yang biasa kita minum tu.

Sedap sangat ke Green Tea ni? Jawapannya tak sedap. Hahaha. Kalau korang minum Β green tea pure, serius rasa dia tak sedap, hanyir, pahit, kelat, bau tak best..memang kembang tekak lar kalau minum. Saya pun tak suka. Bluwek!

Ada banyak brand jual Green Tea ni, my favourite, Dilmah’s Green Tea with Natural Jasmine Petals. Β Green tea ni memang kena dengan tekak saya. Tak tambah gula pun sedap. Wangi sebab ada bunga jasmin. Selain jasmin, ada jugak green tea with chamomile. Yang ni pun ok jugak. Tapi saya prefer jasmin lagi.

Jpeg

Saya suka minum Green Tea (teh hijau) ni bukan sebab rasa dia, tapi sebab khasiat dia. Oleh sebab saya malas nak taip satu-satu khasiat dan kelebihan teh hijau, jadi Β sy letak jer hasil carian yang saya search di Google.

great-benefits-of-green-tea

Green tea benefits

 

antioxidant-green-tea

green-tea-benefits

Perasan tak, dalam setiap gambar yang saya share ni, antioksida paling atas. Ni kerana, green tea mengandungi antioksida yang tinggi. Penting woo antioksida ni, boleh mencegah sel kanser, boleh mengurangkan risiko penyakit jantung dan kardiovaskular, anti-aging, boleh awet muda, boleh awet muda, boleh awet muda. Amboi…sampai 3 kali ulang? Iya lah! saya mahu awet muda. Umur dah nak masuk 32 tahun nih. Opss!!!

Selain tu, khasiat green tea yang paling banyak disebut adalah mengawal berat badan, membantu pembakaran lemak, menurunkan berat badan dan yang sama waktu dengannya. Ini kerana, green tea ni juga ejen detoks yang hebat. Kalau korang perasan, kebanyakan teh detoks atau teh langsing badan ni, diorang guna green tea. Tapi yang tu versi yang mahal punyer. Tak yah beli yang mahal-mahal, minum jer green tea biasa, khasiat dia sama jer. Perut saya dah makin maju kehadapan nih. Harus lah minum green tea.

Time mengandungkan Adam dulu, saya stop minum green tea. Ibu mengandung memang tak digalakkan minum green tea takut effect pada kandungan. Kenapa tak boleh? Yang ni korang leh google sendiri. Macam malas pulak nk copy paste, explain pjg lebar, kang panjang sangat post ni. hehehe.

Ibu yang menyusukan pulak, boleh ke? Yang ni saya tak sure, isu dia kat sini kafein. Tapi, teh biasa pun ada kafien jugak. Elok jer saya tengok ibu yang menyusukan anak minum teh. Yang minum kopi pun ada. Kopi lagi tinggi kandungan kafein dia kan. Jadi, kalau nak minum green tea ni, seeloknya jangan lar banyak sangat. Supaya kafein yang serap masuk dalam susu badan tu tak banyak. Bukan apa..takut baby tak leh tidur sebab kafein tu jer. Sampai sekarang saya tak minum kopi sebab kafein, tapi teh biasa tu selamba jer saya minum.

Saya continue balik minum Green Tea ni bila Adam dah start campur minum formula milk, 2 bulan lepas. Adam still breastfeed tapi time nak tidur jer lar.. AdamΒ kalau tak ngempeng, dia tak leh tidur. Hehehe. So, minum Green Tea dah boleh dah..Adam pun dah besar, almost 2 years old. So if ada kafein dalam breast milk, ia selamat untuk Adam. Ni pendapat saya jer lah yer.. bukan pendapat pakar. hehe.

Now, green tea is my everyday rutin. Jom minum green tea. πŸ™‚

Jom minum green tea

Jom minum green tea

IKLAN

Ingin dapatkan rasa dan khasiat terbaik teh hijau? Boleh cuba Chemole Herbal Tea. Chemole Herbal Tea menggunakan daun teh hijau darjerling berkualiti tinggi, dan diadun dengan bahan lain seperti mulberi, daun pudina, misai kucing dan bunga kekwa menjadikan rasa teh ini lebih sedap, aroma lebih lazat dan bau yang wangi dan segar. Selain bantu untuk buang toxin dalam badan, Chemole Herbal Tea juga sangat baik untuk kesihatan dan kecantikan.

 

Chemole Herbal Tea

Chemole Herbal Tea

Chemole Herbal Tea 100g

Harga: RM43.00

Kos postage: RM7 (SM)/ RM10(SS)

sms/whatsapp 012-692 2025 (NO PHONE CALL)