Assalamualaikum

Dah masuk febuari 2017. Maksudnya dh sebulan adam masuk Tadika. Nak share lah kat sini, kisah Adam masuk tadika buat kenangan.

1st day pergi tadika

1st day pergi tadika

Masa first day hantar Adam tadika. Adam demam. Ikutkan memang tak nak lah hantar Adam ke tadika sebab dia demam kan. Tapi kami pergi jugak ke tadika pagi tu sebab ingatkan cikgu nak bagi buku dan uniform Adam. Masa register dan bayar yuran sebelum tu, tak dapat sekali uniform dan buku. Rupanya bila dah start tadika, baju dan uniform masih belum sampai. Jadi pulanglah kami dengan tangan kosong. Hehehe. Sebelum balik, sempat la jugak Adam sarapan dengan kawan2 kat tadika tu. Cikgu suruh Adam makan dulu sebelum balik. Kat tadika Adam memang  ada sediakan sarapan pagi dan makan pagi.  2 kali makan lah sehari.

Jadi first day tadika, Adam sempatlah makan sarapan pagi kat sana, pastu balik. Kiranya first day tu Adam pegi tadika semata-mata makan pastu balik.

Lepas makan, balik

Lepas makan, balik

Esoknya, hari kedua tadika, Adam dah tak demam. Jadi kami hantarlah adam pergi tadika. Menangis adam bila dia tahu yang mommy ngan daddy dia tak masuk sekali dalam tu. Kat tadika tu cikgu tak bagi nnbapak tunggu. Jadi kami pun tinggalkan lah adam kat situ. Sayu jugak hati dengar dia nangis-nangis.

Lepas hantar Adam ke tadika, saya ngan suami gi sarapan kat kedai makan. Lepas tu gi beli barang basah kat pasaraya. Kat sana terserempak dengan pembatu tadika. Tengah beli barang basah jugak. Bahan untuk masak makan pagi tadika agaknya. Tanya pembantu tu.. Adam macam mana.. dia kata Adam baru jer berhenti nangis. Sejam lebih dia menangis. Haih..

Hari ketiga, saya tak ikut hantar. En suami jer hantar Adam. Dia kata lagi haru. Langsung tak nak turun kereta. En suami terpaksa dukung. Dah sampai kelas, tak mo turun.bergayut kat kaki sambil meraung2. Cikgu2 Adam terpaksa tarik dan peluk terus Adam tu sebab Adam nak berlari keluar kejar daddy dia.

Hari keempat, alhamdullillah.ok. tak nangis dah. Tiba2 elok pulak Adam tu pegi tadika. Setakat merengek2 sikit jer lah. Sebab malas bangun pagi ngan mandi. Tapi Adam ok jer pergi tadika. Eh..pelik pulak saya tengok. Tiba-tiba jer ok. Seronok agaknya kat tadika ramai kawan.

Adam dan kawan-kawan

Adam dan kawan-kawan

Lepas tu, hari seterusnya alhamdullillah ok. Cuma macam biasalah, kadang-kadang ada drama pagi Adam. Datang moody dia, merengek2 lah pegi tadika. Tp kang sampai sana, elok jer dia masuk kelas.

Hari Jumaat kena pakai Baju Melayu

Hari Jumaat kena pakai Baju Melayu

Cumanya, everytime en suami ambil Adam, Adam tu sajer ngengada buat muka sedih merengek-rengek berlari kejar daddy macamkan setahun tak jumpa. Hari-hari macam tu. Memang kena gelak jer dengan cikgu dia. Kawan adam pun ada yang ejek adam manja sangat lah.

So far, alhamdullillah. Adam nampak seronok belajar kat tadika kemas tu. Harapnya berkekalan. Ada saya tanya cikgu, Adam ok tak kat sekolah. Bising tak? Ada kacau kawan tak?  Cikgu kata Adam ok kat kelas. Tak bising. Tapi Kalau kawan dia bising, Adam yang akan suruh kawan dia diam. Amboih..padahal kat rumah, mulut dia la paling bising. Suara da la paling kuat. Riuh rendah terjerit-jerit kat rumah tak tahu diam. Kat sekolah elok pulak kamu diam yer Adam yer.

Cikgu share gambar Adam mewarna dalam kelas

Cikgu share gambar Adam mewarna dalam kelas

Cumanya cikgu kata kadang-kadang Adam tak nak makan.  kat tadika Adam , makan 2 kali sehari. Sarapan pagi sebelum pukul 8  dan makan pagi pukul 10.   Kalau makanan tu tk kena dengan tekak dia, memang dia tak nak makan. Kalau pedas sikit pun tak nakmakan. Jadi setiap pagi sebelum ke tadika, saya bagi Adam sarapan dulu kat rumah. Bila dah sarapan dulu kat rumah, memang hari-hari lah Adam antara murid terlewat datang tadika. Suruh bangun awal, kemain liat. Haih.. Time tadika ni bolehlah datang lewat. Esok kang dah sekolah, jangan harap lah Mommy nak bagi muka kamu datang lewat.

Now dah sebulan, masih belum dapat lagi baju uniform Adam. Cuma cikgu baru bagi kain ela, suruh buat baju melayu untuk pakai hari Jumaat. Bila nak dapat baju ntah…