Assalamualaikum..

Korang  ada masalah buncit selepas bersalin? Bila berdiri perut ‘nampak’ flat, tapi bila duduk, tiba-tiba jer ada spare tire keliling perut. Takpun, bila sarung jeans atau pakai skirt, terus terkeluar muffin top.

Ini namanya muffin top

Ini namanya muffin top

Dulu saya macam ni lah. Lepas beranakkan Adam. Buncit. Huhuhu. Muffin top, spare tire tu semua memang ada. Bila duduk, terjojol keluar lelemak tu semua keliling pinggang ngan perut.. Kalau Adam dok kat riba, leh lar cover perut yang buncit tu kan. Tak pun cover perut ngan beg tangan. Kah kah kah.

Adam dulu keluar secara czer. Jadi lepas beranakkan Adam, memang tak lah saya pakai bengkung. Memanglar ada bengkung yang sesuai untuk ibu bersalin czer, tapi saya seram nak pakai. Takut kang beria pakai bengkung ketat-ketat, pastu terbukak pulak jahitan.Ngeri!

Bila tak berbengkung, tu yang perut jadi buncit. Harap badan jer  kurus tapi perut buncit.  Nampak sangat mengumpul lemak kat perut. Bila tengok perut kat cermin, ish.. malu betul. Malu kat diri sendiri, malu ngan suami. Takkan nak biar jer lemak berkumpul kan.. Maka, saya pun plan nak sapu Vene.. Tapi..lom sempat sapu Vene.. saya mengandungkan Aiza pulak.. Wanita hamil tak boleh sapu Vene kat perut yer… Tak munasabah namanya!

Ditakdirkan, Aiza pun lahir secara czer… Lepas bersalin, mak bidan yang datang mengurut pun, banyak kali tegur.. Dia kata perut saya buncit sangat. Mak bidan tu suruh gak saya pakai bengkung, tapi saya tak berani.. Time dia datang mengurut tu, saya baru jer bersalin seminggu tau. Czer pulak tu. Memang ketara lah buncit tu. Huhuhuhu.

Tidak mahu pisang berbuah dua kali.. Saya nekad nak hilangkan buncit selepas bersalin. Tak nak dah menternak lemak lagi kat perut. Jadi, hari-hari saya sapu Losyen Vene kat perut. Saya start sapu Vene dalam pantang lagi tau. Hari-hari sapu. Lepas mandi, mesti sapu Vene. Genap dua bulan lahirkan Aiza, perut dah tak buncit lagi.. Sekarang Aiza dah 11 bulan. Alhamdullilah, perut tak mengumpul lemak lagi. No muffin top. No spare tire. No perut buncit.

Selain sapu Vene, lama jugak saya pantang minum ais tau. Ais ni antara punca perut buncit. Lagi-lagi untuk ibu lepas bersalin ni. Sepatutnya pantang ais ni setahun. Selain elakkan perut buncit, ais ni juga boleh sebabkan masalah angin dalam badan. Tapi saya tak tahan, nampak sedap benor minuman berais ni kan.. Jadi saya pantang ais 9 bulan jer. Sekarang saya dah selamba minum air ada ais. Tapi.. tak selalu lah. Still dalam kawalan.

Ha… saper kata beranak czer perut mesti buncit? Tak semestinya.. Yang mana ada masalah buncit lepas bersalin, samada bersalin czer atau normal, memang saya rekomen sangat sapu Vene ni tau. Vene memang boleh bantu hilangkan buncit selepas bersalin.

Vene ni kan, selain boleh pecahkan lemak kat perut, ia juga boleh bantu buang angin dalam badan terutamanya ibu-ibu dalam pantang. Rasa dia pun tak panas.. Rasa hangat jer tau. Dan tidak melekit, tak melekat kat baju lepas sapu losyen nih. So, lepas sapu losyen ni, kalau nak terus pakai bengkung atau corset pun boleh.. Lagi bagus sebenarnya, sebab lagi cepat nampak hasilnya. Pastu, bau vene ni wangi. Tak bau macam minyak panas atau minyak angin.

Losyen Vene pilihan saya

Losyen Vene pilihan saya

Ada juga yang tanya.. Kenapa Vene tak panas?  Vene ni losyen untuk pecahkan lemak. Bukan losyen panas.. Haih.. Apa ingat losyen tu mesti panas ke baru lemak boleh hilang? Tak semestinya ok.  Losyen yang panas tu biasanya guna halia. Losyen Vene guna rumpai laut Phyllancantha Fibrosa dari Belgium. Dua-dua bahan boleh bantu pecahkan lemak. Terpulanglah nak guna yang mana. Saya pilih Vene.

Dah tak perlu nak sorok perut ngan beg atau anak lagi.

Dah tak perlu nak sorok perut ngan beg atau anak lagi.

.