Assalamualaikum

Masa Adam kecik-kecik dulu, kalau gi mana-mana ada jer yang tanya.. baby boy ke girl? Walaupun masa tu baju Adam kaler biru dan memang baju untuk boy, tapi saya jawab jer lah baby boy. Muka Adam memang macam girl pun masa dia baby dulu. Dengan bulu mata dia yang panjang melentik tu, memang fahamlah kenapa ada yang confuse dengan jantina Adam.

Adam 6 bulan - macam gigirl ke muka saya ni?

Adam 6 bulan – macam gigirl ke muka saya ni?

Adam sekarang dah 4 tahun. Tahun depan 5 tahun.  Dah tak nampak muka girl pun. Lasak macam budak lelaki lain. Tapi masih ada yang keliru, bertanya Adam boy ke girl. Malam tadi keluar beli barang,  Adam macam biasa main pusing-pusing keliling kedai. Cashier kat kaunter tu tanya “Anak akak ni lelaki ke perempuan?”

Haih….

Ni gambar malam tadi.

Err..macam ni ada rupa gigirl jugak ke?

Err..macam ni ada rupa gigirl jugak ke?

Yang sebenarnya, bulan lepas masa pegi makan, owner kedai makan tu pun tanya laki ke pompuan.. Padahal Adam waktu tu pakai tshirt biru ngan seluar 3/4 biru. Berlari sana sini main tataw diam. mak mertua pun ada masa tu. Nak tak nak jer dia jawab “laki”. Dia pun dah bosan kot jawab soklan tuh. Huhuhu.

Tu belum termasuk ada makcik-makcik yang panggil Adam kakak.  Malas lah nak explain. Lantak lah situ.

Ntah kenapa masih ada yang konpius ngan jantina Adam. Tapi saya lagi konpius ngan orang yang konpius dengan jantina Adam. Adam memang pakai baju boy, dan Adam memang lasak sama macam budak lelaki lain.  Kenapakah perlu lagi tanya anak lelaki ke perempuan?

Yer.. tak salah bertanya.. Cuma nak bagitahu.. saya dah jemu dengan soalan tu.

Nasib kamu lah Adam oii… Orang nampak muka kamu jambu macam artist lelaki kpop kot.  Agaknya terkenan masa ngandungkan kamu, mommy asyik tengok citer Running Man. Bila difikirkan balik, rasanya macam mommy pernah cakap ngan daddy, kalau boleh nak baby dalam perut jambu macam Song Joong Ki.

Song Joong Ki

Song Joong Ki

Alamak… masinkah mulut mommy?

Iklan.

Singkir lemak dengan selamat dan berkesan. Klik gambar

iklan-widget-blog