Assalamualaikum

Alhamdullillah, bertemu kembali kita dengan bulan Ramadhan. Selamat menunaikan ibadah berpuasa dan ibadah sunat lain kepada semua. Sahur apa pagi tadi?

Minggu lepas, kami pergi  Lost World of Tambun kat Ipoh Perak. Bulan puasa dah tak larat nak berjalan, jadi jom lah berlibur puas-puas kat sana sebelum puasa. Hehehe.

Kami pergi Lost World of Tambun tu hari Khamis, 10 May 2018. Sehari selepas pilihanraya. Plan asal nak pontengkan jer Adam tu. Tak pergi tadika. Sekali tu Pakatan Harapan tu menang pilihan raya, dapat pulak cuti 2 hari. Jadi,  tak perlu lah Adam tu ponteng, sebab memang dapat cuti. Tiket Lost World dan hotel kami dah book awal-awal sebelum pergi ke sana.

Kami book tiket Lost World of Tambun tu, online jer. Dapat lar harga murah. Memang murah sangat tau harga tiket Lost World of Tambun ni kalau beli online sebabnya, harga promosi tu memang boleh dapat kat website jer. Kalau beli kat kaunter memang tak dapat. Untuk hari Khamis, ada promosi Awesome Thursday. Harga tike untuk hari Khamis, RM30 sahaja. Harga ni sama untuk dewasa dan kanak-kanak. Bawah 90cm, FREE. Jadi kami beli 3 tiket jer lah, untuk saya, en suami, dan Adam.  RM90. Untuk Aiza, Free sebab tinggi dia tak sampai 90cm.

Harga asal untuk dewasa RM95, kanak-kanak bawah 12 tahun RM88. Ha.. jauh beza kan? Jimat banyak kalau beli online. So.. korang kalau nak dapatkan tiket murah, better beli kat website. Boleh klik kat sini. Tapi harga RM30 ni untuk hari Khamis sahaja. Untuk hari lain, harga promosi dia lain pulak. Untuk hari Sabtu / Ahad tak dapat harga ni. Detail tentang harga tiket, boleh tengok kat website Lost World of Tambun tu yer.

Kami bertolak dari Jitra pukul 7.30 pagi, sampai sana pukul 11.00 pagi. Tapi kami singgah hotel dulu, nak tanya boleh check in awal tak. Kami book bilik kat Hotel Lost World of Tambun tu jugak. Memang pilih nak stay kat sana sebab senang nak ulang alik ke bilik. Tapi, bilik belum ready. Waktu check in pukul 3.00 petang sebenarnya, saja lah gatal gi tanya kot-kot leh check in awal. Oleh sebab bilik belum ready, maka kami terus lah pergi Lost World tu. Jalan kaki jer dari hotel tu, sebab hotel tu betul-betul depan Lost World tu.

Akhirnya, sampai jugak kami ke Lost World of Tambun nih

Akhirnya, sampai jugak kami ke Lost World of Tambun nih

Kat kaunter tiket, tunjuk jer confirmation slip yang kami dah print siap-siap kat rumah. Lepas tu dapat lah tag pakat kat lengan sorang satu. Rupa-rupanya, tag tu untuk sekali masuk dalam satu hari. Maksudnya, kalau kita dah keluar, dah tak boleh masuk balik dah.

kaunter tiket

Then kami tanya la..kalau nak keluar untuk check in hotel Lost World tu macam mana.. Sebab kami belum check in lagi. Bilik belum ready. Rupanya kalau stay kat Hotel Lost World tu dia bagi untuk keluar masuk 2 kali.  Nanti dia akan bagi tag lain untuk masuk sekali lagi. Fuh… nasib baik. Jadi korang kalau nak pergi Lost World tu, kalau stay kat hotel lain, better check in hotel sebelum masuk Lost World tu, atau bila dah keluar Lost World tu jer.

Dalam Lost World tu ada banyak theme park. Mula-mula kami pergi Lost World Amusement Park. Kat sini ada permainan macam Merry Go Round, Roller Coaster, Buaian Terbang, Bot Terbang tu semua lah. Kami naik Merry Go Round jer. Mainan lain Adam takut nak naik. Aiza memang tak sesuai lah nak naik. Haih.. rugi betul. Gambar theme park tu pun kami tak ambil sebab memasing stress melayan Adam yang buat perangai.

Naik Merry Go Round ni jer lah..

Naik Merry Go Round ni jer lah..

Oleh sebab tak ada permainan yang Adam nak main kat Amusement Park tu, jadi kami terus pergi Lost World Tiger Valley. Tengok harimau. Lepas tengok harimau, tengok kucing pulak. Besar-besar kucing main coon kat sini. Ada yang pure breed, ad ayang mix breed.. Kucing mesir tak ada bulu tu pun ada..

Seronok sangat Aiza tu dapat pegang kucing besar.

Yang ni pure breed main coon. Paling besar kat sini.

Yang ni pure breed main coon. Paling besar kat sini.

 

Main kucing

Main kucing

Kucing tak ada bulu

Kucing tak ada bulu

Lepas main dengan kucing,  tengok haiwan lain pulak.. Kat dalam Lost Wolrd ni ada banyak haiwan-haiwan. Aiza jer lah yang seronok tengok haiwan ni semua. Adam tu tak suka haiwan. Jadi dia buat perangai tak nak jalan, tak nak tengok. Bising tak berhenti mult dia ajak main air. Kat sana ada jugak zebra, zirafah dan unta. Tengok laju-laju jer lah sebab Adam tu dah buat perangai kan. Badak air dan buaya pun tak sempat tengok. Dekat Lost World Petting Zoo pun tengok binatang tu semua laju-laju.

Burung emu

Burung emu

Landak

Landak

Bagi makan rodent

Bagi makan rodent

Bagi makan arnab pulak

Bagi makan arnab pulak

Merak ni baru nak tumbuh bulu

Merak ni baru nak tumbuh bulu

Ayam putih ni suka kamera

Ayam putih ni suka kamera

Kuda padi

Kuda padi

Ular sawa gemuk

Ular sawa gemuk

Adam dan unta

Adam dan unta

Zebra tu mintak makan

Zebra tu mintak makan

Dalam petting zoo

Dalam petting zoo

 

Kat  Tin Valley, tengok gitu-gitu jer sebab panas nau kat sana.

The needke

The needle

Tin Trails

Tin Trails

Dulang Tea House Cafe

Dulang Tea House Cafe

Lepas tengok binatang, masing-masing dah kelaparan. Tapi kami tak makan kat dalam Lost World tu sebabnya  pilhan makanan tak berapa banyak. Harga pun mahal sangat. Tak berbaloi. Hotel Lost World tu pun dah call, kata bilik dah ready. Jadi, kami keluar Lost World tu untuk pergi lunch dan check in hotel. Kami tapau je lunch kat Papa Rich bawah hotel tu jer. Lepas tu check in masuk bilik, makan dalam bilik.

Kami ambil bilik Exotic Room. Bilik ni ada katil king dan ada day bed tepi tingkap. Boleh lah lepak makan-makan kat day bed tu kan. Kami kalau tidur kat hotel, memang nak bilik yang ada katil king, muat tidur 4 orang. Kalau queen memang tak muat. Exotic Room kat Hotel Lost World ni memang selesa. Bilik air dia pun ok.

 

Exotic Room

Exotic Room

Bilik ni katil dia saiz King. Muat tidur 4 beranak

Bilik ni katil dia saiz King. Muat tidur 4 beranak

Bilik air bersih.

Bilik air bersih.

Lepas makan, solat lepas tu rehat-rehat kejap. Pukul 3.30 kami turun balik pergi Lost World tu. Budak-budak tu saya dah tukarkan baju siap-siap pakai swimsuit. Sebelum masuk waterpark, kami simpan handset, tuala, dompet  dalam loker. Jadi tak dapat ambil gambar main air. Huhuhu

Seperti dijangka, Aiza tu takut masuk air. Haih.. sudahnya saya duduk jer lah kat tepi-tepi air tu dengan Aiza. Lagipun saya tak pakai swimsuit. Kat sana, kalau nak main kat waterpark kena pakai swimsuit. Ingatkan boleh pakai baju biasa. Huhuhu.

Tak sampai 10 minit main air, hujan turun selebat-lebatnya. dah kategori ribut taufan dah rasanya sebab angin memang kuat. Petir sabung menyabung. Duduk berlindung bawah tempat berbumbung pun basah kuyup. Kesian Adam ngan Aiza tu menggigil kesejukan kena angin. 40 minit lebih jugak hujan turun. Pukul 5, hujan dah reda..sambung main air balik. Kat Lost World tu kan ada hot spring, rasanya diorang gunakan air hot spring tu kat semua kolam sebab air semua panas. So tak ada lah menggigil kesejukan main air lepas hujan kan.

Saya bawak aiza kat tempat main budak-budak. Kat situ air dia lebih panas. Memang nampak wap keluar. Pujuk dia main air, lama-lama dia ok main dalam air. Saya pun curi-curi berendam sekali. Tapi…kena tegur dengan staff sana, dia tak bagi saya masuk air sebab saya tak pakai swimsuit. Sobs! Sudahnya saya celup-celup kaki dalam air jer lah

Lepas tu saya ajak suami pergi Lost World Hot Spring. Main kolam air panas. Kat kawasan ni lagi panas air dia. Lagi best berendam waktu sejuk lepas hujan kan. Kat kawasan ni tak ramai sangat staff yang ronda. Jadi boleh lah saya curi-curi berendam kat sini. Memang best betul berendam dalam air panas. Kat sana ada banyak kolam air panas. Siap berbuih-buih macam jakuzi lagi. Ada jugak kolam yang ada batu-batu refleksologi tu. Yang dalam gua pun ada.

Lebih kurang pukul 7.00 petang, ajak anak-anak balik bilik. Tu pun kemain payah nak pujuk. Ambil barang kat loker, dapat jugaklah bergambar kat water park tu. . Sebelum masuk bilik, singgah Papa Rich tu lagi, tapau makanan. Waktu malam kalau nak berendam kat hot springs tu pun boleh. Pastu ada pertunjukan Luminous Forest kat dalam Lost World tu. Tapi kami malas nak pergi sebab dah penat. Tu yang makan malam pun kami tapau jer.

Ada lar jugak gambar kenangan kat waterpark Lost World tu

Ada lar jugak gambar kenangan kat waterpark Lost World tu

Esoknya, breakfast dekat Garden Terrace dekat Lost World tu jugak.

Garden Terrace Lost World

Garden Terrace Lost World

Bilik yang kami book sekali dengan breakfast untuk dua orang. Patutnya Adam tu kena bayar kalau nak breakfast kat sana, tapi dia bagi masuk free jer. Aiza tu memang free breakfast sebab dia bawah 90cm. Alhamdullilah..anak-anak dapat makan breakfast free. Kat sana banyak jugak pilihan makanan. Tapi kami tak ambil makanan banyak sangat sebab memang jenis tak makan banyak waktu pagi.

Sedap makan pagi kami kat sana

Sedap makan pagi kami kat sana

Lepas sarapan, bergambar lah dulu depan Lost World ni buat kenang-kenangan.

Bergambar kenangan dengan bodyguard Lost World of Tambun

Bergambar kenangan dengan bodyguard Lost World of Tambun

Lepas sarapan, kemas-kemas barang lepas tu  check out pukul 11 pagi.

Check out

Check out

Sebenarnya kami tak puas lagi pusing-pusing kat Lost World of Tambun ni. Banyak tempat kami tak pergi. Water park dia pun tak semua tempat kami dapat main air sebabnya hujan dan saya tak ada swimsuit. Ni memang kena beli swimsuit muslimah jugak nampak gayanya nih. Kat shopee murah sikit. Boleh lah nanti beli kat shopee.

 

R