Maaf dan Terima Kasih

Bila kita berjual beli online ni, macam-macam jenis manusia yang akan kita jumpa. Kadang-kadang jumpa buyer yang fussy gila..mengada-ngada yang Astagfirullahalazim… ko ni ada sakit mental ke apa? Haih… Kita dah cakap elok-elok pun, dah minta maaf,customer ni tetap merempan macam budak tak cukup umur. Serupa macam cakap ngan Adam yang tak paham bahasa tu lar. Cakap lar macam mana pun, tetap dia meroyan. Malas nak panjang cerita, refund jer balik duit dia + extra money untuk “kekecewaan” dia tuh. Padahal bukan salah saya pom. Haish!

Ni kes lama. Tutup cerita. Apa kaitan dengan title entry? Kaitan dia, customer tu mengamuk atas benda yang bukan salah saya pun. Salah supplier, send baju koyak kat customer. Yang kena maki, saya. Tapi, supplier tu sikit pun tak mintak maaf ngan saya. Bukan dia tataw saya kena maki, saya siap screenshoot lagi, bagi dia baca. Dia just refund the money. Tu jer. Eh..hello, aku tolong jual baju ko, ko tolong lar budi bahasa sikit say sorry bila ko hantar baju koyak. Memang la ko tak sengaja, tapi tak salah kot minta maaf. Bukan sekali ko hantar baju koyak kat customer aku, 3 kali kot!! Diulangi, 3 orang customer aku dapat baju koyak. Sekali pun tak pernah ko tak pernah mintak maaf.

Tu tak termasuk yang dapat salah warna lagi. Customer order kaler kuning, ko bagi purple. Kang aku kata ko buta warna, marah pulak? Paling tak boleh blah… ko kata ko dah pos baju customer hari Isnin, siap bg tracking number, alih-alih hari rabu customer check tracking number tak wujud, baju tak sampai-sampai. Rupa-rupanya baju tu belum pos pun sebab dah habis. Ko tak pos lagi sebab tunggu stock baru sampai.  Hari Isnin kata dah pos, tetiba hari rabu kata baju takder stok? Aargh… lawak bodoh piang apa pulak ko buat nih!!!  Apa aku nak jawab ngan customer aku. Apsal tak bagitau jer awal-awal baju takder stok.  Tak yah lar menipu pastu nyusahkan aku pulak.  Tsk!!

Serius, sepanjang buat dropship baju ngan supplier ni, memang stress 24 jam. Bila supplier buat hal, Adam pulak buat perangai, agak-agak saper yang jadi mangsa. Adam kan? Serius lah tak boleh nak teruskan bisnes ngan supplier ni. Mula-mula memang saya sabar jer bila supplier buat hal, saya anggap tu cabaran berniaga. Tapi kalau dah banyak kali buat hal, and tak pernah ucap maaf, agak melampau kat situ kan? Terus stop jadi ejen dropship dia. And jual baju sendiri jer. Beli terus kat pemborong, ambil order pastu pos baju ke customer. Sebelum pos, double triple check. Tak  mo pisang berbuah 2 kali. But now, saya stop kejap bisnes baju. Buat bisnes tropika/vco/colagen jer. Tak boleh handle banyak sangat bisnes. Belum mampu manage lagi. Huru hara rumah jadinya. Hahahaha.

Tu kes maaf. Kes Terima Kasih? Ha.. yang ni bila saya as buyer, buat apa2 transaction, seller senyap jer. Krik krik.. krik krik.. Eh? Hidup kah? Mati kah? Ni penipu online kah? Bila kita tanya..Dapat tak payment? Dapat tak alamat kita bagi? Dia reply “noted”. Wah… Kita bagi duit, dia cakap noted jer. Eh..aku ni bayar hutang ke apa? Kot aku bayar hutang orang, logik lah pemiutang cakap mcm tu. Hello..Bank yang besar gabak tu pun cakap terima kasih bila customer bayar hutang. Walaupun “thank you” bank tu automatik generate, ko pun boleh jer donlod image thank you dari internet, pastu bila customer buat payment, ko send jer image tu. Senang kan? Jangan lar senyap jer bila customer buat payment. TSk!

Yang reply noted tu ok lagi. Ada yang langsung senyap gitu jer. Saya buat payment pukul 10 mlm.. Pukul 11 pagi baru reply “nanti saya check”.  Mak aih… dalam masa 12 jam ko tak check payment lagi? Tu pun lepas saya tanya, status order macam mana.. Kalau tak dia  senyap jer lah. Terima kasih pun tak dak!

Pastu dia senyap lagi sampai esok. Bila saya tanya..”Pos bila yer?” Boleh pulak dia jawab “Bila saya nk pos nanti saya bagitahu”. Eh? Takkan ko tak tahu ko nak pos barang customer bila?   Aku pun meniaga online gak. Mestilah kita tahu bila kita nak pos barang customer kan? .Apa ke pelik benor cara ko berniaga nih. Dah lar takder budi bahasa.. huh!

Esoknya saya tanya lagi, dah pos ke belum? Then baru dia reply, kata barang dah pos semalam.. Bila saya mintak tracking number.. Again..dia senyap lagi. Apa ke masalah ntah.  Lama-lama saya hilang sabar, saya pulak yang merempan macam budak tak cukup umur! Ehhh.. geram lah ngan peniaga yang berniaga tak serius nih!!

Lewat malam baru dia reply, kata ada hal kecemasan.Tak sempat bagi tracking number. Cuba lar ko bagitahu awal-awal..takder lah aku merepan meroyan macam budak-budak. Cis Betul!!  Lusanya.. saya sendiri gi amik parcel tu kat pos laju. Macam biasalah, pos laju ni kadang-kadang wat lawak kata unsuccesfull delivery, tapi tak tinggal apa-apa note pun kat grill rumah. Check kat sistem, baru tahu status barang. Kalau tak sampai ke sudah tak sampai-sampai barang tuh. Haih…

Saya faham, online seller pun manusia jugak. Kadang-kadang buat silap.. Pastu takkan 24 jam nak hadap laptop/wassap tak buat kerja lain. Saya pun berniaga, pastu dok rumah nak buat kerja rumah lagi, layan anak lagi, handle customer lagi. Saya faham kalau lambat reply.. kadang- kadang saya pun lambat reply. But please lar,  explain. Jangan senyap.  Pastu tak salah kot say sorry and thank you.

Khas buat manusia yang susah sangat nak saya maaf/ terima kasih…Cari image “Maaf” dan “Terima Kasih” kat google. Donlod siap-siap. Bila customer buat payment, ko send jer image “Terima Kasih”. Bila ko buat silap..sengaja atau tidak, ko send jer image “Maaf”.

Contoh ucapan maaf

Contoh ucapan maaf

Contoh ucapan terima kasih

Contoh ucapan terima kasih

 

Walaupun nampak tak berapa ikhlas, tapi lebih baik ada dari tak ada. Lagipun, budi bahasa mencerminkan siapa diri kita. Tak gitu?