Assalamualaikum..

Minggu ni saya agak down sedikit. Sebabnya, minggu ni barang customer saya tak dapat dipos macam biasa. Huhuhu

Tak tahu korang perasan ke tak, yang khabarnya KKM dan Kastam tengah buat operasi kat Pejabat Pos Laju dan Courier (syknet, gdex, citylink dll). Diorang akan bukak parcel yang orang pos, untuk check samada barang yang dipos tu barang terlarang, barang fake(tiruan), barang tak bayar cukai ataupun produk yang tak ada kelulusan KKM.

Oleh sebab itulah, pengeposan barang customer saya terpaksa ditunda ke minggu hadapan.

3 sebab utama tak ada pengeposan dibuat minggu ni:

1. Saya tak nak customer saya terima bungkusan yang dah terkoyak, terburai dan habis terkeluar isi dalam  produk.  Ramai seller lain yang share, customer diorang mengadu dapat packaging produk yang dah dibuka, terburai isi dalam. Sebabnya, penguatkuasa bukan setakat koyak plastik pos laju yer, diorang koyak sekali kotak produk tu nak tengok isi dalam. And of course diorang tak ganti balik. Packaging yang dah terkoyak tu lah yang pihak courier akan hantar ke customer. Haih.

2. Walaupun produk ada KKM, risiko kena rampas tu tetap ada. Ni pun seller lain share jugak. Produk tu terang-terang ada KKM pun kena rampas. jangan kata produk kesihatan, seller tu pos kain ela sarawak pun kena rampas. Alasan diorang: tak bayar cukai.

3.  Ada seller yang mengadu, pegawai penguatkuasa datang rumah, rampas produk yang diorang jumpa kat rumah tu padahal produk tu untuk kegunaan sendiri. Diorang refer kat alamat pengirim kat parcel yang kita pos tu. Yang ni yang paling saya tak berkenan.

Saya tak sure samada berita ni betul ke tak..tapi rasanya betul. Tak ada sebab seller lain nak buat cerita bukan-bukan macam ni. Bukan sorang dua, tapi ramai yang mengadu cerita yang lebih kurang sama.

Alhamdullilah, customer saya memahami. And saya memang dah bagitahu awal-awal, saya tak dapat pos barang diorang minggu ni. Tapi, saya tetap rasa serba salah. Sebab semua customer saya dah bayar. Malangnya,  barang tak dapat dipos. Saya sampai tak boleh tidur malam lah. Kejap-kejap terjaga, risaukan barang customer yang belum dipos.

Sebab itulah, saya akan cuba pastikan, barang customer akan dipos secepat mungkin. Sebelum ni, memang hari-hari pos out barang customer. Tak ada nak simpan lama-lama. Ni first time barang customer lambat dipos. Serius, saya sangat susah hati. Selagi barang customer tak dipos, selagi tu lah hati ni tak tenteram.

Harap-harap operasi KKM dan Kastam ni tak lama.. Bolehlar barang customer saya dipos secepat mungkin 🙁

Again, thank you dearest customer kerana memahami.